Sunday, 12 June 2016

Restoran Cosy Place : Makanan Sedap & Sambutan Hari Jadi Yong

Salam,
Holla, mih mih.. pernah pergi tak kat sini? Tak pernah? Rugila kalau tak pernah sebab tempat ni best tau. I pun baru je tahu pasal restoran ni, masa kawan-kawan ofis book tempat ni untuk Majlis Perpisahan. Officemate kitorang, Hasni tahun lepas. Lepas dari itu adalah 2 kali lagi kot pergi semula. Pernah sekali tu ai nak bawak family ai ke sini tapi masa tu cuti sekolah, sekali full house daa. Sob sob.. terpaksa cari restoran lain. Tapi kali ini, rezeki family ai untuk dinner di sini dan kami juga sambut hari jadi yong secara kecil-kecilan.  

Masa ni ai mak buyong level ke 14 dah... lagi 2 minggu sebelum bersalin ≧❀‿❀≦ 

Yang kiri tu kakak ai No 2, sebelah dia.. ehem ehem.. mak ai la siapa lagi. Dua-dua ni memang suka kalau enterframe blog ai. kah kah kita kasi chance ≧❀‿❀≦

Kiri Pika, dah 6 tahun dah budak ni. Sebelah tu mama Pika a.k.a  Yong

Eh yang ni tak payah nak introduce sangatlah.. Yang baju biru tu lagila. Selalu sangat carik publisiti kat sini. hahaha ampun bang.. gurau-gurau sajor! .. aish.. gemuknya lengan aku.. biar betik!

Jom layan makanan.. nyam nyam.. lapar weh!

Ni nama dia air beratur nak tangkap gambar. ce teka.. mana satu air ai? ...

kah kah... ya betul.. sky juice suam paling mahal tula ≧❀‿❀≦

Menu 1 : Sayur campur

Menu 2 : Ayam masak lemon

Menu 3 : Daging Black Pepper

Menu 4 : Sotong goreng telur masin

Lamb Chop - nyah punya

Dan... 2 potong red velvet untuk Sambutan Hari Jadi Yong ≧❀‿❀≦
Lilin 2 batang.. haha Hari Lahir ke-20 tahun kah kah


Pika terpaling seronok nyanyi lagu untuk mama kesayangannya

Pika pun nak potong kek mama.. "Happy Birthday Mama"


Ehh..dah habis dah.. makan dah, sambut birthday dah, sembang-sembang dah, makan kek dah, bayar pun dah, jadi apa tunggu lagi? Moh le kita balik. Kedai pun nak tutup. haha.. Ehh tapi sebelum balik jom kita bergambar kat luar kedai pulak. Deko deko lawa..  

Eh.. mak nak kemana tu?

My familia ≧❀‿❀≦ tersayang sekali

Eh.. mak buyongla.. comel tak? hihi

Mak oh mak.. udahle tu mak..jom balik mak.. haha

Facebook : https://www.facebook.com/Cosy-Place-141875617988/
Phone : 03-4143 6885
Alamat : No.27-29, Jalan Wangsa Delima 5, K.L. Suburban Centre III, Section 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Operating Hour : 11 am - 11 pm

Kesimpulannya, makanan best, sedap, puas hati. Harga standard restoran ler, suasana dan dekorasi tip top. Suggested to your friend? Off course yes. weee.... weee...

Ok... nitess and selamat bersahur.. sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦