Saturday, 2 July 2016

Menghilangkan Selulit Menggunakan Skrub Organik Dari Princess Malaysia

Salam,
Holla.. masa mengandung, Nova memang makan apa sahaja, macam tong sampah. Menyesal tak sudah sebab banyak keburukan hasil dari perbuatan yang terlalu mengikut hawa nafsu itu. haha salah satu masalahnya adalah badan naik mendadak. Dalam tempoh mengandung tu, sebulan boleh cecah 2 hingga 3 kg. Sepatutnya tak lebih 1 kg sebulan sahaja. huh! memang kena bebel dengan nurse di klinik kesihatan. Hasilnya, selulit pun muncul di sana-sini dan Nova pula masa mengandung jadi pemalas nak pakai cream atau minyak di perut. huh! <-terasa teruk!

Skrub Organik dari Princess Malaysia
Berlatar belakangkan alam semulajadi sesuai dengan konsep organik yang menjadi asas kepada produk ini

Next, bila dah bersalin, perut semakin mengecut dan selulit-selulit itu muncullah dengan jayanya! waaa.. nangis tepi bucu katil. Tengok depan cermin.. terasa konfius sekejap "Ni jalan raya tak berturap ke perut aku ni?" hahaha... tatapi nasib aku sangat baik, suami yang penyayang itu tidak langsung komplen mengenai kegemukan dan keselulitan yang kuhadapi ini. Malah, dia bagi semangat untuk aku kembali ke bentuk asal. hihi tq d.

So, apakah langkah yang perlu diambil dengan segera?

Menyental badan menggunakan skrub organk adalah langkah bijak yang diambil. Kena kena srub? Apakah kebaikan skrub? Hebat sangat ke skrub ni?

Diantara kebaikan skrub adalah seperti berikut : meh kongsi...

  1. Menegangkan kulit yang berkedut
  2. Mencantikkan dan menghaluskan kulit
  3. Mencerah kawasan pelipat, siku, lutut, ketiak, belakang leher dsb
  4. Melembapkan dan melembutkan
  5. Menanggalkan sel-sel mati 
  6. Membuang daki degil
  7. Memperbaiki tekstur kulit
  8. Memberikan ketenangan dan terapi

Terdapat 2 produk keluaran Princess Malaysia iaitu : Princess Happiness dan Princess Glorious

Princess Happiness - kandungannya terdiri daripada  Orange Essential Oil, Oren Segar, Lemon Segar, Minyak Kelapa Dara, Gula Perang dan Gula Putih, kebahagiaan dan banyak aura positif khas untuk anda.

Princess Glorious - kandungannya terdiri daripada Rose Essential Oil, Kelopak Rose,Hampas Kelapa, Minyak Zaitun Premium, Minyak Kelapa Dara, Gula Perang dan Gula Putih, relaksasi dan banyak aura positif khas untuk anda.

Ini adalah Princess Happiness

Ini dia Raw Organic All in One Body Scrub
325 ml, bekas comel dan simple

Princess Happines berasaskan Citrus dan Coconut

Ha.. ini dia. Baunya menyegarkan, tekstur kasar yang sedap untuk menyental, terdapat bahan-bahan organik oren segar dan lemon segar didalamnya 

Ha.. apa tunggu lagi, jom kita menyental sampai putih, tegang dan gebu gebas. Semoga ai berjaya menaiktaraf jalan raya itu dan menggembirakan hati abang yang disayangi. Jangan malas-malas hokey! Nak cantik kenalah rajin! Ingat ni, tak ada perempuan yang tak cantik, kecuali perempuan yang malas!

Srub dengan bahan semulajadi, menggembirakan hatiku ≧❀‿❀≦

Princess Happiness - Citrus & Coconut
RM35.00 MYR (325ml)

Princess Glorious - Rose, Virgin Coconut & Olive Oil
RM35.00 MYR (325ml)

Princess Happiness Travel Size 175mg - RM 15.00


Jadi apa tunggu lagi. Berikut adalah cara untuk mendapatkannya :

Skrub Organik ni, memang puas hati sangat menggunakannya. Semasa menyental. baunya menaikkan semangat, hasilnya memberansangkan dan keseronokan tak terkira. Tidak rugi membeli dan berbaloi sangat dengan harga yang ditawarkan. 

Ok... terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. hehe Selamat berpuasa.. sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦