Friday, 5 August 2016

Review Ecowell Organics : Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream

Salam,
Holla, yes.. seperti yang dijanjikan tibalah masa untuk Nova review salah satu produk dari Ecowell Organics iaitu Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream. Selama seminggu Nova dah cuba produk ini dan hasilnya Nova akan kongsikan dengan korang semua dihujung cerita ok. So stay tune ye. First, bila Nova terima produk ini, apa yang terlintas di kepala adalah Wow! "Produk Organik". Memang Nova selalu memandang tinggi pada produk yang organik dan tidak terlalu menggunakan bahan-bahan kimia sebagai kandungan asas produk. So dah ada satu point penting di situ.


Kemudian, Nova belek-belek lagi, ada tertera logo ICEA, Certified Eco Bio Cosmetics.


Ini bermaksud produk ini disahkan Organik. Tapi siapakah badan yang mengesahkan produk ini sebagai produk organik?

"ECOWELL diiktiraf organik oleh ICEA - Ethical and Environmental Certification Institute (Italy)"

ICEA - Ethical and Environmental Certification Institute (Italy) ialah sebuah konsortium yang mengawal dan memperakui syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti-aktiviti mereka berkenaan dengan manusia dan alam, mempertahankan hak pekerja dan hak-hak pengguna.

ICEA - 13,000 Syarikat Terkawal | 300 Pemeriksa | 28 pejabat di seluruh dunia


Asyik cakap organik ni bagusla itu la ini la. Apa yang bagus sangat produk Organik ni? Ce citer!

Organik adalah bahan-bahan yang ditanam tanpa:
Racun Perosak | Fertilizers sintetik | Enapcemar Kumbahan | Pengubahsuaian Genetik (GMO) | Ionizing Radiation

Habistu, Produk Organik apa pula?



Produk organik bermaksud, kandungannya hanya boleh dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi, bebas daripada parabens, sodium lauryl sulfates, petroleum derivatives, pengubahsuaian genetik dan mengandungi antara 70-95% daripada bahan-bahan organik. 

Ha, camana? Paham?

Senang dah tu Nova dah mudahkan bagi pembacaan korang. 

Tu Nova cakap, Produk Ecowell Organics ni bukan sembarangan produk. Ia adalah ECO BIO COSMETICS tau! la.. tu apa pulak?


Ok, ha.. bestkan? Produk organik memang best. So, sekarang Nova nak teruskan dengan review Ecowell Organics :  Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream ni.  

Inilah dia Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series yang Nova terima, dan nova akan review satu persatu yer nanti. kali ini Nova review botol sebelah kanan yang kecil tu dulu.


Yes, yang ni. Nampak kecilkan.. tapi power! Yang dalam trial set ni, kandungan produk 15 ml.

Yang ni adalah botol full size, 50 ml. Comel kan?

Maklumat produk :

Organic Rose Oil & Vitamin E

Menyuburkan, melindungi dan krim pelembab yang diformulasi untuk penjagaan muka sensitif.

Bahan-bahan utama : Vitamin E, Minyak argan organik, Minyak aprikot organik dan Minyak mawar organik.


Kebaikan Vitamin E
  • Salah satu daripada 5 nutrien yang paling baik dan sebagai agen anti-penuaan
  • Terkenal dengan kandungan yang tinggi sifat antioksida nya
  • Membantu melindungi kulit daripada penuaan serta menghalang kerosakan yang berkaitan dengan usia 


Kebaikan Minyak Argan Organik
  • Penyembuh dan kaya dengan vitamin A dan vitamin E
  • Kaya dengan antioksidan, Omega-6 asid lemak, dan asid linoleik
  • Mengurangkan keradangan, melembapkan kulit dan membantu untuk meningkatkan penjanaan sel baru
  • Mengurangkan sebum; mengurangkan minyak dan jerawat secara semula jadi


Kebaikan Minyak Aprikot Organik
  • Kaya dengan Vitamin A 
  • Perlahan-lahan melembapkan balanced skin, oily skin and hormone reactive skin 
  • Melembabkan kulit kering, sensitif, radang atau prematurely aging skin
  • Mengurangkan keradangan, dan meningkatkan penjanaan sel baru
  • Antibakteria dan antiseptik melindungi kulit daripada jangkitan


Kebaikan Minyak Mawar Organik
  • Memulihkan kulit kering
  • Melembab dan mengurangkan penampilan garis-garis halus 
  • Antioksidan 
  • Memperbaharui kulit dan merupakan astringen semulajadi memberikan kesihatan kulit yang optimum
  • Antiseptik dan membasmi kuman kulit,menyembuh luka dan parut

Cara penggunaan : 
1 pam sahaja di tapak tangan sudah mencukupi

Sapuan rata keseluruh kulit

Setelah seminggu memakai Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream, Nova dapati :

1. Kulit terasa bermaya dan segar
2. Rumusannya tidak berminyak dan tidak melekit
3. Krim ini sangat cepat menyerap kedalam kulit 
4. Kulit terasa lembab dari malam hingga pagi (Nova uji sebagai krim malam)
5. Kulit lembut 
6. Sangat sesuai dipakai terlebih dahulu sebelum aplikasi makeup  


Facebook : https://www.facebook.com/ecowellorganics/

Bagaimana untuk mendapatkannya



Harga Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series : RM 218.84
Harga Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream, 50 ml : RM 363.00 




Untuk Review Produk Ecowell yang seterusnya ini boleh lihat di sini : Ultra Moisturising Eco Bio Face CreamLiquid Facial SoapCell Renewal & Hydrating Face Mask, Face Tonic dan Makeup Cleanser Milk.

Ok tu sahajalah sharing Nova kali ini...Ingat tau, tak ada perempuan tak cantik, kecuali perempuan yang malas! Terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦