Saturday, 3 September 2016

Review Ecowell Organics : Make-up Cleanser Milk

Salam,
Holla, apa khabar semua, untuk kali yang kelima, Nova akan kongsi dengan anda semua produk Ecowell Organics yang seterusnya iaitu Make-up Cleanser Milk. Ha.. seperti yang diketahui umum, mencuci muka menggunakan pencuci muka sahaja adalah tidak mencukupi. Malah, bagi mereka yang sentiasa menggunakan makeup, proses membuang makeup di kulit adalah satu kewajipan. Oleh yang demikian, anda perlu memilih dengan bijak, produk penanggal makeup yang paling baik untuk kulit anda. Salah satu yang Nova ingin cadang pada anda adalah Ecowell Make-up Cleanser Milk. Bukan sahaja ianya produk organik yang diiktiraf, malah ia juga mampu menanggalkan makeup anda dengan mudah tanpa memberi kesan yang tidak baik pada kulit.

Ecowell Make-up Cleanser Milk di dalam Travel Set (30 ml)

Kandungan utama Ecowell Make-up Cleanser Milk adalah Organic Olive Oil/ Minyak Zaitun Organik dan Vanilla Oil. 
Fungsi : Membersih, melembapkan dan menyuburkan kulit.

Ia semestinya berkesan membuang kesan make-up, tidak menyumbat liang pori disamping melindungi kelembapan kulit. Ia melembut dan menyegarkan semula kulit serta meninggalkan rasa lembut dan segar.

Saya suka Ecowell Make-up Cleanser Milk!

Warna cleanser milk ini putih, teksturnya pekat dan berbau herba yang harum.

Kandungannya dan kebaikan Make-up Cleanser Milk adalah seperti berikut:

Minyak Zaitun Organik
  1. Antioksidan anti-penuaan
  2. Vvitamin E
  3. Polyphenols
  4. Phytosterols
  5. Mengembalikan kelembutan
  6. Menghalang UV dan bebas kerosakan radikal
  7. Melembapkan dan melindungi kulit.


Vanilla Oil
  1. Antioksidan
  2. Mencegah dan membaiki kerosakan kulit
  3. Melindungi kulit
  4. Ciri-ciri antibakteria merawat jerawat
  5. Sumber vitamin B seperti niasin, thiamin, Vitamin B6 dan asid Pantothenic yang menyuburkan dan memberikan kulit yang sihat
  6. Anti-radang


Cara Penggunaan: 
Sapukan ke muka dengan pad kapas, kemudian perlahan-lahan lap permukaan kulit. Untuk hasil yang optimum, guna sebelum mencuci muka menggunakan Ecowell Liquid Soap Muka. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.
1. Makeup di muka anda

2. Pam produk ke kapas muka

3. Lap perlahan-lahan pada permukaan kulit

4. Lihatlah bagaimana dengan mudah ia ditanggalkan

5. Sapu pada keseluruhan kulit

6. Kulit lembut, segar dan bersinar semula! vass vasss...

Rawatlah kulit anda menggunakan produk yang terbaik. Cubalah hari ini dan bukan hanya melihat tetapi rasai perbezaannya!

Apa yang membuatkan Ecowell berbeza dan jenama organik yang terkemuka di seluruh dunia?

Bahan-bahan berasaskan Organic Certified Plant.
Diuji secara Dermatologia.
ICEA-Bertauliah.
Tiada Bahan Kimia sintetik yang memudaratkan.
Tiada Alergen Scents.
Tiada Silikon.
Tiada Parabens.
Tiada SLS Dan SLES.
Tiada Agents Pewarna.
Tiada Cecair Parafin.
Tiada Animal-Testing.
Tiada Petroleum-Based Chemicals.
* Halal Certified





Untuk maklumat lanjut atau pembelian boleh ke Pautan berikut :


Bagaimana untuk mendapatkannya 






Untuk Review Produk Ecowell yang sebelum ini boleh lihat di sini : Ultra Moisturising Eco Bio Face CreamLiquid Facial SoapCell Renewal & Hydrating Face MaskFace Tonic dan Makeup Cleanser Milk.

Ok tu sahajalah sharing Nova kali ini...Ingat tau, tak ada perempuan tak cantik, kecuali perempuan yang malas! Terima kasih kerana sudi menjamu mata di sini. Semoga menjadi perkongsian yang baik pada pembaca blog Nova. hehe Sehingga berjumpa lagi.. 

Thank you for reading guys!!! sekian. tata babai! ≧❀‿❀≦