Thursday, 16 June 2016

Terpaksa Batalkan Penerbangan ke Perth, Australia Dapat Credit Shell dari Air Asia

Salam,
Holla, mengikut perancangan tahun lalu 2015, pada 10 May 2016 haritu aku, husband dan eiman sepatutnya dah selamat berangkat ke Perth, Australia untuk makan angin. 15 May 2016 tarikh kami pulang.. kira-kira masa tu duit untuk bercuti dah cukup, rumah nak sewa, kereta nak sewa pun dah usha-usha.. namun Allah lebih berkuasa. Dia tarik satu nikmat, dia bagi kami nikmat yang lebih besar iaitu seorang cahaya mata perempuan yang sempurna cukup comel di mata aku. 

Masa beli tiket tahun lepas dalam awal bulan 8, ada promosi Air Asia, pujuk pujuk ayat ayat skit laki, dia bagi green light, aku terus beli. Seronok sangat masa tu dah tak sabar rasanya nak melancong ke luar negara lagi. Lepastu, hujung bulan 8, terlekat pulak anak No 2. Memang ada merancang nak tambah anak, tapi tak sangka pulak kak ton bulan tu jugak rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah,

Bulan 10, period dah tak datang-datang, cuak jugak .. dalam hati dah rasa sesuatu. Maka pergilah ke klinik.. memang positif 2 bulan mengandung. Pergh.. seronok gembira sampai menangis jugak kami laki bini kat klinik tu, ehh tak aku je nangis laki aku control lagi. hahaha selang beberapa minggu baru teringat pasal tiket kapal terbang. Alamak... EDD.. due 6 Jun 2016, maknanya aku tengah sarat 9 bulan lebihla. Mana bleh nak fly masa tu, kot terberanak pulak kang, bersalin kat negara omputih pulak anak aku nanti. Camana nak buat ni..

Aku pun twitter la kat AirAsia.. kot kot bleh dapat balik duit sikit sekupang dua.. E-From Air Asia


Ha.. dia suh aku isi form dengan surat doktor.. pergh.. ok gak tu kan.. kalau ada rezeki kami.. Lepas aku isi form, dapat emel.. dia kata 5 hari bekerja, tapi aku tunggu lebih 5 hari, ada dalam 2 minggu lebih juga, samapai aku isi form sekali lagi..


Ha.. dia kata confirmed booking tak boleh cancel dan tak boleh refund, tapi dalam kes aku ni, dia minta dokumen-dokumen berikut. Aku pun cubalah nasib ....

selang beberapa minggu... dah rezeki mak buyong...



Air Asia dengan baik hatinya.. sedekahkan kat mak buyong Credit Shell, takdala dapat semua. Ada dalam 40% je rasanya. Itu pun syukur Alhamdulillah.

Dalam masa 3 bulan, aku kena pakai kredit ni.. jenuh pikir nak pergi mana dengan kredit sejemput tu. Duit kami kumpul nak ke Perth, terus masuk tabung bersalin. hahaha..

Kalau takda aral melintang.. tahun depan kami ke seberang je.. tak jauh tapi yang bestnya kami pergi berermpat.. yey!

Okla, si Fatimah tu dah bagi hint nak menyusu dah tu. 

Ok...Selamat berpuasa. sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦