Tuesday, 19 July 2016

Cameron Highlands : Day 1 Cameron Valley, Bharat Tea Plantation

Salam,
Holla, harini Nova kembali dengan entry terbaru iaitu percutian Nova sekeluarga di Cameron Highlands. Macam biasa, ini adalah percutian yang tidak dirancang. hehe Kalau yang rancang tu ntah kenapa sentiasa ada je jalangannya ehh halangannya. haha serius typo! So, kami pergi 5 dewasa 2 kanak-kanak, 1 bayi dengan satu kereta je, senang nak gerak ke mana-mana walaupun sedikit tersepit.. hihihi..  Naik ikut Simpang Pulai, tak sanggup ikut Tapah. Itu pun pening jugak sikit, kanak-kanak kalau boleh suruh diorang tido. Plastik beg memang kena standby, takut ada yang muntah.

Destinasi pertama adalah Cameron Valley, Bharat Tea Plantation. Kami bertolak pun dah agak lewat, sampai sini dalam pukul 4.30 petang. Tak sempat pun nak pergi mana-mana sebab kebanyakan kawasan di sini tutup pukul 6 petang.   

Terasa kesejukannya.. nyaman! Inilah yang kita mahukan. 

Dahtu.. apa lagi, kita minum petang lah dulu di sini. Nova order Hot Chocolate Tea. ha.. first time minum teh coklat. Memang nyam!!! sedap!

Olololo.. mak memang manja selalu dengan ai ≧❀‿❀≦

Pika dan mamanya.. makan kek ye kamu!

Selesai mengisi perut yang lapar, tibalah masanya untuk bergambar!

Comel budak dedua ni ≧❀‿❀≦

haha.. ni kerja daddy dia yang suruh si pika tu melompat

seronoknya dia!

Dah bergambar di ladang teh, kita naik Jip ni pulak, pusing sekali di Bharat Tea Plantation. Bayaran RM 10 seorang. Kalau nak sewa ATV pun ada.

Yey! Dah sampai kat atas! Jom bergambar lagi!

Pose jangan tak pose!

#syoknyamakanangin #tudungnaelofar #sponsored

 Daddy, anak-anak dan Jip

Ha.. lompat lagi.. lompat!


Kat point berhenti di atas ni memang cantik pemandangannya. Nampak hijau je ladang teh ni.. indahnya tak terucap!

Mak seronok ye mak! Pika lagi la kemain kau!

Dah puas bergambar, jom kita turun. Baby May tak ikut. Stay di bawah dengan kakak aku yang sorang lagi tu. Pening naik Jip katanya.. memang mencabar masa turun bukit ni. Gayat juga. Tu si pika dah pegang kuat2 dah tu.

Sempat!

Bharat Tea Plantation paling senang nak pergi. Kat tepi jalan je. Nampak Cawan teh besar keluar air tu la dianya.



Dah turun tu apa lagi, kita shoppingla dikedai membeli teh. Imperial Pyramids Tea pilihanku sebab ia paling premium dan rasa berlemak. Sedap weh! 3 keping gambar bawah ni kredit gambar dari FB Cameron Valley

Macam-macam Teh ada, rose tea, herbal tea, premium tea.. semua ada.

Imperial Pyramids tatap menjadi pilihan hatiku.. (box putih) ≧❀‿❀≦

Yey! Bestnya! Rindula nak sejuk-sejuk lagi. Abang jom second round!!! haha

Ok, pasni sambung tempat penginapan pulak, Unik! Baru je buka tempat penginapan tu!

Ok tu je lah nampaknya... terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. hehe Selamat Hari Rhayer.. Raya kan sebulan. Sehingga berjumpa lagi.. 

Official Website : http://bharattea.com.my/

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦

Untuk Membaca Semua Artikel Bercuti di Cameron Highlands, Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Cameron Highlands : Day 1 Cameron Valley, Bharat Tea Plantation
Smurf Inn Homestay Cameron Highlands Unik Dan Menarik
Makan di Cameron Highlands : Glory 78 Steamboat & Snack Corner
Makan di cameron Highlands : Big Red Strawberry Farm Cafe