Wednesday, 15 June 2016

Petrosains KLCC :Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Salam,
Holla, dalam tempoh 2 minggu nak bersalin hari tu, sempat lagi ai bawak kak pika dan eiman berseronok di Petrosains KLCC. Last time aku pergi tak silap tahun 2009 camtu. So dah lebih kurang 7 tahun la tak masuk, wondering juga mesti ada yang baru dan lebih menarik jika dibandingkan dengan tahun sebelum ni. Tapi apa-apa pun yang menarik sekali adalah masa nak masuk petrosains, kita naik gondola dan lalu dalam terowong masa. Ai suka sangat.. kak pika lagi suka, bila dah sampai tak nak turun, nak naik lagi gondola tu. hehe..

Infiniti Mirror katanya.. dah tu napa mak buat mata conjuring tu.. haha

Mula-mula masuk tu dia banyak tunjuk pasal outerspace, macam satelit, angkasawan, planet dan seangkatan dengannya. Ada juga staff petrosains yang tunjukkan eksperimen pasal gas. Menarik juga, tapi gambar tak ada yang lawa sebab agak gelap di situ. 

Kemudian, ha.. masuk pula zaman pre-hiostoric. Ha.. hambik sebesar alam TRex ni. Kalau kat youtube tu kemain si eiman suka sangat dengan trex song, trex adventure la.. toys review diosour la.. bila dah jumpa sebesar ni, bertapak kau lari takut ye. haha siap ada bunyi lagi dinosour ni. Dah sudah anak tak nak bergambar, meh la mak dia yang posing je.


Ada dipamerkan jenis batuan di Malaysia.. yang bab ni aku tak minat sangat. Dulu geografi dapat A masa PMR pun sebab cikgu tingkatan 3, cikgu latif tu best dan kelakar. haha

Main tekan-tekan gosok-gosok pulak korang ye. berseronok la

T-rex dari kejauhan...

Yang ni dia memang suka, pusing-pusing sambil nyanyi lagu "The whell on the bus go round and round"....

Gajah zaman purba dan keadaan alam masa zaman purba


Tempat ni berpusing ke bawah.. sampai kat ekor dinosour tu kita masuk tempat lain pulak

Ha... ni excavator pulak. Ewah-ewah berebut nak naik pastu konker pulak tu. Nasib baikla benda alah ni tak boleh on, ntahla rosak ke apa. Kalau boleh main, berjam-jamla depan berdua kat sini agaknya.

Sebelah ni ada pertunjukan eksperimen gas apa tah, masa kami sampai dah separuh jalan, jadi malas nak tengok. Bagus untuk anak-anak yang dah sekolah rendah. Bantu tambah ilmu sains.

Yang ni memang totally berubah. Masa aku datang dulu tak ada meja-meja eksperimen ni. 

Eiman memang suka tekan tolak pusing-pusing ni.. bukan dia paham pun.. tapi, ada sorang lagi yang eksaited juga kat belakang tu.. ai dah dh sarat, so memang cari tempat duduk jela, dan pesan kat hubby tengokkan anak.. sekali dia pun... ermm..

Ha.. tengok tu.. eksperimen apa lah yang dia main tu.. Bang oh bang.. suka yer!

Mak buyong dan warga emas berlepak-lepak di tepi sambil memerhatikan anak-anak bermain

Ehh boring-boring kita selfie dulu,, hehe

Mama dan kak Pika.. eksperimen sukatan air dalam botol menghasilkan bunyi yang berbeza, layan ....

eh..selfie lagi

Jalan depan lagi.. ada pulak tempat kanak-kanak bermain ala nursery. ada lego ada mainan.. ada slide.. so kat sini je dah habis 30 minit. Ai cam biasa, duduk memerhatikan jela.. hihi

Next, kita masuk pelantar minyak konon-konon atas laut la. Yang ni husband aku suka.. habis semua dia cuba. Aku layan kan jela.. tak rugi masuk sini, laki dan anak-anak kemain suka. 

Ntah apa la dia tekan tu..ingat tab agaknya. 

Next, formula one race car pulak. Eiman memang suka kereta race ni. Selalu main game tu dalam tab dia. Bukan aku ajar k.. daddy yang ajar... katanya anak lelaki kena minat kereta. 

Ha... best la tu... 

Ok yang ni last.. lepas tu kami keluar naik gondola yang disukaii oleh ku dan kak pika. Masuk terowong masa dan sampai pintu keluar. Bila dah sampai, sekali lagi kak pika tak nak turun. Isk isk.. lenkali kita datang lagi ye.. seronok kan?

Blog : Creating Wonder <--ada ajar DIY berkenaan sains
Harga Masuk dan Operating Hour : Plan Your Visit

Harap memberi inspirasi kalau tak tahu nak bawa anak berjalan ke mana
Ok...Selamat berpuasa. sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦