Thursday, 26 May 2016

Pengalaman Bersalin di Putra Medical Centre,PMC Sungai Buloh Selangor

Assalamualakum,
Alhamdulillah, masuk hari ke 14 baby May dilahirkan. Baby semakin membesar dengan sihat dan semalam doktor dah discharge May dari ujian Jaundice. Bacaan terakhir TSB adalah 113 dan doktor kata jaundice May akan sembuh beransur-ansur. Syukur! Terima kasih pada semua yang mendoakan dan memberikan nasihat dan kata-kata semangat.


13 Mei 2016 Jumaat jam 07.25 pagi Fatimah Azzahra May selamat dilahirkan dengan kaedah cesarean. Bukan pilihan aku bersalin bedah, ia adalah atas nasihat pakar bersalin, Dr. Ratna. Doktor yang sama menyambut kelahiran anak pertama aku Eiman. Walaupun dalam tempoh mengandung May aku boleh berjalan, bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa, namun Dr. Ratna tetap tidak mahu mengambil risiko untuk aku bersalin normal. Kaedah cesarean lebih selamat untuk aku kerana kecederaan tulang belakang (Slip Disk) yang aku alami sejak beberapa tahun lalu. Kaedah bersalin normal akan memberikan tekanan pada tulang belakang dan berkemungkinan menjadikan slip disk aku lebih teruk. Aku pasrah dan akur sahaja, doktor pun dah semak beberapa kali rekod kecederaan aku, dan dia mengesahkannya. Takperla, bagi aku ikut pintu ke tingkap ke sama je, asalkan anak yang aku kandung ini selamat dan sihat.

Aku memilih 37 minggu 1 hari untuk melahirkan baby May, iaitu tempoh yang sama semasa aku melahirkan eiman. eh yeke.. erm.. rasanya sama. haha Namun, sewaktu kandungan aku 36 minggu, dalam pukul 5 pagi, ada air laju keluar sehingga basah seluar, aku rasa macam air ketuban. So kami pun bergegas ke Putra Medical Centre dan aku ditahan di wad selama sehari setengah untuk tujuan pemantauan. "Belum sampai masa lagi, jalan belum buka" kata Dr. Ratna. Bagi megurangkan risiko pada bayi, aku diberikan suntikan sebanyak 2 kali untuk membantu mematangkan paru2 bayi. Kos kemasukan sehari setengah dalam RM 1400.

Sehari setengah admit untuk pemantauan.. boring jugak ler

Khamis, 12 Mei 2016 jam 10 malam, aku menyerah diri di Putra Medical Centre. Esok pagi selepas solat subuh, aku akan dibedah. Perasaan gemuruh sewaktu itu, Allah sahaja yang tahu. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran aku. Entah selamat ke aku ni.. adakah peluang untuk aku melihat May dan Eiman lagi. Husband menemani aku malam itu. Husband layan aku bersembang malam tu sampaila pukul 3 pagi. Dia tahu aku gemuruh, tu yang dia tahan juga mata.. kalau tak pukul 12 dah selamat dah dia tido.. hihi

Jam 5.45 pagi aku dah bangun, makin berdebar-debar aku. Memandangkan pengalaman Czer anak pertama masih kuat dalam ingatan. Aku solat dan sempat juga pagi tu aku baca surah Yasin. Semoga berjalan lancar. Jam 6.45 pagi aku masuk ke bilik bedah, Doktor pakar bius yang sama semasa aku bersalin eiman. "Doktor, saya gabra jugak ni doktor, tak sama macam bersalin pertama" kataku pada doktor bius. "hehe.. yerla awak dah tahu macam mana rasa bersalin bedah kan... takper nanti saya bagi ubat supaya awak relaks sikit" kata doktor. Jam 7 pagi, doktor Ratna masuk ke bilik bedah dan melihat kelibat doktor membuatkan aku rasa lega dan tenang. Seperti biasa, prosedur cucuk bius di tulang belakang untuk separuh badan. Doktor Ratna memeluk aku, dan aku pegang tangannya dengan erat. Tak derla sakit pun cucuk bius tu.. aku ni je yang nerbes. 

Seperti yang tercatat dalam rekod lalu, ubat bius "delay", lambat sikit untuk aku rasa kebas. Doktor kene tunggu beberapa minit sebelum prosedur dimulakan. Entah kenapa badan aku ni agak kebal. haha.. Tak lama kemudian, husband aku masuk dengan memakai baju biru.. huh.. lega sangat.. cepat2 aku pegang tangan dia. Kalau nak cakap bedah ni tak sakit langsung tu, tak jugak. Aku rasa kali kedua ni, ada rasa ngilu sikit dan pedih2 pada torehan yang dibuat. Lantas doktor bius bagi aku suntikan penenang, "Doktor, saya suka ubat ni, saya rasa relaks sikit, rasa mengantuk".. kataku spontan. hehe .. "Yeke awak suka, bagusla.. rehatla sikit lagi siapla tu" kata doktor bius. Mata aku rasa nak pejam je.. mamai.. mengantuk sangat-sangat rasanya.

Beberapa kali muka aku ditepuk husband.. "Mengantuk ke? Mengantuk ke?" tanya suami beberapa kali,... isk memang mengantukla kan.. sekurang-kurangnya aku dah tak pikir pasal prosedur yang tengah berjalan. Tepat jam 7.25 pagi.. aku dengar tangisan anakku.. aku mencium anakku May dan melihat jantinanya, Perempuan. Alhamdulillah.

Selesai pembedahan aku ditolak kebilik untuk berehat, nampaknya kali ini aku tak dapat tahan penangan ubat bius. Aku muntah-muntah dari pagi sehingga jam 3 pagi malam keesokan harinya. Husband aku la yang tolong bersihkan muntah. Anak, dijaga oleh nurse di nursery. Memang aku tak kuat nak bangun. Kepala pusing, pening sangat.

Sepanjang berada di wad selama 3 hari, husband temankan aku sepanjang masa. Terima kasih pada mak mertua, alang, acu dan atok yang menjaga eiman sepanjang aku admit. Mak mertua akan bawa eiman setiap hari untuk berjumpa dengan aku. Rindu weh..selama ini dua kali je aku pernah berpisah tido dengan eiman. 


Hari Ahad hari ke 3, kami dah bersiap-siap untuk pulang. Namun, bacaan jaundice May naik 231 dan May terpaksa ditahan di wad untuk jalani phototheraphy. So, kami pun extend lagi sehari di wad. Waktu yang sangat sukar pada aku dan masa ni lah aku paksa badan untuk breastfeed anak sekerap mungkin. Dalam kesakitan aku gagahkan badan untuk kerap ke nursery untuk menyusukan May. Masa ni lah juga husband mellilau mencari pam susu, supaya aku dapat keluarkan susu sekerap mungkin. Haha stress memang stress.

Selasa- bacaan Jaundice May turun 188 dan kami dibenarkan pulang. Namun kene followup dengan klinik ibu dan anak. Perjalanan dan usaha keras untuk melawan jaundice ni memang menguji ketahanan badan, kesabaran, kecontrolan meroyanan dan sewaktu denganya. haha Kali ini, aku banyak habiskan masa dengan May siang malam. Sakit tu dah lama aku ketepikan, yang penting May cepat sembuh. Dari menyusu 3 jam sekali, kepada 2 jam sekali kepada 1 jam sekali. Barulah nampak hasilnya dan hari ke 13 bacaan yang turun naik sebelum ni, menurun dan menurun. Alhamdulillah.

Kos bersalin aku kali kedua ni nampaknya lebih sekali ganda dari tahun 2013. Ini kerana tambahan kos masuk wad untuk pemantauan dan kos extend untuk baby Jaundice. So total up semua dalam 10,000++. Ni kira murah lagi jika dibanding dengan swasta yang besar dan berjenama ternama terbilang. Kalau cesarean sahaja dalam RM 7500. Takperla, bak kata suamiku, rezeki anak ni lebih besar buat kita nanti walaupun sekarang kena keluarkan duit lebih. Walauapapun, aku memang puas hati dengan layanan di sini dan paling penting Dr. Ratna yang sambut kedua-dua anak aku. Terima kasih doktor dan jururawat yang telah memudahkan urusan bersalin aku. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. 

Buah tangan dari PMC...

Hari ini, aku bersama kekasih hati suami yang sedang tidur disamping anak-anakku, yang juga lelap di sisiku. Sikit lagi waktu untuk menyusukan May dan abang Eiman pun akan bangun. Terima Kasih Ya Allah atas dua anugerah ini. Terima kasih di atas kasih sayang dan rahmatmu disamping keluarga dan kawan-kawan yang sangat mengambil berat dan baik hatinya. Semoga kalian juga dilimpahi rezeki dan kasih sayangNya. Amin.


Bayaran Kemasukan Wad kerana ada air keluar : 1400 (2 hari 1 malam)
Bayaran Bersalin Pembedahan : RM 7500 ++  (3 hari 2 malam)
Bayaran Treatment Jaundice + Bilik (1 malam) : 1400