Thursday, 2 June 2016

Airbnb.com: Penginapan BabyMoon Percuma Dengan Tebus Travel Credit wehoo!

Salam, 
Holla, hehe harini ai nak kongsi satu kaedah untuk mendapatkan penginapan secara percuma di mana-mana lokasi seluruh dunia. wow wowwwww! Gempaq bunyinya kan kan.. memang pun tak salah lagi. Ada ilmu ada rezeki kita kongsi bersama, apa salahnya. So, pernah dengar Airbnb? Kalau tak tahu lagi, Airbnb.com adalah;

"Airbnb adalah sebuah laman web untuk orang ramai untuk menyenaraikan, mencari, dan menyewa penginapan. Ia mempunyai lebih daripada 1,500,000 penyenaraian di 34.000 bandar dan 190 negara."


Apa tu? ha secara ringkasnya, kalau becuti dalam atau luar negara, korang tak semestinya kene sewa hotel tau kerana airbnb menawarkan perkhidmatan untuk korang menyewa rumah di mana-mana lokasi di seluruh dunia -190 negara. Jadi apa kaitan dengan percutian percuma? Ok, caranya korang kene register di sini Airbnb.com. Dengan mendaftar, korang akan dapat kredit sebanyak RM61 (pemberian dari Nova). Seterusnya, korang kena share link airbnb [INVITE FRIEND] atas nama korang tu di Facebook, Blog, Email atau Twitter. Korang akan mendapat RM61 lagi bagi setiap orang yang telah daftar pada link korang dan menggunakan servis airbnb. Wajibnya, orang yang mendaftar menggunakan link korang tu kena menggunakan servis airbnb (menginap di mana-mana lokasi), baru kredit masuk, kalau tak kredit akan pending. Jika orang yang mendaftar tersebut menjadi host/ penyewa rumah/ tuan rumah, korang akan dapat lagi banyak iaitu RM327. Ah.. senangkan. Setakat ni berapa yang Nova dah dapat? "You've earned a total of RM1168, with RM3832 pending." haha best tak?

Jadi tanpa membuang masa, Nova memilih penginapan babymoon ~ sebelum bersalin haritu di Fahrenheit Suites. Nova pilih Premier 2 Bedroom Suite yang terletak di Jalan Bukit Bintang, di atas Fahrenheit 88 Mall dan berhadapan dengan Pavilion Mall. Ada 2 Bilik dan 2 Bathroom. Ehh.. 2 bilik? haah.. babymoon ai haritu ai ajak my bff Nuren dan keluarganya. hihi... nak tengok bilik yang kami sewa? macam hotel tau! Berapa harganya? RM625 semalam. Bayar berapa? RM0, cuma tebus kredit Airbnb yang Nova dapat. Wehoo!

Tanpa membuang masa cerita panjang-panjang jom tengok Apartment ≧❀‿❀≦

Ruang Tamu Bersih, Kemas, Simple  dan Selesa

Nice ya'll...


Mainan eiman kena bawak le ≧❀‿❀≦


Memandang keluar jendela, terlihat kesibukan kotaraya

dapur pun ada.. bolehla panaskan lauk apa yang patut kalau berkelah ni kan..

Habis dah ruang tamu, sekarang jom tengok bilik pulak. Ni bilik utama, king size bed. Dirasmikan oleh si teruna tang tang Wafri Eiman ≧❀‿❀≦

Peace signature dari eiman buat peminat-peminat diluar sana wahaha

Ada lemari dan meja juga.. tu..anak aku main pintu

Bilik Air Simple

Pokok pelesu sebagai hiasan.. pun boleh.. pastu siap ada sabun bagai.. bagus tuan rumah ni. Serupa hotel sudah.

shower.. tak kira, nak tunjuk jugak! hihi

Next, bilik No 2 which is bilik Nuren and Family. Twin sharing katil dirapatkan 

Sempoi... apartment fefiling hotel

Wee.. dah checkin bilik semuakan, petang and malam tu kitorang lepak-lepak, borak-borak and makan-makan sampai lebam. Macam-macam cerita keluar.. ha sejak berkeluarga ni kan masing-masing sibuk kan. Makan malam, kami turun ke Fahrenheit Mall di bawah. Ada food court, makan di situ je. Lupa nak tangkap gambar. hihi Anyway memang best la dapat hangout dengan bff camni. 

Esok pagi, yabedabedu .. apa lagi.... Pool La!! Eiman triple excited!

Boleh tahan juga pool di sini. Tenang, tak ramai orang.. hihi

Kita biarkan daddy-daddy dengan anak-anaknya sambil mak mak bergosip-gosip ditepi pool.. hihi

Ha.. eiman memang tak takut air.. kemain suka, Tapi apa-apapun yang penting kena pengawasan ibu bapa.

Depan tu adalah SPA yang ada di aparment ni. Macam best je masa aku search review blogger lain pasal Lavish SPA di Fahrenheit ni. nantila ada rezeki mak-mak pergi lepak spa pulak kan daddy.. kan kan hihi

Saya Nathania.. comel kan.

Kemain anak aku ni mandi.. macam terrer je kau ni.

Tu.. daddynya pun kemain ye mandi pool

"Mana daddy? Mana daddy?".... haaa gitteww

Eh.. persatuan mak makk bersidai di tepian pool hihihi

Mummy dan eiman :) wee Penat dah eiman, tu pun puas mengajak dia naik. isk isk

Ok.. selesai mandi, kami lepak bilik, mandi bath tub pulak dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah. hehe Tapi sebelum tu, mak mak wajib selfie dulu ≧❀‿❀≦

Eh.. sepotret la gambar kami.. hihi


A photo posted by Nova Leeza 👩 (@nova.leeza) on


Maka dengan ini selesailah percutian Babymoon kami 2 hari 1 malam. Terima kasih pada Airbnb.com, terima kasih pada Ginnie, tuan rumah, staff Fahrenheit Mall dan yang terpaling terima kasih pada Nuren and Mino sebab sudi layan Babymoon kitorang. Terima kasih korang ye ≧❀‿❀≦  Sayang korang banyak-banyak!

Dan last post ni welcoming note dari Ginnie.. Thanks ginnie, memang mudah sangat deal dengan tuan rumah ni.

Ok... sehingga berjumpa lagi.. 

Eh.. jangan lupa daftar dan share bersama-sama ye : Airbnb.com

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦

#inibukanMLM