Monday, 20 June 2016

Makan di Restoran Hadramawt Yemeni Kitchen, Cyberjaya

Salam,
Holla, harini nak kongsi pengalaman makan lagi. Sebuah restoran yang terletak di Cyberjaya namanya Hadramawt Yemeni Kitchen. Masa ni Nova mengandungkan May 4 bulan. dan kali ini, abang sulong ai nak belanja kami sekeluarga makan. hehe.. rezeki jangan ditolak kan.. lagipun masa ni nak ambik mak, yong dan pika dari rumah abang. Diorang datang KL bercuti. Lepas bercuti di rumah abang, diorang lepak semalam dua rumah ai pulak. Tu perut baru acah-acah buncit je.. baru lepas habis morning sickness.. memang sukala sangat kalau diajak makan kan.. hehe

Dalam kereta pun si eiman nak kepit kat celah ketiak ai 24 jam. Suruh duduk kat belakang tak nak.. aih.. anak, anak! Selfie anak beranak dalam kereta. Jauh perjalanan tu dari KL ke Cyberjaya.

 Yey dah sampai. hehehe

Sonoknya jumpa mak tersayang ≧❀‿❀≦ 


Mak, abang, anak buah ai 2 orang lelaki tu dengan kak ipar, kak eda namanya.

Ha, tak lain tak bukan yang selalu muncul di blog ai.. is pika and mamanya

Ok satu kali lagi gambar kami ≧❀‿❀≦ 

Menu dia macam-macam. Kalau orang nak tengok menu dan harga boleh ke Facebook Hadramawt Yemeni Kitchen di sini : https://www.facebook.com/hadramawtyemenikitchen

Meh kita belanja la gambar menu dia :



Harga boleh tahan kan? Kalau ambik portion large tu boleh share berdua or bertiga tu.. 
Ha apalagi jom tengok kami makan jom..


Ni lamb, husband ai order feveret dia

Ni pinggan ai, share dengan husband ≧❀‿❀≦

Ni Pika dan mamanya share

Habis ke tu? kan kan.. hehehe

Kakak eda pun jenis rajin tangkap gambar makanan. Sebagai koleksi sendiri jela. Tu sebelah tu kak pika, kemain suap makanannya.

Arabic Salad ... sedap ni.

Last sekali aku tapau Pizza Cheese dia. Memang sedap weh!!.. alamak teringat balik, terasa nak makan lagi. Takperla dah selesai pantang ni nanti kita repeat sekali lagi kat sana ye bang? hehehe 

Phone : 03-8318 1616
Alamat : Jalan Perdana, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Kesimpulannya, makanannya boleh tahan sedap. Harga makanan puas hati.. lagi best sebab abang belanja. hehe thank you abang. Suasana dan dekorasi simple sahaja, takdala over the top. Suggested to your friend? Yes

Ok... terima kasih kerana sudi menjamu mata melihat makanan di sini. hehe Selamat bersahur ya.. sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦