Friday, 26 August 2016

A-Look Eyewear & O.W.L Eyewear, The Mines Seri Kembangan | Tawaran Hebat! SALE!

Salam,
Holla. Pernah dengar A-Look Eyewear? Mesti biasa sangat dengar kan? haa.. Pernah pergi A-Look Eyewear di The Mines? Ohh, kalau tak pernah pergi memang rugi besar la korang weh. Kenapa? Sebab A-Look The Mines menawarkan harga cermin mata, kanta sentuh dan cermin mata gelap yang paling kebaboom sekali. Serius? Yerla serius ni tau. Tak percaya? Jom Nova cerita.

A-Look Eyewear The Mines di Level 1-16

Yey.. daku dah sampai di sini. Jom masuk tengok apa yang best.

A-Look Eyewear adalah sebuah syarikat cermin mata yang sangat mementingkan keselesaan si pemakai serta ketahanan produknya. Bukan itu sahaja, malah ia sentiasa mengikuti trend atau fesyen terkini setaraf antarabangsa yang dikhaskan untuk orang-orang Asia. Di A-Look The Mines, Mr Lee Jin Tzer merupakan seorang yang sangat berpengalaman dan mahir tentang selok belok industri ini. Diantara pencapaian beliau adalah : 
  1. AXISMATICS-ABDO Best Full Time Student Award -Year 2003
  2. OPSM-AXISMATICS FBDO-Top Student Award Year - 2003 (2nd Prize)
  3. Hans Stepper Prize in Best Overseas Student Year - 2003
  4. Distinction Grade in Eye Refraction Examination

Oleh kerana pengalaman dan pengetahuan yang dipunyai oleh Mr. Lee, beliau telah dilantik sebagai perunding optik untuk outlet A-Look Eyewear, The Mines dan OWL Eyewear, The Mines.  

Mr. Lee Jin Tzer, Perunding Optik di A-Look The Mines

Mr. Lee ni sangat sempoi orangnya dan sentiasa tersenyum. Dalam seyumannya itu, banyak yang Nova belajar mengenai jenis-jenis cermin mata. Beliau juga maklumkan bahawa di A-Look The Mines, cermin mata yang anda tempah akan siap dalam tempoh 1 - 2 jam sahaja. Jadi, bagi yang sangat-sangat memerlukan cermin mata dengan segera, mungkin kerana rosak, patah atau cermin pecah, silalah ke A-Look The Mines ya. Dalam menunggu cermin mata siap boleh cuci-cuci mata di dalam Mall, atau boleh makan-makan dulu. Tak perlu nak tungu sehari, 2 hari, 1 minggu atau 2 minggu. ok!

Tambahan pula harga yang ditawarkan sangat-sangatlah berbaloi dan mampu milik. 

Hanya RM 168 untuk bingkai dan cermin

Rm 168 untuk bingkai fleksibel. Yer, korang lasaklah macam mana pun, InsyaAllah bingkai cermin atau kakinya boleh bertahan. 

Cermin mata mudah jatuh? Tertanggal semasa membuat kerja menunduk. Nah.. pilih yang ini, kakinya boleh laras dan dicantum.

Yey! Selesai masalah cermin mata tercicir atau jatuh kan?

Atau sekiranya korang nak cermin mata berjenama seperti berikut, harganya juga sangat bombastik. 
  1. Rangka Armani Exchange, RM368 Percuma kanta SV (single vision) 
  2. Rangka Ray Ban, RM298, Percuma kanta SV (single vision) 

Mahukan lebih ekslusif? Pilihlah cermin mata Superdry. Handmade/Buatan Tangan. Harganya sangat berpatutan. 



Tak puas hati lagi? Nak kawaii look? Comel macam pelakon Korea? Jangan gusar! Gerenti terbaik, nah! Kompom hensem / lawa. Harga jangan risau. Boleh runding punya tau!


Ini pula Brand 2nd Face, Korea mari.

Huih... berkenan pulak yang depan ni bang. 

Ha.. acaner? Comel tak? ahaha anyoyosayoooo!

So macam mana? Best tak? Ok dah cerita mengenai bingkai cermin, jom kita tengok pula jenis kanta yang ada di sini. A-Look The Mines adalah Pengedar Sah Award Winner Lenses. Berikut adalah Award Winner Lenses yang ada disini. * Jenis kanta Premium

Drive Safe Lenses, Zeiss
  1. Kanta Terbaik Tahun 2016
  2. Meningkatkan penglihatan untuk memandu malam, sewaktu hari hujan dan mengurangkan silau yang kuat terutama pada waktu malam


Glacier Coating, Shamir
  1. Kanta Terbaik Tahun 2016
  2. Permukaan cermin paling lasak, sangat tahan calar dan mudah untuk dibersihkan. Jaminan 2 tahun ke atas kecacatan semasa pembuatan

Eyezen, Essilor
  1. Kanta Terbaik Tahun 2016
  2. Bagi pengguna yang menjadikan komputer atau gajet sebagai gaya hidup. Membantu penglihatan anda untuk lebih relaks dan mencegah mata anda daripada sinaran biru yang berbahaya dari elektronik LED / LED

MyoVision, Zeiss
Terbukti secara klinikal melambatkan perkembangan rabun kanak-kanak sehingga 30%


Individu, Zeiss
  1. Tempahan kuasa kanta dan fabrik mengikut citarasa anda sendiri 
  2. Personal Engrave yang unik pada kanta 

* Semua kanta premium akan diberikan sijil ketulenan & jaminan

Bagi peminat sukan dan aktiviti lasak pula, cermin mata khusus juga ada disediakan di sini untuk membantu dan melindungi mata anda. Contohnya, untuk pelumba basikal, penerjun, pemain golf ataupun pemandu laju. ha, apa lagi? semua ada di..... A-Look The Mines. Mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk membuat kanta kuasa ke dalam 'high curve sporty sunglasses' yang biasanya tidak dibuat oleh kedai optik biasa. 

Diantara Driving & Sporty Sunglasses yang disyorkan adalah seperti berikut :

Rudy Project
  1. Dibuat di Itali
  2. Jaminan 2 tahun untuk semua produk
  3. Kanta ImpaxtX: Unbreakable dengan jaminan seumur hidup
  4. Golf 100: Rekaan untuk Pemain Golf
  5. Pelumba: Mengelakkan kabus dengan membenarkan ventrikel udara


Oakley
  1. HD Optics, Tahan Hentaman
  2. 20% Diskaun, diskaun tambahan akan disediakan untuk pelanggan yang memaklumkan disyor oleh Blogger


Ray Ban
  1. Kanta kaca yang bermutu iaitu G15
  2. Pelbagai edisi & polarisasi kanta khas
  3. Kesan penyejukan


Rayban lipat

Rayban Limited Edition - bingkai kayu

Selain itu, terdapat juga cermin mata jenama Lee Cooper, Bonia, FCUK dan banyak lagi lah. Harga berpatutan. Kenyit-kenyit skit boleh up lagi kasi diskaun. hehehe  



Nah Lee Cooper

Nah cikgu besau

Next.. Cermin mata hitam untuk wanita, gaidis mahupun mak gadis.. jenama antarabangsa seperti Gucci, Mark Jacobs, Rayban.. eh macam-macam lah. Tak perlu nak ke butik, sini pun ada tau.


Ber Gucci






ehhh...

Bagi yang sedang mencari, memerlukan dan ingin mencuba kanta sentuh / contact lense, anda juga boleh dapatkannya di sini ye. 

Pelbagai jenis Kanta Sentuh
  1. Pelbagai warna kanta
  2. Kanta lekap yang istimewa bagi mereka yang selalu berdepan komputer, atau Dry-Eye
  3. Kejutan harga terhebat bagi kanta sentuh





Nak dapatkan hadiah percuma? Scan QR Code dan tinggalkan maklum balas anda. 

Seterusnya, ada sebuah lagi kedai cermin mata yang tidak kurang hebatnya. O.W.L Eyewear ini berasal dari Korea dan telah beroperasi ni The Mines lebih kurang 1 tahun. OWL menawarkan rekaan cermin mata yang sangat fancy dan trendy. Sangat sesuai untuk anak muda yang lincah dan bergaya. Walaupun begitu, mak budak juga rasa teruja nak membelinya kerana rekaanya Super Hot dan K-Look yang sangat in pada masa ini. 

O.W.L ini diuruskan oleh Mr. Lee juga dan lokasinya adalah bertentangan A-Look The Mines

Tawaran hebat seperti 'All in One Price', RM 179 hingga RM 299 bagi bingkai dan cermin mata. Siap ada RM 0 untuk Free Upgrade to E-SPF lense.

E-SPF

Ada pelbagai kategori cermin mata disini, contohnya kan...

Zest


Ada Rebel Hybrid

Ada Flex - fleksibel, tak mudah patah

Hambik... terpusing-pusing dah haa..


Ada Rebel Smart

Ada Premium Quality

Ada Sport


ehh

Berkenan hat ni... please nak!

ok dak?

buntang hihi

Ada aksesori yang comel giler




OWL sangat yang ni

Nama dia Jueliza Jamani

Ok, habis dah.. best tak? Best kan? Sebelum Nova tamatkan, Nova nak share Cara Memilih Cermin Mata yang sesuai untuk anda :

Muka bulat
Muka ini tidak sesuai untuk memakai cermin bulat atau jenis bingkai bersudut, jenis bingkai ini akan menampakkan wajah anda lebih bulat, kekurangan kontras dan kurang cantik. Pemakai muka bulat apabila memilih bingkai atau barang kemas harus mengelak bulat, model kebudak-budakan, dan cuba untuk memilih bingkai empat segi yang luas, jadi bukan sahaja boleh mengurangkan garis-garis halus di bawah cermin, anda juga akan kelihatan agak matang.

Muka berbentuk hati
Mempunyai dagu tirus, dahi dan muka yang luas, muka ini perlu memakai cermin jenis ringan dan poligon. Tidak sesuai untuk memakai jenis berbingkai atau garis bingkai terlalu kasar. Jika ada bingkai, kontur wajah kelihatan lebih luas, dagu lebih runcing dan kelihatan lebih kecil .

Wajah bersegi
Jika anda mempunyai muka bersudut/bersegi, harus mengelak daripada membeli bingkai bersegi, anda boleh menggunakan bingkai cermin mata bulat berbingkai, yang boleh mengkontur wajah, supaya seluruh muka kelihatan lebih lembut.

Muka bujur
Secara teorinya muka seperti ini, pelbagai gaya sesuai untuk bingkai jenis kotak. Warna kulit tidak memainkan peranan di dalam pemilihan cermin. Tetapi jika muka terlalu panjang, sesuai untuk memakai bingkai jenis kotak lebar, yang boleh memberi visual muka kecil.

Oh, itu sahajalah perkongsian Nova pada kali ini. Hasil rembatan Nova di bawah. Kanta lekap 3 bulan memang terbaik.

Jadi apa tunggu lagi, ajak suami ke A-Look The Mines ok! Level 1-16.

Maklumat lanjut boleh didapati di :

Facebook : https://www.facebook.com/alookthemines/

Website : http://www.a-look.com.my/homepage/index.html

Ok tu sahajalah sharing Nova kali ini..Terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦