Wednesday, 3 August 2016

Review : Revlon Ultra HD Matte Lipcolor

Salam,
Holla semua, haa.. harini Nova nak sharing sikit review produk Revlon Ultra HD Matte Lipcolor yang panas di pasaran. hehe Nova rembat 4 warna matte lipcolor ni iaitu Flirtation, Devotion, Passion dan Seduction. Wee!! syoknye syoknye. Mula-mula beli satu je Passion, lepas cuba terus jatuh cinta. Gigih pergi Watson Aeon Maluri beli lagi 3 warna. Yey! Tu la, memang tak boleh tahan tau tengok lipcolor ni. Lawa-lawa sampai confius nak ambik mana satu. hehe Harganya sekitar RM 37.90 sebatang. Kalau di watson, ada sale sekarang so boleh dapat RM 34.11 sahaja.  

Baby baru Flirtation, Devotion, Passion dan Seduction

1. Sapuan nipis ke atas bibir cukup cantik, warna yang mempunyai pigmen yang tinggi. 
2. Terasa ringan apabila memakainya dan sangat mudah disapu menggunakan berus yang disediakan.
3. Bagaimanapun, perlu menunggu seketika untuk menampakkan hasil Matte yang dikatakan,
4. Sedikit glossy dan melekit, walaupun begitu ia tidak menjadi masalah pada Nova.

Warna kegemaran Nova adalah Devotion dan Flirtation ≧❀‿❀≦

Hasilnya apabila dicalit ke bibir. Terasa satu perasaan seronok apabila memakai Revlon Ultra HD Matte Lipcolor ni. Mungkin kerana design botolnya yang menarik dan unik.

Ok ni rupa berusnya.. just nice kan ≧❀‿❀≦


Serius, sangat cantik apabila diletakkan di dalam bekas lipstik di atas meja.  

Nova memakain Flirtation. Warna coral membuatkan Nova rasa bertenaga dan aktif. 

Ha.. mummy anak 2 ni memang kena selalu jaga penampilan, kalau tak jaga dik non nampak macam berumurla kita ni, hehe Lagipun husband ai memang suka kalau Nova makeup dan berhias. Dia suka isterinya nampak kemas. Mungkin itu juga salah satu pemangkin semangat. hehe Seronok bermain dengan makeup ni. Dan sekarang ni tengah seronok nak kumpul makeup. Hobi baru haha.. 

Kesimpulannya, bagi Nova Revlon Ultra HD Matte Lipcolor best dan salah satu jenama di kedai farmasi yang berbaloi untuk dibeli. Warna cantik-cantik dan tak hairanlah sesetengah farmasi Sold Out. 

Boleh didapati di Watson dan Guardian.

Ok tu sahajalah sharing Nova kali ini...Ingat tau, tak ada perempuan tak cantik, kecuali perempuan yang malas! Terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦