Sunday, 3 July 2016

Wahab's Cendol : The Best Cendol In Town Katanya

Salam,
Holla. Bertemu lagi kita hari ini ye. hehe Dah tinggal 2 hari sahaja untuk kita menyambut Hari Lebaran. Harap persiapan telah dibuat, tak kiralah sama ada secara besederhana mahupun gilang gemilang. Ikut kemampuan memasing la kan. Ok.. skip to cerita raya, harini Nova nak kongsi pengalaman Nova bersantap di Restoran Wahab's.. ewah, bersantap kan. Tak nak kalah. haha Masa ni, Nova dah sarat sangat nak beranak lagi beberapa hari je lagi.. tapi teringin lah sangat nak makan cendol! Yerla masa tu tengok ramai kawan-kawan post gambar cendol durian di Facebook & Instagram. Masa tu mak buyong ni memang tak tahan tengok.. meleleh je air liur kan...

Opss terlebih sudah!


Yey! Dah sampai dah kedai cendolnya

Restoran Wahab ni berkonsepkan layan diri. Order di kaunter & bayar, kemudian pilih tempat duduk dan letak nombor yang dia bagi. Dah siap makanan yang di order, nanti akan ada orang hantar ke meja. Bagus juga macam ni, memudahkan dan menjimatkan masa. Ai memang suka pergi restoran layan diri ni, takda sakit hati nak tunggu waiter datang ambil order. Yerla, kadang-kadang menunggu orang nak ambik order kita tu yang lama sangat tu. 

Jom duduk dulu, mana-mana pun boleh, tak ramai orang di sini. Agak lengang

Tak lama menunggu, makanan pun sampai lah. Ha.. Cendol yang meriah tu Nova punya lah. Ai nak order durian, tapi tak ada pulak durian haritu, yang kuning atas tu bukan durian, itu tapai ubi. Kalau cendol spesial, memang semua yang ada dia letak kat dalam tu. Pergh.. separuh mencungap juga nak habiskan. Maklumlah, selera besar, perut pulak sempit.. mana nak sumbat semua. Tamak... tamak kau ni! Husband ai order cendol pulut dengan jagung je, memang simple itu pilihan dia selalunya. 

Nyam nyam jemput tengoklah ye ≧❀‿❀≦ 

Ha.. kita kasi close up sikit ye .. uish uish menggoda iman  masa puasa ni

Kalau nak tahu, Restoran ni bukan jual cendol je tau. Pelbagai jenis makanan ada. Mostly, yang simple-simple. Husband ai order Nasi Goreng dan Nova order Mee Rebus. Alahai sedapnya mee rebus kalau makan panas-panas kan? Yang Nova suka di restoran wahab ni adalah, Nova rasa macam makan makanan di food truck tepi jalan tu, ataupun kedai di bawah pokok tepi jalan. Menu nya kan simple-simple. Tu yang best. Kalau makan di sini lebih selesa dan tak panas lah, itu kelebihannya.  

Nasi Goreng Ayam.. boleh tahan kata husband ai

Mee Rebus pilihan ai ≧❀‿❀≦ wah wah telur tu makan dengan kuah mee rebus memang sedapnya alahai!

Jemput tengok ye.. hihi

Peace.. mak buyong yang mengidam nak makan cendol

Ehem-ehem.. abang, mohon bayar ye ≧❀‿❀≦

Alhamdulillah, kenyang. So macam mana? Ok ke?

Bagi Nova, cendolnya boleh tahan la. Tak mengecewakan, dan boleh cuba lagi. Makanan pun sama, boleh tahan dan tak mengecewakan. Yang bagusnya, makanan cepat siap dan tak perlu tunggu lama. Next time bolehla pergi lagi kalau cuaca panas dan terasa dahaga. Cendol memang pengubat di kala kepanasan gitew!

Facebook : https://www.facebook.com/groups/324462834925/
Alamat : Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Ok... Selamat berpuasa kengkawan.. sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata ≧❀‿❀≦