Saturday, 23 July 2016

Lampin Pakai Buang, Pampers Terbaik Untuk Anak Nova

Salam,
Holla, pengalaman menjadi mak kepada dua anak yang comel, mengajar Nova bermacam-macam perkara baru. Pengalaman ini eloklah dikongsi bersama, kerana pengalaman masing-masing membesarkan anak kan berbeza. Jadi bila kita berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan, kita boleh buat perbandingan dan ambik mana yang baik dan elakkan mana yang tak elok. So, hari ini Nova nak berkongsi Lampin Pakai Buang yang Nova rasa terbaik buat anak-anak Nova. 

Actually, Nova ni memang agak cerewet berkenaan keperluan anak-anak. Kalau boleh memang nak yang terbaik je untuk mereka. Typical mommy memang macam tu kan. haha So, kalau nak membeli sesuatu untuk anak ni, selalunya Nova akan survey dulu barang tu. Buat perbandingan harga, kualiti barang, keberkesanannya dan berbaloi tak membelinya. Lampin Pakai Buang ni ada macam-macam jenis di pasaran. Ikutlah kesesuaian dan budget masing-masing. Bagi Nova setakat ini yang terbaik dan menjadi pilihan hati adalah Lampin Pakai Buang Jenama MamyPoko. Ehh mahallah!


Yer.. yer, ramai yang cakap MamyPoko ni mahal. Ehh..ni nak kongsi pengalaman skit. Pengalaman ni bukan pengalaman ai sorang tau, pengalaman kawan baik ai, Nuren yang guna pampers MamyPoko pun sama juga. Ok, now apa kelebihan Mamy Poko? Pertama, air kencing dan air dari najis anak diserap dengan baik dan susah nak bocor. Kedua, lampinnya lebar dan membalut bayi dengan baik. Ketiga, tidak perlu tukar terlalu kerap dan tidak cepat merengsakan kulit bayi. Keempat, kainnya lembut dan getah ditepinya tidak terlalu ketat. Ada satu jenama ni, getah di celah kangkang tu agak ketat, menyebabkan peha bayi newborn Nova merah. Kelima, erm.. sebab nama depan dia mamy, sama dengan nama anak ai panggil ai. haha aci tak? hahaha Kesimpulannya, walaupun lampin pakai buang Jenama A lebih murah berbanding MamyPoko, tapi anda perlu kerap tukar lampin... erm tak ke sama je kosnya kalau beli lampin sedikit mahal, tapi tahan lama. Ah.. camana?


Kalau nak tahu, Nova dah jadi pengguna MamyPoko ni sejak eiman baby lagi sampailah sekarang eiman dah tiga tahun lebih. Ni, adik baby pun pakai MamyPoko juga. Tapi itu tidak bermakna Nova tak cuba jenama lain. Nova dah cuba pelbagai jenama dari A-Z tapi lastnya kami akan kembali kepada jenama MamyPoko. Ini lampin pakai buang pilihan yang pertama bagi Nova. Pilihan kedua, ketiga dan keempat ada lagi... nanti cerita kat entry lain. hahahaha


Bagi mummy-mummy yang tak pernah cuba lampin pakai buang jenama MamyPoko, dan terasa nak cuba, atau anda memang pengguna lampin MamyPoko seperti Nova?  Nova nak share satu berita gembira! 

Satu SALE SALE SALE! secara besar-besaran akan diadakan tidak lama lagi! LAZADA BIG BABY FAIR menawarkan diskaun sehingga 80 % pada barangan bayi.
    
Tarikh BIG BABY FAIR  : 27 Julai hingga 31 Julai 2016 (5 hari sahaja)

Kod Baucer : 20LAP20 untuk pelanggan baru (20% OFF)


Jadi, jangan lupa tau! Tanda kat kalendar tarikh untuk shopping barang-barang keperluan anak anda di LAZADA BIG BABY FAIR!

"Lazada Big Baby Fair will be live from 27 to 31 July 2016. Don't miss all the great deals". 

Lazada Malaysia