Monday, 13 June 2016

I Juta Pageview Visit Blog Nova Leeza

Salam,
Syukur ke hadrat Illahi di atas segala nikmat kurniaanNya. Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-8 dah umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah, bulan rahmat, bulan keampunan serta mempunyai banyak kelebihan. Bulan ini juga amat istimewa buat Nova, Isnin 13 Jun 2016, genap sebulan kelahiran anakanda tercinta Fatimah Azzahra May. Alhamdulillah, kesihatan May atau Zara semakin beransur baik. Cuma tinggal kahak sikit je lagi di kerongkong yang selalu buat dia rimas. Takperla anakanda ku, mummy doakan sayang cepat sembuh. Amin.

Terharu...

Terima kasih semua ≧❀‿❀≦ mata berkaca..

Isnin 13 Jun 2016 juga merupakan hari yang istimewa buat Nova, kerana pada hari ini, blog ini berjaya mencecah angka 1 juta pageview. Alhamdulillah, walaupun agak bersawang dalam tempoh masa Nova mengandung, visitor tetap ada walaupun kuantitinya haha sesenduan. InsyaAllah, dah bersalin ni, mood menulis pun dah mula merasuk ke dalam jiwa raga, maka korang nantikanlah entry2 tertunggak yang Nova akan keluarkan satu persatu. Haha.. korang pun, selalu selalulah jenguk di sini ye. hihihi ≧❀‿❀≦ ampu skit..

Nova juga nak ucapkan terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong dan membaca tulisan Nova yang boleh diklasifikasikan sebagai Unknown, Caca-Marba dan kadang-kadang juga boleh menjurus kepada  Unidentified Content. haha which mean semua ada, nak cerita makanan, nak cerita travel, nak cerita parenting, beauty talk, tips, masakan, ehh.. adalah semua tu, cuma bab mistik, teknologi dan hartanah je yang Nova tak berapa nak explore lagi. hihi..

Sejarahnya, Nova mula berblog tahun 2009 dengan nama leezarule, kemudian blog tu Nova tutup, buka blog baru dengan nama Nova Leeza tahun 2010 sehingga sekarang.. pejam celik dah hampir 7 tahun juga la. Tapi, Nova bukanlah full-time blogger dan jumlah entry pun belum dapat cecah 1000 lagi.. jauh lagi perjalanan tu. Doa-doakanlah Nova ni diberikan peluang, ruang dan masa untuk Nova menulis lebih banyak entry di masa hadapan ye. Tujuan menulis blog juga setakat ni masih sama seperti dulu, kerana minat menulis, keseronokan merakam pengalaman, tambah kenalan, dan faedah / saham yang Nova akan dapat dengan maklumat yang dikongsi dengan pembaca. Income dari blog? Kalau ada rezeki tak kemana ye tak? setakat ni sesendu pun lepaslah beli barang-barang keperluan anak sesikit. Terima kasih pada semua yang sudi berkolaborasi dengan Nova, dan yang telah bagi peluang, ruang dan rezeki buat Nova di dalam bidang blogging ni. Jasa baik kalian sentiasa ku kenang. ≧❀‿❀≦ 

Oklah, tu jelah nak cakap.. terima kasih sekali lagi dan Nova juga doakan semua pembaca dan peminat-peminat Blog Nova Leeza (*peminatlahsangat) akan sentiasa sukses, rezeki melimpah-ruah, ditambahkan keberkatan hidup, bahagia aman dan gembira selalu. Amin. 

Ok...Selamat berpuasa. sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦