Tuesday, 2 August 2016

Makan di Cameron Highlands : Glory 78 Steamboat & Snack Corner

Salam,
Kalau tak biasa ke Cameron Highland memang mati akal juga nak makan sedap di mana kan? Ha, ni Nova nak cadangkan satu restoran yang menarik tertarik debom. haha.. personally Nova suka restoran ni. Masakan dia sedap, tak mengecewakan dan steamboat dia best! Tengah sejuk memang sedap sangat makan steamboat. Panas badan. Tambahan pula, restoran ini mendapa sijil Halal dan Kategori A, bersih. 

So, lokasinya terletak di Brinchang, Cameron Highland. Sangat dekat dengan Smurff Inn Homestay kami. Tak perlu jauh-jauh dalam 10 minit dah sampai. hehe ada anak kecik-kecik ni memang nak dekat dan mudah sahaja. Jom, layan gambar makanan jom..

Kalau ke Cameron tak sah kalau tak cuba air strawberry kan...wajib!

Hot Chocolate for me.. memandangkan ais tidak dibenarkan kerana tengah sakit tekak batuk. hihi

My sis layan Chicken Chop malam tu. Kuah chicken chop dia tip top sedap nyam nyam!

Nasi ayam berempah. Portion nasi besar. Siap ada sup.. cuma rasa dia not so bad, boleh tahanla.

Nasi goreng for eiman.. Pinggan besar. Yang ni boleh tahan sedapnya.

Pika and Mama nya ≧❀‿❀≦
Tu kat belakang tu sijil halal dan kategori A

Aik.. buat apa tu? Buka video Peppa Pig ke? ermm... eiman eiman..

Mak dan kakak.. seronok mak ye.. kalau bawak jalan mak memang suka sangat lah. Senyum je manjang.

Ha.. baru muncul puan blogger dan kakaknya. May pun tak meragam sangat di sini, sejuk agaknya. Sedapla dia tidur kan?

Ok satu lagi gambar.. haha

Ok next, steamboat lah.. steamboat ni RM 23 per pax. Minimum kena order 2 pax. Ada macam-macam sayur, udang, ayam, sotong, telur dan segala mak nenek.

Husband ai suka sangat sayur sebelah kiri tu, Nama apa sayur tu tak pasti, sebab tak biasa tengok, daun macam daun pudina.. husband ai cakap sedap dan fresh!

Layan sangatlah makan steamboat malam-malam

Husband dan eiman.. muka kekenyangan ≧❀‿❀≦

Ha.. tu dia chef terkemuka tengah masak steamboat. Giliran husband pulak pegang baby.. Kita bagi chance dia makan dulu sebab dia penat drive kan.. hehehe

Alhamdulillah.. kenyang betul malam tu. Tambahan pula orang belanja. kikiki. Kesimpulannya, puas hati makan di sini. Makanan sedap, bersih dan dijamin halal. Restoran ni selesa, dekorasi pun menarik. Sebelah restoran ni ada kedai Mart. Kalau nak beli keperluan pun senang. 

Nah alamatnya : Glory 78 Steamboat & Snack Corner, S-1 Batu 39 , Jalan Brinchang, Cameron Highlands.
Telefon : 019-555 3848

Ok tu je lah nampaknya... terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦

Untuk Membaca Semua Artikel Bercuti di Cameron Highlands, Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Cameron Highlands : Day 1 Cameron Valley, Bharat Tea Plantation
Smurf Inn Homestay Cameron Highlands Unik Dan Menarik
Makan di Cameron Highlands : Glory 78 Steamboat & Snack Corner
Makan di cameron Highlands : Big Red Strawberry Farm Cafe