Friday, 22 July 2016

Smurf Inn Homestay Cameron Highlands Unik Dan Menarik

Salam,
Bersambung dengan entry Cameron Highland haritu, Nova dan family menginap di Smurf Inn Homestay di Tanah Rata. Homestay ni baru sangat buka, so bilik pun berbau fresh lagi la. hihi pagi-pagi Isnin, kakak aku call Homestay ni untuk book 2 buah bilik. Boleh kira last minute booking juga sebab malam tadi baru decide nak naik Cameron Highland. Gila? Memang biasa buat kerja gila. Ada keinginan jalan je, jangan pikir susah-susah sangat. Hahaha..itulah tips untuk merancang percutian, iaitu Jangan Rancang!.. rasa nak pergi terus proceed je.haha

Bertemakan kartun Smurf, homestay 4 tingkat ini menjadi pilihan percutian kami kali ini.

So, sampai di hotel dalam pukul 6.30 macam tu. Kami terus checkin lepas tengok bilik. Memang ada 2 bilik je lagi yang available iaitu Executive Room dengan Deluxe. Executive Room memang ok sangat la, dengan status homestay tu, memang dah ok sesangat. Mak, Kakak ai 2 orang dengan Pika duduk bilik Executive tu. Keluarga kecil Nova duduk di bilik Deluxe. Erm...nak cakap best.. uhh.. memang sempit untuk kami berempat. Kecik je, untuk tidur semalam, ok lah. Tapi memang .. erhh kalau bilik executive ke atas memang ok sangat. Deluxe ni macam... tangkap muat sikit. Tu pun nasib baik boleh tambah baby kot bayar extra RM20. Tapi kalau jenis nak budget dan tak kesah sangat keselesaan dan kelebaran bilik memang sesuailah. Deluxe je baru RM 120 + breakfast untuk 2 orang. murah sangat.

Ni ha, gambar-gambar Smurf Inn Homestay, Nova ambil dari FB Smurf Inn Homestay

Malam tu, kami  makan Western dan Steamboat di Tanah Rata juga. Makanannya boleh tahan sedap. Next entry Nova kongsikan ye. So, pagi esoknya jam 8.30 pagi kami dah turun bersarapan. Best ni sarapan di Cameron, sejuk je fefeling oversea. Tambah pula perabot di Coffee Room dia berkonsepkan English style. Terus rasa macam dekat London. hihihi 

Daddy dengan baik hati volunteer nak pegang baby. Kasi mummy makan dulu. mih mih i lap you lah sayam.

Gurauan emak dan anak. ehh siapa tangkap gambar ni eh? hihi

Kata bercuti Cameron, ko makan sayur jela dik non oii.. hahaha Takda maknanya makan sayur je, ni lepas mencekik nasi goreng dengan bihun goreng dengan roti bakar. Menu dia simple je,2 ke 3 jenis sajor tapi not bad masakannya. Boleh tahan la. 


Lepas makan naik tingkat 4, bergambar dengan deko ala Inggeris. Fefiling duduk London. kah kah.. layan kan jela ye. Penat depa posing. 

Haha apenda lah si Eiman ni buat, Peace dia tak habis-habis.

Ni husband aku punya request. Minta bergambar dengan menda alah tu.

Lepas tu, di suruhnya eiman pulak bergambar dengan pengorek unggun api tu. Ala, macam dalam cerita omputih kan ada besi tajam tu kat sebelah Fireplace tu.. kan

Lepastu selfie..selfie.. selfie..


Gambar kakak aku dengan Pika, diorang pun bergambar kat sini. Tapi lain-lain masa. Depa dah bergambar sakan awal-awal lagi.

Mak dengan kakak ai


Ha, inilah rumah 4 tingkat tu.. eh jap 4 ke 5 tingkat.. 4 tingkat rasanya. hihi Sebelah da ada beberapa buah rumah milik Tabung Haji. untungnya siapa kerja tabung haji, boleh sewa dengan tabung haji la kot. Ntahla, aku agak je. hihi



Sebelah Homestay ni ada mini taman untuk kanak-kanak bermain. Ada kuda ada playground. Memang menarik, boleh tengok gambar yang aku ambil dari Facebook Smurf Inn ni. Tapi, masa kami kat sana depa tak buka lah pula taman ni. Entah hujan kot... ke sebab maintenance. Not sure.

Tu, nampak tu ada taman permainan kanak-kanak belakang tu.


Tempat lepak rehat-rehat

Ehh.. kak pika dan mama la ≧❀‿❀≦

Mak sayang

Ni gambar masa mula-mula sampai. Bebudak dua ni terus naik duduk bersantai di sini

Ni gambar masa nak balik dah.. esoknya. 

Ha.. tulah dia Smurf Inn Homestay yang kami tinggal. Nak tahu lebih lanjut berkaitan lokasi penginapan kami boleh ke Facebook depa di https://www.facebook.com/smurfinnhomestay

Alamat : No 8, Chateau Avenue, Off Jalan Chateau, Royal Chateau, Tanah Rata
No. Telefon : 05-491 1880

Ok tu je lah nampaknya... terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. hehe Selamat Hari Rhayer.. Raya kan sebulan. Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦

Untuk Membaca Semua Artikel Bercuti di Cameron Highlands, Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Cameron Highlands : Day 1 Cameron Valley, Bharat Tea Plantation
Smurf Inn Homestay Cameron Highlands Unik Dan Menarik
Makan di Cameron Highlands : Glory 78 Steamboat & Snack Corner
Makan di cameron Highlands : Big Red Strawberry Farm Cafee