Wednesday, 20 July 2016

Althea Turns 1 : Hari Jadi Pertama Disambut Dengan Kontes Menarik!

Salam,
Holla semua. Suka K-Pop? Suka barangan korea? haa.. pernah dengar Althea Korea? Ya, kalau pernah dengar sep skit kita geng. Kalau tak pernah dengar, ni nak bagitahu kat korang ni. Althea adalah sebuah laman web yang menawarkan pelbagai produk Korean-Beauty dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Produk adalah 100% dijamin tulen dan dihantar terus dari Korea ke rumah anda. ha... masa yang diambil pun tak lama, dalam 10-15 hari bekerja. haa.. best kan, best kan?

Yey! Parcel istimewa ini bersempena Sambutan Hari Jadi Althea yang pertama. Kotak pink yang sangat comel untuk Nova dari Korea dah sampai!.. nak tengok apa isi kat dalam? Jommmmm!

Yey!! Happy Birthday Althea!

Oleh itu sempena Sambutan Hari Jadi Althea yang pertama bermula pada 20 Julai hingga 31 Julai 2016, setiap pembelian akan mendapat "Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit". Pembelian yang dilakukan adalah bermula 20 Julai 2016 ke atas dan selagi stok masih ada.  

Bukan itu sahaja tau! Ada lagi! Apa dia? ha... bestnyer!

Percuma Goodies buat 1,500 pembeli yang pertama. Produk kecantikan dalam saiz sebenar, bukan sample-sample tau! Saiz sebenar ni! ini juga selagi stok masih ada. 

Selain itu, ada lagi satu, iaitu Birthday Giveaway : Pilih 3 Top Sellers untuk mendapatkan 100% REBAT! Rebat akan di kredit ke dalam akaun anda. 

Dan bagi kaki-kaki Kontes semua, Althea mengadakan satu kontes #AltheaTurns1 di Instagram. Cara-caranya adalah seperti berikut :
  1. Dapatkan Althea party kit anda dan buat Ucapan Selamat Hari Jadi kepada Althea dan hashtag #altheaturns1. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang cukup menarik. Hadiah yang ditawarkan kepada anda untuk dimenangi adalah Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, kredit Althea dan hamper kecantikan dari Althea! 
  2. Jumlah hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak KRW10,000,000.
  3. Pertandingan bermula 20 Julai - 15 Ogos, 2016.

*Sila rujuk terma dan syarat. Rujuk kepada www.althea.kr and Facebook Althea untuk maklumat lebih lanjut. 


Ha.. apa yang Nova beli di Althea Korea?... best semuanya best!

Belon dan DIY Party Kit boleh anda dapati dalam kotak Limited Edition Althea ≧❀‿❀≦ 

Inilah DIY Party Kit yang Nova buat ikut rasa hati Nova. Anda juga boleh buat Topi ni ikut keativiti masing-masing ≧❀‿❀≦

Pose sikit .. hehehe comel tak mak?

Althea Turns 1

Nak tengok secara detail apa yang Nova beli di Althea Korea?

Jom layan video ni, special dari Nova:


BB Cushion ni memang lama dah Nova mengidam chek non oii! siap dengan refill lagi tau!

Shading lebih sikitla lepas ni kat hidung kan.. mih mih 

Real Skin Moisture Ampoule Base. Pakai sebelum pakai makeup supaya kulit kekal lembap. 

Yey! Berusla!.. suka berus ni. nak tambah lagi lepas ni!

Free Sample! Yey!

Terima kasih Althea dan Selamat Hari Jadi Yang Pertama. Semoga terus sukses dan berkembang. Memang laman membeli-belah favourite Nova la lepas ni. Memacam dah tengok nak beli lagi. Suka!! Nampak lebih korea la muka sis lepas ni ye. hihihi ≧❀‿❀≦


Ok.. terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Sehingga berjumpa lagi.. 


Thank you for reading guys!!! Jangan lupa usha website Althea tau!
sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦