Friday, 30 September 2016

Grand Lexis PD | "Abang Teringin Nak Bercuti di Bilik Yang Ada Swimming Pool!"

Salam,
Hola. meh nak sambung cerita percutian aku di Grand Lexis haritu. Search di Kotak Search "Part 1 : Bulan Madu di Grand Lexis Port Dickson" Ecewahh! Korang bacalah entry sebelum ni kalau nak tengok Bilik dan usha-usha apa yang patut. Aku dah letak banyak gila gambar kat situ, siap ada link untuk tempahan dengan kredit RM 90.00 lagi aku bagi korang. Pi cecepat register ok! Ni cerita keesokan harinya, aku dengan husband plan bersarapan di Hotel je. Saja saja nak merasa makanan di Hotel Grand Lexis tu. Grand sangat ke kekdahnya, hahaha. Seorang dalam RM 40 lebih kalau tak silap. Yang penting encik suami belanja, sebab aku dh payung tempat bercuti pakai kredit Airbnb. hik hik.. best. Nak tengok kitorang layan makan apa? Jomm....

Dah nak masuk 4 tahun budak ni, Peace dia sama je. huhuhu.. rambut lagi comel. Mak dia yang potong fringe hair depan tu haha

Like mother like son.. makan kaki naik atas. hahahaha buruk perangai

Dimulakan dengan mee goreng mamak,spiral carbonara dan hashbrown

Lepas makan yang atas tu, aku ambik pulak nasi lemak (gambar pertama kat atas). Omellete ni pulak aku mintak lakiku si Chadeq punya. Dia dah makan separuh pastu aku paw. Malas nak gi ambik. haha baguskan perangai si isteri ni.

Lapar lagi makan kueh pulak

ehh,, tak cukup pulak... tambah lagi. Kuat gila aku makan manis. 

Aku bagi eiman cik mak (nasi lemak).. dia cakap taknak.. bagi mee goreng pun tak nak. Apala aku nak bagi ni.. pastu nampak koko koko ni dekat sudut depan pintu masuk, ahh cubalah bagi ni kot2 dia nak. Erm.. baru makan. Memilih betul budak ni. Dah pandai ye.


Ha.. makan pun mulut takleh diam. Its a star mummy,  its a cookies mummy, its a galaxy.. apa tah aku pun tak ingat apa dia cakap.

Dah makan separuh ..meja kat depan kitorang ni kosong lagi..

Ehh.. tetiba datang sepasang manusia korea duduk di depan..
tetiba tujugak nak ambik gambar abam.. "Abang, nak tangkap gambar u".... :)

ehhh...terfokus kat belakang pulak! haha anyonyonyonyo haha matila kalau laki aku baca blog ni.

Alhamdulillah perut pun kenyang.. babai abang korea.. ehhh.. hahaha

Ni harganya.. RM 42 nett

Dah kenyang, kita menuju ke Pantai... main pantai la. Tak lengkap percutian ke PD kalau tak main pantai tau.

Paling eksaited.. adalah Eiman



Macam-macam imaginasi dia dengan pasir tu. Yang aku ingat construction.

Selpi ≧❀‿❀≦

Sis cuba ambik angle slim ye.. sis cuba.. bahahaha

Masatu masa ada dalam sejam untuk eiman main pasir. Lepas sejam kami balik bilik, mandi pool kat bilik sekali lagi sampai penat pastu siap2 nak balik dah. Eiman suka sangat swimming.. kuat pulak tu anak aku ni berenang dari hujung ke hujung. Gembira je. Ada dalam 15 kali kot aku baling bola ke hujung pool suruh dia swim ambil balik. Tahun depan mummy register kau masuk kelas renang, boleh masuk olimpik. Dapat sejuta kau kasi mak simpan. haha Verangan!. 

Ni dah siap nak balik dah ≧❀‿❀≦

Sebelum balik, kita bergambar dulu dekat Pool Luar.

Tak tahu aku macam mana peace dia tu

Selesai checkout, kami meneruskan perjalanan mencari Coconut Shake dan Cendol Bakar. Tengah panas minum ais cenggini memang sangat mengundang batuk. Tapi apa ada hal, janji sedap punya pasal. hihi
Coconut Shake

Cendol Bakar

Alhamdulillah, terima kasihla pada Airbnb kerana menaja percutian kami sekali lagi. Sayang airbnb ketat-ketat. Ehh.. hahaha. Seminggu tu eiman duk berenang atas lantai je. Kadang-kadang tu dia buat Bantal Breastfeeding aku tu buat jadi "kelampung" dia. "Eiman Swim Mummy!!! Eiman Swim!!".. Gian nak main air lagi la tu. hihi.. yerla next time kita pergi lagi ye sayang. Doakanla mak kau ni murah rezeki ye. Amin.

Berenang di lantai

hahaha.. macam ni ye perangai budak umur 3 tahun? hahha

Eiman oh eiman. Macam-macam hal ko ni.

ha.. ok. itulah part 2 percutian kami di Grand Lexis Port Dickson. ehh korang pun nak rasa lepak sini?

Nah aku bagi RM 55 travel kredit. 

Mula-mula, Register sini : (mesti pakai link tu, kalau tak, tak dapat RM 55)


Lepas daftar, check travel kredit masuk tak RM 55. Pastu klik sini : 


Check tarikh available, dan book. Boleh  PM tuan rumah nama Nora, baik hati dan cepat balas mesej. hehe puji sikit sebab kawan sekolah aku masa form 4-5 kat Seratas. hahaha

Senang je kan? Kalau pandai main Facebook mesti pandainya guna Airbnb ni.

Hingga jumpa lagi ok. Cepat2 book tarikh tu, nanti full tatau ekk.

Ok.Tata babai.