Sunday, 14 August 2016

Makan di cameron Highlands : Big Red Strawberry Farm Cafe

Salam,
Holla, hye semua.. rindunya ai dekat Cameron Highlands. Terasa menggeletar kaki ni tau menahan rasa nak naik ke sana. Aish.. best best. Cuaca yang sejuk sambil makan strawberry memang terbaik! Tambah pula, ada cafe yang menyajikan hidangan yang sedap seperti strawberry scone, strawberry ice cream, Chocolate Fondue. Nyam nyam nyammm.... sedap! Jom layan gambar...

Ha.. ouch! sedapnyer!

Seperti yang aku bagitahu haritu, percutian ini tidak dirancang dan sememangnya kami tidak rasa menyesal mendaki bukit Cameron. Rasa macam honeymoon je walaupun menggendong 2 orang anak. Makanan yang best dan sedap seperti ini memang berbaloi sangat. Apa yang paling berharga bagi aku adalah melihat anak-anak seronok bermain dan merasai percutian di kawasan sejuk.

Aiskrim goreng

erm... sejuk!! Sedap!

Yang hijau tu air sayur mak.. hehehe

Makanan di sini nak dikatakan murah, tidak juga.. nak kata mahal sangat tidak juga. Bagi Nova average lah bagi Cafe di Cameron Higlands ni. Lokasinya pula, agak sedikit tersembunyi dan jika kami tak guna Waze, kami boleh sesat mencari. Agak tinggi untuk mendaki ke atas dan bila dah masuk bahagian Cafe, ramai pengunjung di sini rupanya.

Bergambar sekeluarga di Big Red Strawberry Farm Cafe

Kawasan di sini memang agak besar dan bersih. Ada juga disediakan kereta berbunyi yang masuk duit RM 0.50 X 2 tu. Banyak pilihan pulak tu. Habis duit mak kat mesin ni, semua dia nak naik.

Dah habis makan, Pika minta daddy main mesin tangkap anak patung ni. Sekali cuba je daddy dapat patung Panda ni. haha.. seronok sangat budak2 masa tu. Kemudian, masuk lagi duit.. sekali lagi dapat pulak patung Hello Kitty. Yang tu bagi kat eiman.. Kali ketiga main.. haha tak dapat dah. keempat dan seterusnya dah tak dapat. So luck tu untuk kali pertama dan kedua je. hihihi.. bagus daddy ni pandai pulak dia main mesin ni.


Kemudian, sesi bergambar dan mengambil gambar bunga. hihihi

  

Kat sini boleh petik Strawberry juga. Tak perasan berapa kena bayar sebab kami tak masuk pun. hehe dah pernah petik dah. Makan lagi best. 

dan aktiviti mengambil gambar eiman. haruslah kan! ≧❀‿❀≦

Nanti mak frame letak dalam album. Bila dah besar ko tak leh nak cakap mak tak bawak korang adik-beradik tak pergi jalan-jalan. haha ok!

"Ambik gambar mak kat sini" haha mak aku memang kaki berjalan. Kalau aku cakap, "Mak.. hujung bulan kan pergi..." Tak habis cakap lagi mak aku dah potong "Pergi mana? mak nak ikut".. hahahah comel mak aku ni. 

Masa aku paksa laki aku suh ambik gambar ni.. aku teringat seorang artis Malaysia.. Che'Ta. Ratu bunga. hehe

Mama, Pika dan Eiman

Betul tak? Budak-budak yang terlajak seronok. Dia punya berlari.. adoi. Aku biarkan je. Jatuh nangis.. sakit pastu lari balik. Gasakla nak oii... budak besar ni memang tengah aktif. Larilah, Janji aku perati depan mata, hee hee

Budak eiman ni dah besar nak jadi macam Usain Bolt agaknya. Berlari je keje ko nak.

Nova dan kakak ai. Harus!! Pokok lawa kan. Tu Hello Kitty yang menang dekat mesin tadi tu. Ko berlari.. mak jugak yang kena pegang.

3 ketul adik beradik perempuan.

Diorang yang kuat selfie.. i tak.. haha ≧❀‿❀≦

Ok.. moh le balik KL. dah lama kat sini. Kena naik ke atas untuk menuju jalan ke syurga.. ehh jalan keluar. hahaha #mental

Ok.. ni la big red straberry farm tu. Kalau korang tak jumpa.. waze sajor!


Ok tu je lah nampaknya... terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦

Untuk Membaca Semua Artikel Bercuti di Cameron Highlands, Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Cameron Highlands : Day 1 Cameron Valley, Bharat Tea Plantation
Smurf Inn Homestay Cameron Highlands Unik Dan Menarik
Makan di Cameron Highlands : Glory 78 Steamboat & Snack Corner
Makan di cameron Highlands : Big Red Strawberry Farm Cafe