Friday, 3 June 2016

Selamat Hari Jadi Dear Husband

Salam,
[Sila baca dengan mengggunakan intonasi DJ Lin Suria Cinta] hihihi
1 Jun 2016, tarikh hari lahir husband yang aku sayangi. cewah.. Bagi husband, hari ini hanya sekadar tarikh yang membuatkan usianya bertambah satu lagi angka. Tak pernah aku tengok dia teruja untuk menyambut hari kelahirannya. Dan, tak pernah dia minta aku sambut hari jadinya.. bukan itu sahaja, siap minta tolong jangan buat surprised party ke, kejutan atau apa-apa yang sewaktu dengannya lagi adalah. Selama ini, aku yang teruja sangat nak sambut tarikh 1 Jun itu. Sungguh berbeza sekali perangai kami... dot dot dot DJ Lin Suria Cinta.. ceewah!


Tahun ini, langsung tiada sambutan hari lahir buat husband. Sepotong kek pun tak mampu aku beli. Keadaan aku yang masih berpantang hari ke 20 membataskan perbuatan aku. Dan aku rasa husband memang seronok kalau aku tak berdaya nak buat kejutan hari jadi buat dia. (Takper tahun depan buat double surprised kasi tapau tahun ni sekali punya!). Bukan itu sahaja, hari ini juga anak kami Eiman demam panas dan ada masanya mencecah 39.4 darjah celcius. Tambahan dengan anak kecil seusia 20 hari, yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi, ia betul-betul menguji kami sekali lagi. Semalaman kami berjaga, siang hari memang tak tidur. Letih... penat. Itu yang mampu aku ungkapkan. Perempuan, memang sentiasa nak meluahkan perasaan kan. Husband aku, sepatah perkataan letih atau penat tak keluar pun dari mulutnya. Yang dia cuma cakap "Biasalah anak kecik ni".. tabah sungguh laki ku ini.

Ehh mata ni dah mengantukla. Tak larat la nak tulis panjang-panjang. Tak mampu dah nak tulis sesi mengimbau percintaan.. perkahwinan.. hidup bekeluarga semua bla bla bla... skip skip.. haha so straight to the point :

Untuk husband ku, i nak ucapkan "Selamat Hari Lahir Abang. Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik, Dilapangkan rezeki, Dibukakan pintu kesenangan dalam segala urusan, Dipanjangkan umur, Dilimpahi rahmat Allah, Ditambahkan ilmu dan amalan yang baik dan direzekikan isteri solehah" Amin.... ehem ehem.. last tu untuk aku. kah kah

 Ok itu je nak cakap, Sekian, tata babai. ≧❀‿❀≦