Thursday, 28 July 2016

HFMD atau Penyakit Jangkitan Kaki Tangan dan Mulut Menyeksakan Anakku

Salam,
Harini masuk hari ke 5 lah eiman kena penyakit jangkitan kaki tangan dan mulut. Dan 5 hari jugaklah eiman hilang selera makan. Manakan tidaknya, ulser besar ada dekat bahagian depan bibir. Masuk sikit makanan, mulalah menangis sakit.. sakit. Maka, terus hilang selera makanlah. Sedih betul hati ni kesiankan tengok eiman macamtu. Selalunya dia melompat-lompat keriangan, tapi dah berapa hari ni dia memerap je.  

Mummy rindu telatah anak mummy yang tak reti dok diam ni!

Nak tak nak aku tak give up untuk cuba bagi dia makanan. Mula-mula tu dia minum juga susu, masuk hari kedua.. apa pun dia tak nak. Baring je atas katil dari pagi sampai malam. Mujur juga dia nak minum air kotak Dutch Lady. Pakai straw halus terus ke tekak, tak lalu tempat ulser dalam mulut agaknya, tu yang dia minum juga. 

Hari yang ketiga, petang tu aku masakkan mee hailam tak pedas untuk dia. Banyak juga dia makan, Baru nak ada selera agaknya. Tapi masuk hari keempat dia tak nak makan berat balik, cicah horlicks dengan biskut je dalam 3 keping dan Air Dutch Lady sejuk pagi petang. Aih.. nak cakap pun dia tak buka mulut besar-besar. Ketawa pun tak nak sebab sakit katanya. 2 kali juga aku bawak dia ke klinik. Mula-mula klinik kesihatan, kerajaan dan esoknya ke klinik swasta. Apa ubat yang doktor bagi?.. erm ubat demam, cream sapu luar dan gel ulser. Itu jelah yang boleh membantu sebab memang tak ada ubat langsung untuk virus ni. huh!

Hari ini masuk hari ke 5, dah 3 hari dia tak nak minum susu botol. Bila aku buat dan tunjuk kat dia, mula la dia menjerit tak nak la, sakitla, mummy taknak tak nak! katanya. Sudahnya buang je. erm, aku doa semalam depan husband aku sambil air mata tu meleleh, "Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit anak aku ini. Biarlah aku yang tanggung sakit dia Ya Allah". Tiba-tiba husband aku mencelah "Haih! Kalau u sakit nanti macam mana dengan baby! Macam mana May nak susu? Jangan doa macam tu! Ingat, u ada anak kecik.. bla bla bla.. 

Sebagai ibu, itulah yang kita rasakan bila anak kita sakit. Selalu je bila eiman sakit, aku minta Allah alihkan pada aku supaya dia cepat sembuh. Tapi kali ini, husband aku tak setuju pulak dengan doa aku. Siapa yang ada anak tu mesti rasa macam aku kan? kan?

Cepatlah berlalu HFMD!

Tempoh sembuh kata doktor dalam 7 hingga 10 hari. Ni baru 5 hari... tapi nampak dah macam makin baik sebab bintik-bintik merah pada kaki dan tangan eiman dah nak hilang. Ulser mulut je degil lagi. Aku yang beranak kecik ni, terpaksalah sedikit mengabaikan baby sebab eiman kalau boleh 24jam nak melekat dengan aku. Nak tepuk, nak baring kat peha nak gosok kepala, nak peluk, semualah. Aku nak ke tandas pun sikit punya siksa. Dah tu bila nak susukan baby kena cuci tangan dulu, bagi elakkan jangkitan pulak pada adik May. Agaknya dalam sehari, adalah 999 kali aku cuci tangan. haha Bukan itu sahaja, baju adik May-Eiman pun kena asingkan masa basuh, aku siap basuh guna Dettol lagi. Lepastu, eiman tak dibenarkan sentuh, cium dan dekat pun dengan adik. Lagi-lagi masa air gatal tu nak pecah keluar. Air liur dan najis pun kena bersihkan secara teliti. 

Cepatlah berlalu HFMD!

Kemudian, Nova juga nak minta maaf pada semua sanak-saudara dan rakan taulan yang menjemput kami ke jamuan rumah terbuka. Memang tak dapat nak pergi sebab eiman kena kuarantin di rumah sahaja. Kang kalau dia berjalan ke sana-sini boleh jangkit pulak kat anak orang. Susah woo nak jaga! Menangislah nanti tengok anak sakit cam aku.

So, pada ibu bapa yang tahu anak dia kena HFMD ataupun ada simptom2 HFMD, Tolonglah! Tolonglah! Jangan hantar anak anda ke taska atau tadika! Kerana anda akan menyusahkan banyak orang, especially budak-budak bawah 10 tahun dan mak pak mereka! 

Sekian. Tak marah pun, nasihat!