Friday, 19 August 2016

Review Ecowell Organics : Cell Renewal & Hydrating Face Mask

Salam,
Holla..semua apa khabar? hehe Jom sambung lagi harini, Nova nak review produk seterusnya dari Ecowell Organics iaitu Cell Renewal & Hydrating Face Mask. Kalau nak diikutkan, Nova memang tersangat-sangatlah minat pada mana-mana produk Masker ni. ha.. kenapa minat sangat kan? Sebab, diantara banyak-banyak produk/step yang ada, maskerlah yang paling hebat tugasnya untuk mencantikkan, menggebukan, melicinkan kulit. vass vass vass gitew. haha Sebab itulah, disesetengah farmasi, dijual paket paket masker dengan harga yang agak mahal bagi sekeping masker sahaja dan sekali pakai pulak tu.

Ecowell Cell Renewal & Hydrating Face Mask yang Nova cuba ini pula tidak kurang hebatnya. Nova guna masker ni selepas Nova cuci muka dengan Ecowell Facial Soap. Nova gunakannya 1 atau 2 kali sahaja dalam seminggu. Ia sangat bagus tau, menjadikan kulit Nova kekal bermaya dan lembap. Nova lakukan sapuan ringan pada sekitar muka, sekitar mata dan bibir. Tunggu sehingga 10 hingga ke 15 minit dan Nova bilas dengan air suam. Sebaik sahaja muka Nova dibersihkan, terasa kulit menjadi anjal, tegang dan bersinar. cewah.. macam iklan pulak. Memang sukalah masker ni. i lap u lah.


Masker ini merupakan salah satu masker kesukaan Nova pada masa ini kerana ia jenis cecair, ringan dan mudah disapu pada wajah. Ia tidak melekit dan senang dibersihkan. Tiada bau yang menyakitkan hidung dan selesa dipakai,  ≧❀‿❀≦


ECOWELL ANTI-AGING TRIAL PACK ORGANIC FACIAL CARE SERIES

Cell Renewal & Hydrating Face Mask (150ml)

Kandungannya adalah Asid Hyaluronic & Aloe Vera
  1. Mencerahkan dan Melicinkan Kulit Anda
  2. Menghidrat, menyuburkan dan melindungi kulit dengan bantuan Asid Hyaluronic, Aloe Vera dan Vitamin B5
  3. Mengurangkan garis-garis halus, meremajakan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda
  4. Amino Asid Sodium PCA mempunyai kandungan air yang tinggi, ia menyerap sifat-sifat dan unsur semulajadi yang terdapat dalam struktur kulit; dan membantu melindungi komposisi semula jadi kulit.

Kebaikan Asid Hyaluronik
  1. Anti penuaan
  2. Mengekalkan kelembapan (1000 ml air setiap gram asid hyaluronik)
  3. Melembabkan 
  4. Memastikan kulit anjal, licin, berkilat, bermaya dan nampak lebih muda

Kebaikan Ekstrak Aloe Vera
  1. Membersih
  2. Melembutkan
  3. Melembapkan
  4. Mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garisan nipis dan kedutan
  5. Menjadikan kulit nampak sihat, muda dan cantik
  6. Aktiviti penyembuhan yang baik di peringkat epitelium kulit
  7. Bertindak sebagai lapisan perlindungan
  8. Membantu menambah kelembapan kulit
  9. Kualiti bahan dan kandungan antioksida menyembuhkan kulit

Panthenol (juga dikenali sebagai Provitamin B5)
  1. Pelembap semula jadi dan sebatian untuk melicinkan kulit
  2. Menarik dan mengekalkan kelembapan
  3. Melegakan
  4. Menjana semula kulit

"ECOWELL diiktiraf organik oleh ICEA - Ethical and Environmental Certification Institute (Italy)" 

Ecowell adalah produk organik. Produk organik bermaksud, kandungannya hanya boleh dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi, bebas daripada parabens, sodium lauryl sulfates, petroleum derivatives, pengubahsuaian genetik dan mengandungi antara 70-95% daripada bahan-bahan organik.


Seperti yang Nova beritahu  Ecowell Organics adalah produk yang diiktiraf Organik oleh ICEA dan apa yang membuatkan Ecowell berbeza dan jenama organik yang terkemuka di seluruh dunia?


Berasaskan Bahan-bahan Organic Certified Plant
Diuji Dermatologi
ICEA-Bertauliah
Tiada Bahan Kimia sintetik Memudaratkan
Tiada Alergen Scents
Tiada Silikon
Tiada Parabens
Tiada SLS Dan SLES
Tiada Agen Pewarna
Tiada Cecair Parafin
Tiada Ujian ke atas Haiwan
Tiada Petroleum-Based Chemicals

* Halal Certified


Bagaimana untuk mendapatkannya 


Harga Ecowell Cell Renewal & Hydrating Face Mask, 150 ml : RM 146.28




Untuk Review Produk Ecowell yang sebelum ini boleh lihat di sini : Ultra Moisturising Eco Bio Face CreamLiquid Facial SoapCell Renewal & Hydrating Face MaskFace Tonic dan Makeup Cleanser Milk.

Ok tu sahajalah sharing Nova kali ini...Ingat tau, tak ada perempuan tak cantik, kecuali perempuan yang malas! Terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦