Saturday, 24 September 2016

Peekabook.com.my | Mudahnya Beli Buku Secara Online

Salam,
Anda suka baca buku? tetapi malas untuk ke kedai? Tahukah anda, sebagai seorang ibu bapa, kita perlu mendidik anak supaya mereka gemar membaca sejak kecil? Nova pun seboleh-bolehnya akan mencari peluang untuk mendidik eiman supaya minat membaca walaupun, pada usia 3 tahun setengah ni, dia tidak dapat fokus lama-lama. Asalkan kita sentiasa bersama mereka membaca buku kegemaran itu sudah memadai. InsyaAllah bila dah besar nanti dia akan minat sendiri untuk membaca buku. Baru-baru ini Nova disapa oleh sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembelian buku secara online di Malaysia. Wow, Nova rasa sangat teruja nak tahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan...

Eiman dan Pocket Library Cerita Kucing

Laman Web Peekabook.com.my
Merujuk kepada Artikel InTrend bertarikh 23 August 2016, yang bertajuk : Cara Paling Berkesan Didik Anak Suka Membaca. InTrend Kongsikan Tips Mudah Untuk Mengajar Anak Anda Membaca dari Rumah : (maklumat lanjut di Laman Web InTrend)

  1. Sediakan Tempat yang Selesa
  2. Bacakan Buku Kepada Anak Anda
  3. Jadikan Satu Tabiat
  4. Nyanyi Bersama Mereka
  5. Tunjukkan Contoh yang Baik
  6. Sering Bertanyakan Soalan
  7. Pilih Buku yang Bagus dan Bermutu 
  8. Tampal Poster sebagai Hiasan
  9. Gabungkan Membaca Dengan Menulis
  10. Kunjungi Kedai Buku dan Perpustakaan
Ha, bolehlah kita ambil mana yang bagus untuk diamalkan ye tak? Bagi tips No.7, Pilih Buku yang Bagus dan Bermutu. Jika anda terlalu sibuk anda bolehlah mengunjungi Laman Web Peekabook.com.my kerana banyak pilihan buku dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Diantara kategori buku yang ditawarkan adalah :

Preschool : Workbooks & Textbooks
SJK(C) : Workbooks, Textbooks & Resources (Year 1 to Year 6)
SK : Workbooks, Textbooks & Resources (Year 1 to Year 6)
SMK : Workbooks (Form 1 to Form 6)
Dictionaries
Storybooks : Adults, 0-2 Years Old, 2-5 Years Old, 5-8 Years Old dan 8-12 Years Old

Yey, parcel buku untuk eiman dah sampai ≧❀‿❀≦

Comelnya! Siap ada sampul nama eiman ≧❀‿❀≦

Ada bintang merah yang comel dilekatkan disampul. cute sangat aih!

Tadaa!!! Koleksi buku cerita bagi kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun. 

Nak tengok tak buku-buku ni satu-satu? Ok jomla mummy tunjukkan ye.

Guess with Jess (Pocket Library)

I Love My Baby Brother. Malam nanti bolehla mummy bacakan pada Eiman.

Mike The Knight & The Fluttering Favour

A Friend for Little Bear

Ha, ini buku kegemaran eiman, Digger and Skip. Setiap hari dia selak buku ini dan minta mummy tolong bacakan. Eiman memang paling suka construction vehicle. Buku yang mula-mula dia pegang mestilah buku ni. Sampai tak nak move on ke buku seterusnya. hehe Gambar dalam buku ni pun sangat comel dan menarik.



Last but not least, Workbook ni. Mummy bawak balik kampung buku-buku eiman ni untuk kongsi baca dengan Kak Pika, dan Workbook ni dah hampir siap tau dalam masa 2 jam. Suka sangat kak Pika dan Eiman main tampal-tampal sticker. Sticker nya juga sangat berkualiti dan banyak. Kemain berebut lagi Eiman dengan Pika main tampal sticker yang ada. Lagi satu, kualiti kertas buku ni bagus, tak mudah koyak dan sticker yang salah tampal tu boleh dikorek balik untuk ditampal semula. Mummy paling suka buku ni.


Eiman dan buku kesukaannya

Eh.. adik pun dah pandai nak baca buku ye

Olololo adik Timah, dah besar nanti boleh abang eiman tolong bacakan kat adik ye ≧❀‿❀≦

Eiman dah pandai buat puzzle dengan buku dari pocket library ni 

Ha.. tengok tu, comel kan? Belakang kulit buku ni, bila dicantumkan jadi satu potret haiwan.

Bagus eiman, kena rajin-rajin pegang buku tau. Kena bahagikan masa tengok Peppa Pig dengan baca buku ok!  *actually mummy pun tak tahu belakang tu puzzle, eiman yang tunjuk kat mummy. dia cakap "Mummy, look its a puzzle". hehe bagus eiman ni.

Ha.. best kan? Aktiviti membaca buku ni penting, walaupun kita dah ada teknologi yang moden, aktiviti membaca tidak harus dipandang ringan oleh ibu bapa tau!. So dengan adanya Peekabook.com.my korang tak perlu susah-susah lagi nak ke kedai beli buku. Buku latih tubi untuk sekolah rendah sampai menengah semua ada di sini. Best kan? Dan paling best, dengan pembelian RM 150 anda akan dapat penghantaran percuma! Macammana nak daftar? Senang sahaja, meh sini Nova tunjukkan.

 Pertama, pergi ke pautan berikut : https://peekabook.com.my
Isikan email address anda dan tekan Create an account

Satu paparan baru, masukkan maklumat peribadi anda dan setelah selesai mengisi tekan Register.  

 Tadaa.. mudahkan? Anda akan masuk ke Dashboard. Anda boleh lihat maklumat pembelian, voucher, point terkumpul dan sebagainya.

Jika anda ingin tahu langkah-langkah lanjut atau cara pembelian buku di sini, sila gunakan tab HELP disebelah kiri. Langkah demi langkah akan diajar dan semestinya anda akan faham dengan mudah.

ha.. best tak? Nova pun excitedla nak beli lagi buku di sini. Actuallykan secara jujurnya, apa yang Nova paling suka adalah saat eiman dapat bungkusan/ Peekabox by Peekabook ni. Eiman excited sangat nak tahu isi dalamnya. Macam surprise la. Boleh buat kejutan hari jadi juga buat anak atau anak saudara. Bila dia buka je, Wow! wow mummy its a book!! Terus dia geledah satu-satu buku dan off course buku construction vehicle la yang dia paling suka. hehe kat bawah ni Nova kongsikan video eiman tengah baca buku kegemaran dia. 



Maklumat Lanjut Mengenai Peekabook


Store Information :
Peekabook Sdn Bhd, 
Level 23, Premier Suites, 
1 Mont Kiara, 1 Jalan Kiara, 
50480 Mont Kiara, Kuala Lumpur

Call / SMS / WhatsApp: +6018 3266 238

Email: hello@peekabook.com.my

Ok, sekian sahaja perkongsian Nova. Terima kasih Peekabook dan semoga perkongsian ini berguna untuk anda juga!

≧❀‿❀≦