Friday, 27 May 2016

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur : BabyMoon Sebelum Bersalin

Salam,
Holla, meh sini nak balas dendam tulis artikel banyak-banyak di blog. Banyak yang nak aku share sebenarnya, rasa meronta-ronta je dalam hatini tau sebenarnya!! Tapi apakan daya, masa sarat haritu tak larat nak duduk lama-lama depan laptop menaip. hihihi Jadi, harini aku mulakan dengan Babymoon kami di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur iaitu 2 hari sebelum aku menyerah diri di Putra Medical Centre.


Tanpa berfikir panjang dan meminta pendapat suami, tengah haritu aku book Hotel Seri Pacific, memang tak plan pun, tetiba je rasa nak tido hotel, breakfast kat hotel. Nak relaks relaks sambil menghabiskan masa dengan eiman. Lepas booking baru aku bagitahu husband. hehe Aku nak bercuti ni sebenarnya sebab memikirkan bersalin nanti terpaksa tinggalkan eiman dengan atuk dan neneknya. Lepastu pulak, masa akan banyak dihabiskan untuk menjaga baby May. Semoga percutian ni dapat memberikan kegembiraan pada Eiman.

Petang tu kami check in pukul 3 petang dan hujan lebat pulak, nasib tak jam KL. Selesai check in, kami masuk bilik dan berehat-rehat sajor sambil makan spaghetti bolognese pedas yang aku dah masak sebelum bertolak. Pergh sedapnya makan! Dahla tengah pantang ni. Paling benci kalau teringat makanan sedap. Benci la!

Jom tengok bilik. Ni first time aku checkin Hotel Seri Pacifik ni.

Bilik Superior Double or Twin Room. Katil Double takda pulak haritu so kami rapatkan jelah katil.

Ada meja lagi, kalau masa ni tak sarat memang aku hadap tulis blog barang se-entry dua... hihi

Boleh tahan luas la jugak.. sesuai lah untuk kami Vertiga ≧❀‿❀≦




Yey bilik air ada bath tub ... hihii ≧❀‿❀≦

Eiman panggil shower ni air hujan.. sambil nyanyi lagu rain rain go away..


Camana..bilik best tak?

Next activity, bila hujan dah berhenti, kami ke pool.. Daddy excited nak tengok pool. Bosan katanya petang-petang takda buat apa. Mak buyong layankan je.. Cam biasa aku bawak badan je, barang2 dan anak semua husband tolong sediakan. hehe

Sejuk airnya sebab baru lepas hujan

Malam tu lepas solat maghrib kami tak makan jauh2 pun. Sekangkang kera juga dari Sunway Putra Mall kan, ada crossover dari hotel ke Mall, terus masuk kedai makan paling hampir.. ala lupa dah nama restoran ni apa.. Ondeh-ondeh ke apa tah nama dia, depan auntie anne's, dan baskin robbins. Sorry lupa nak ambik gambar. Selesai makan, kami balik bilik dengan hati gembira.. bermain dengan eiman dan aku dan husband habiskan masa sembang-sembang sambil tengok tv.

Keesokan paginya, yey... makan breakfast!

Makanan memang meriah giler! Aku tapau habis semua. kih kih.. dan eiman cam biasa pepagi nak "CIK MAK"

eh.. nampak kacakla.. nak berkenalan boleh? hihi

Peace signature dari eiman ≧❀‿❀≦

Nyam nyam

Dua kali aku repeat waffle ni, rasa sedap pulak. Teringat waffle kat opis yang sedap tu.. ahh rindula.

Next, lepas makan, tanpa membuang masa jom layankan eiman mandi pool lagi jom!

Eiman memang pantang nampak pool.. kemain nak melompat terus!



A video posted by Nova Leeza 👩 (@nova.leeza) on

Selesai pool selama satu jam kami pun pulang ke bilik. Berkemas, mandi dan rehat. Checkout pukul 12.30 tengah hari. Seronok dapat berbabymoon cenggini. Rasa relaks dan dapat spend masa dengan anak dan suami yang paling best. Sesekali ubah angin apa salahnya kan.. lagipun kenapa bayar lebih..?? Trivago kan ada! hahaha

Last posing dari eiman ≧❀‿❀≦
  
InsyaAllah kalau ada rezeki lagi dan mummy dah sihat dan kuat, daddy bawak kita jalan-jalan lagi ye eiman. 

Ok... sehingga berjumpa lagi.. Nanti aku update lagi
ok.. sekian. tata ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!