Sunday, 18 September 2016

Bulan Madu di Grand Lexis Port Dickson Ecewahh!

Salam,
Holla semua, haha baca tajuk nak termuntah pun ada. Bulan madu sangatlah dengan anak 2 orang tu kan. Tapi memang masa ni aku perlukan sangat-sangat percutian. Meronta-ronta nak bercuti. Yerla lepas bersalin aku cuti pantang 3 bulan kan, siang malam mengadap anak, berak susu berak susu. Tambah pulak eiman yang makin mengada-ngada sejak ada adik. Tidur tak cukup, mata lebam, badan letih. Jadi apa salahnya kan? hahaha Husband aku la yang nak sangat merasa private pool ni. Dah berapa lama dah dia suruh aku plan ke sini. Plan punya plan, tetiba termengandung lak..terus tak jadi pergi. Takut juga nak jalan jauh, kang terberanak kat PD susah plak. Masa babymoon haritu pun kat KL je. haha okla jom layan gambar best

Memandangkan kredit airbnb aku yang agak kaching, blehla bercuti di Grand Lexis
Pertama kali kitorang jejak kaki di sini. Sebelum ni bercuti di PD, kami pernah duduk dua lokasi iaitu di Glory Beach Resort dan Hotel Thistle. Excited sangat tak sabar nak terjun kolam private. Masa tu aku bayangkan, malam-malam pun nanti boleh mandi kolam jugak. Yerla jakun kan sebab takda swimming pool kat rumah sendiri macam tu. 

Ni pool public, besar, siap ada slide untuk kanak-kanak. Tapi tak sempat nak terjun sini. pool kat bilik lagi best.

ha.. besar gak kan?


Kalau rasa nak bakar peluh bolehla naik beskal ni pusing2

tu dia!!!.... sudah dekat tu... mana bilik ni weh..

Kami ambik bilik satu satu floor jerla, berempat jer pun. Lagipun tak masyuk nak sewa 2 tingkat mahal weh.. haha

Tada... gila kentang besar katil. Aku dh cop nak golek kanan dengan fatimah, katil belah kiri aku suruh Chadeq golek dengan eiman.Ha.. nampak tak? Bijak tak aku? hahahahaha

Ada meja alat solek belah tepi.. towel 4 helai dia bagi, letak atas side table

Tu dia barang kami. 1 malam jer pun. Cukupla kan?

Ehh rilek nampak bapak! laki aku ni baru balik kerja malam.. so gigih juga la dia drive ke PD. haha

Yey! Boleh nampak laut.. air tengah surut ni, nampak pasir

Wallaweh kau anak.. suka ye. Ayat eiman sambil nyanyi2 dalam kereta :I wanna go to holiday! i wanna go to holiday! kroh kroh" dia buat bunyi pig. Aish budak ni. nyanyi ok la. takyahla buat bunyi tu. pengaruh peppa pig kuat ni.

Bagus! Adik sampai je terus tido, penat dalam kereta kot abang eiman bising nyanyi2

 Ada dry kitchen



Masuk ke dalam lagi ada bilik air dan tandas

Yang paling best! taraaaa.... poool. walaupun sekangkang kera, aku sangat suka!


Tengok.. dah tak sabar nak mandi la tu..


Trademark

Saja je aku pakaikan baju gambar sea creature,kasi feel sikit

lawa kan?

 Tu dia.. husband aku yang penat tu pun bleh je layan anak mandi kolam. Seronok punya pasal.



Abam.. dari atas sado la.. haha dari depan jangan cerita, kita cerita atas. haha

ehh aku pun layan jugak mandi pool ni. Fatimah tengah nyenyak tu, dapat la aku lepas gian main air dalam 20 minit. Eiman, tak nak naik. punya payah pujuk. isk isk. Lepas mandi, makan bekal, tapau ayam kfc tak silap. Pastu tido kejap. Sebelum maghrib bangun, lepas solat gi cari makanan, kita tapau je. Malas nak makan malam luar sebab fatimah suka mengamuk. Jap kang nak susu la nak berak la.. nak dukung la. So best way, tapau je. Makan kat bilik. Pool kita dah tutup pintu semua rapat2.. Rupanya bila malam pool nampak creepy dan menyeramkan. haha bleh tak macam tu. So memang takdala nak berendam malam. 

Punya nak romantik, Makan atas cermin kaca nampak air laut pasang. haha giler best!

Lauk tak sedap. Masakan hampeh. Aku masak lagi sedap. haha tapi view aku bagi 5 bintang.

bergolek-golek

ha.. ok. itulah part 1 percutian kami di Grand Lexis Port Dickson. Pasni aku sambung lagi, breakfast, main pasir dengan bergambar sikit. haha ok jumpa lagi. ehh korang pun nak rasa lepak sini?

Nah aku bagi RM 55 travel kredit. 

Mula-mula, Register sini : (mesti pakai link tu, kalau tak, tak dapat RM 55)


Lepas daftar, check travel kredit masuk tak RM 55. Pastu klik sini : 


Check tarikh available, dan book. Boleh  PM tuan rumah nama Nora, baik hati dan cepat balas mesej. hehe puji sikit sebab kawan sekolah aku masa form 4-5 kat Seratas. hahaha

Senang je kan? Kalau pandai main Facebook mesti pandainya guna Airbnb ni.

Ok, itu sahajalah aku bebel-bebel harini. Hingga jumpa lagi ok. Cepat2 book tarikh tu, nanti full tatau ekk.

Tata babai.

Sekian.