Friday, 15 July 2016

Raya 2016 : Ramai Yang Memilih Warna Baju Raya Biru Termasukla Kami

Salam,
Selamat Hari Raya ≧❀‿❀≦
Ya, nampaknya secara kebetulan atau suratan, ramai yang memilih warna biru untuk baju raya hari yang pertama. Tak kiralah biru muda, biru cair. biru pekat...memang bila scroll FB & Instagram, ternyata warna biru menjadi trend tahun ini termasuklah family Nova. huhuhu Mulanya, family abang ai yang siap-siap dah tempah baju raya warna biru ni, dua ke tiga bulan sebelum raya dah siap. Then, kami yang tak ready apa-apa ni malas nak pikir susah-susah, dan ikut sahaja warna family abang. hehehe.. biarlah sedondon semua, takda kompromi. Baju kami pun, beli siap je, senang. Semudah A B C.. haha 

Eiman, dah 3 tahun 5 bulan dah. 
Masa ni, mood dia tengah baik sangat-sangat, tu yang boleh pakai baju melayu, samping, songkok bagai. 

Tahun ni, eiman jadi abang. Aku pula dah ada upgrade status "mak 2 anak".. adui, cepatnya masa berlalu. Dah tua dah.. rasa eiman tu macam baby je lagi sebelum aku bersalin haritu. isk isk.. Alhamdulillah, eiman dah boleh bertolak ansur sikit dengan adik, share mummy. Kalau tak, mummy adalah hak mutlak eiman. hehe

So... tanpa membuang masa, jomla usha gambar Raya Famili Ai bagi Tahun 2016. kih kih..

Tahun ni, semua balik. Lengkap sefamili

Best friend eiman adalah kak pika. Tak boleh berenggang langsung.

Free Style le pulok

Ni gambar gadis, mak gadis dan nenek gadis.. hihi

Ah.. aku bergambar style nganga..

Anak sedara, Abang, Husband ai dan si Eiman

Fefeeling retis lettew...

Jangan geng.. baju dia tak sama dengan kita. kah kah

Adik-beradik. Kami berlima semuanya, tapi arwah adik aku, Mat meninggal masa umur 19 tahun, dah 9 tahun dah arwah meninggalkan kami.. raya cenggini memang rindu weh kat arwah adik aku.

Apehal yang hujung tu?.. hahaha

Amacam?

Keluarga kecil kami.. ececece


hashtag BFF forever, makan minum main tido.. sentiasa bersama

Ya.. lihatlah pipi pau aku itu.. meriah kan?

Ala candid lopa che ta..

Dengan kakak iparku

Mak.. pandang mana tu mak?

Eiman ingat, eiman je ada BFF? Mummy pun ada hokei! Siap datang beraya bersama lagi tau!!

Terima kasih korang, sudi datang beraya ≧❀‿❀≦


Ehh... dah habis dah.. ni semua gambar raya pertama. Sampai la petang pakai baju raya ni. Malam, sedara datang dah pakai t-shirt dah. Surrender... 

Ok tu je lah nampaknya... terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. hehe Selamat Hari Rhayer.. sehingga berjumpa lagi.. 

Korang warna baru raya apa? Meh kongsi disini...

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦