Thursday, 1 September 2016

Raudhah Mart dan Pollo Mendi “Arabic & Italian Fine Cuisine” Yang Istimewa

Salam,
Holla, harini Nova nak berkongsi maklumat dengan anda semua berkenaan 2 perkara iaitu Raudhah Mart dan Pollo Mendi “Arabic & Italian Fine Cuisine”. Beberapa minggu lepas Nova dapat jemputan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pasar Mini Raudhah Mart, namun tak ada rezeki Nova nak ke sana pada hari kejadian. Walaubagaimanapun, setelah meneliti maklumat yang dipanjangkan kepada Nova, Nova dapati ada kelainan dan keistimewaan pada Raudhah Mart ini. Apa istimewanya pasar mini ini? haa... meh nak cerita... 

Staff Polo Mendi dan Raudhah Mart bersama pengasasnya

Raudhah Mart

Pasar Mini Raudhah Mart ini adalah sebuah platform yang diwujudkan dengan tujuan untuk menyumbang dana kepada projek Selamatkan Ummah. Penubuhan Raudhah Mart adalah bertujuan untuk menawarkan alternatif kepada pengguna untuk membeli belah dengan cara yang lebih cepat dan selesa, tanpa harus berhadapan dengan masalah-masalah yang sering dikaitkan bila seseorang pergi membeli belah di pasaraya pasaraya besar seperti bersesak dengan orang ramai, menghabiskan masa dalam kesesakkan lalu lintas, mengalami kesukaran mendapat parking kereta dan sebagainya. Selain menawarkan nilai yang terbaik, pengguna juga dapat membeli tanpa was-was kerana barangan Raudhah Mart dijamin halal dan bermutu.

Majlis perasmian Raudhah Mart ini disempurnakan oleh Y.B Dr Siti Mariah, ahli parlimen Kota Raja dan disaksikan oleh ahli parlimen Ampang Y.B Zuraida


Seperti yang dimaklumkan, matlamat Raudhah Mart adalah mudah. Berbekalkan dengan slogan “Jimat dan Halal”, Raudhah Mart mensasarkan pembukaan 1,000 cawangan diseluruh negara, dengan sasaran pelanggan sebanyak 1,000 keluarga di setiap cawangan. Raudhah Mart menyasarkan jualan tahunan bernilai RM6 billion dan dari jumlah ini, pendapatan bersih Raudhah Mart dianggarkan sebanyak 10%, yakni RM600 juta.

Peluang perniagaan juga disediakan untuk mereka yang berminat untuk memiliki kedai runcit Raudhah Mart mereka sendiri. Model perniagaan yang berasaskan ‘Unified Brand’ tanpa kos Francais hanya memerlukan peniaga membeli barangan kedai mereka daripada Raudah Mart ‘Distribution’. Mereka cuma perlu membayar sumbangan pengiklanan, sistem POS dan yuran latihan yang sangat rendah. 

Sekitar Majlis Perasmian Raudhah Mart


Kedai runcit sedia ada juga boleh menukarkan kedai runcit mereka kepada Raudhah Mart dengan kos yang sangat rendah. Peniaga Raudhah Mart akan mendapat bimbingan perniagaan terus daripada jurulatih perniagaan antarabangsa iaitu En. Mohd Fadzil Hashim yang juga merupakan pemilik dan pengasas Raudhah Mart, Restoran Arab & Itali Pollo Mendi, Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, Dapur Sentral Brainy Kitchen dan berberapa perniagaan lain.

Keadaan di dalam Raudhah Mart

Dengan keuntungan yang bakal diperolehi oleh Raudhah Mart, 50% keuntungan bersih sebanyak RM300 juta akan terus disumbangkan ke dana projek Selamatkan Ummah bagi menyokong usaha berikut:

i) Penyediaan Pinjaman Bebas Riba (Pinjaman Perniagaan, Rumah, Pendidikan,Kereta)
ii) Penyediaan Dana Pendidikan Percuma (Peringkat Universiti)
iii) Penyediaann Dana Kesihatan Percuma

Diharapkan agar Raudhah Mart akan terus berkembang dan maju disamping menyumbang kepada masyarakat. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh juga ke 

Alamat : Raudhah Mart
C-02-GF Garden Shoppe
One City @ USJ 25
47630 Subang Jaya
Selangor
Telefon : 603-8081 0144

Contact person: Cik Hani Noorashiqin, (019-268 8519)


Pollo Mendi “Arabic & Italian Fine Cuisine”

Seterusnya, Pollo Mendi “Arabic & Italian Fine Cuisine” merupakan restoran makanan Arab dan Itali yang sedap dan halal. Konsep yang unik ini bertujuan untuk memvariasi pilihan makanan kepada seisi keluarga dalam suasana makan yang amat selesa dan privasi. Restoran yang telah mula beroperasi sejak setahun yang lalu kini juga turut mengorak langkah lagi dengan memiliki "food truck’’ nya sendiri yang akan membantu Pollo Mendi untuk menawarkan perkhidmatannya di acara-acara luar.

Restoran Polo Mendi di One City @ USJ 25

Disamping untuk menyediakan makanan halal dan berkualiti, Pollo Mendi ini juga dibangunkan atas konsep franchaise untuk membantu golongan bumiputera memiliki perniagaan restoran mewah yang mampu milik. Sebagai makluman, Pollo Mendi adalah hasil dari kaji selidik yang telah dilakukan keatas restoran-restoran mewah yang kebanyakkannya adalah sukar dan terlalu mahal untuk kebanyakkan bumiputera mendapatkan franchaisenya.

Semua makanan dari Pollo Mendi dibekalkan sepenuhnya oleh kilang dapur sentral yang tersendiri bagi memudahkan operasi harian di Pollo Mendi. Pengusaha tidak perlu pergi ke pasar atau memasak barangan mentah yang banyak. Teknologi ‘Blast Freeze’ dan ‘Blast Chill’ dari Perancis mengekalkan standard rasa dan kualiti setiap makanan di Pollo Mendi.

Majlis perasmian Pollo Mendi and Pollo Mendi Food Truck ini telah dirasmikan oleh Y.B Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja dan di saksikan oleh MP Ampang Y.B Zuraida dan pemimpin masyarakat dalam majlis yang di hadiri lebih 200 tetamu jemputan dari sekitar kawasan USJ 25.


Dengan menggunakan slogan “Authentic Arabic & Italian Cuisine” restoran Pollo Mendi mensasarkan untuk mempunyai 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Usahawan yang berminat boleh memiliki restoran Pollo Mendi dengan kos sebanyak RM350,000 sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Fazli Rahim di talian 019-2718445.

*Nova masih belum berkesempatan mencuba masakan Polo Mendi, namun begitu Nova yakin bahawa masakan di sini sedap-sedap belaka. InsyaAllah kalau ada jemputan lagi, Nova akan buat review makanan pula di sana.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga ke 
Alamat : Pollo Mendi Restaurant
C-10-GF Garden Shoppe
One City @ USJ 25
47630 Subang Jaya
Selangor
Telefon : 603 5036 7920
Waktu Operasi : Monday-Sunday (9am-10pm)

Ok tu sahajalah sharing Nova kali ini...Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦