Tuesday, 20 September 2016

Shopping di Hermo.my Bayar Guna MOLPay Cash di 7-Eleven | Mudah Sangat!

Salam,
Holla, pernah dengar MOLPay? Nova pun pertama kali dengar MOLPay haritu. Excited nak tahu. Apa tu MOLPay? "MOLPay adalah kemudahann pembayaran secara tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang dibeli dalam talian". Ya, dengan erti kata lain, Nova shopping di Hermo.my, kemudian Nova ke 7-Eleven terdekat dan bayar di situ. Ehh.. boleh ke macam tu? Mestilah boleh! Tapi... macam mana? Ok, meh sini Nova ajar ok!

Nova di 7-Eleven

Tahukah anda, penduduk Malaysia lebih gemar membuat pembayaran dengan menggunakan Tunai berbanding kad dan lain-lain.  60 % tau yang prefer cash ni. Jadi ada tak pilihan untuk bayar cash? ya semestinya dengan perkhidmatan MOLPay!


Ok, ni artikelnya, bacalah. Atau klik di sini untuk bacaan lanjut.


Apa faedah yang anda akan dapat daripada MOLPay TUNAI?

Yang part 24 jam tu memang Nova setuju sangat sebab Nova ni seorang yang bekerja, oleh itu kalau Nova shopping online, Nova tak suka ke bank malam-malam untuk bank-in duit. Ni, dah ada kemudahan MOLPay, Nova hanya perlu ke 7-Eleven je. Tak takut langsung, ramai je lagi orang pukul 12.30 malam. Siap boleh beli jajan lagi buat kudap2 gemukkan badan. haha ok gurau.

Laman Web Hermo telah berkolaborasi dengan MOLPay bagi kemudahan ini. Hermo.my merupakan portal online yang menawarkan barangan kecantikan seperti Make-up, Penjagaan Wajah, Mandian Badan, Maskbox dan barangan kecantikan lain. Ia tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, kerana laman web ini menawarkaan harga yang snagat berpatutan dengan promosi-promosi menarik pada acara tertentu. Jadi, seterusnya, jom teman Nova shopping di Hermo ah jommm!


Macam-macam ada uolls. Rambang mata tau nak pilih tang mana satu. Kredit ada RM 150 ni, Nova aim beli Cushion la kan, yang tengah IN sangat ni.

Selain itu, ada macam-macam lagi kat sini. Nak tengok Best Seller tak?

Hehe rambang mata tak? Pergi tengok sendir kat Hermo. Tu link Nova ada bagi. So apa yang Nova decide untuk ambil adalah 3 cushion dan 1 foundation. Yey! 3 cushion Missha, 2 nak bagi sebagai hadiah kat adik-adik Nova dan foundation Innisfree tu Nova nak pakai ke ofis. Teringin nak cuba. hehe

My Cart

Selesai memilih barang, anda masukkan maklumat yang diperlukan seperti alamat, voucher dan sebagainya. Sehingga ke pilihan pembayaran pilih MANUAL TRANSFER.

Selesai Pilihan Pembayaran, anda akan di bawa ke laman seterusnya seperti di bawah. 
Pilih "PAY RM XX.XX USING MOLPAY" 

Kemudian, tekan pada Payment Options

Pilih Pembayaran MOLPay di 7-Eleven

Seterusnya Tick pada persetujuan seperti di bawah dan tekan butang Proceed.

 Yey! Keluar dah cetakan untuk di bawa ke 7-Eleven. Ini tandanya anda berjaya.

Cetak dan bawa ke 7-Eleven yang terpilih di sekitar anda, Ini contoh resitt yang telah di cetak.

Tapi, masa ni Nova tak ada pencetak, jadi Nova tangkap gambar dan emel sahaja inbox sendiri. Nanti pergi kedai tunjukkan transaction id dan code. Selesai pembayaran anda akan terima 2 resit pengesahan bayaran. Mudah kan? 

7-Eleven Setaiawangsa

Nova buat pembayaran di 7-Eleven setiawangsa. Mudah sangat, jam 12.30 malam pulak tu.



Sporting adik syafiq ni, akak ajak bergambar pun ok je. hehe 

Selesai.. mesej pembayaran berjaya akan diterima di emel dan dalam masa 3-5 hari berkerja, barang Nova akan sampai. yeyeye takzzabar dah ni.

Ha, disamping itu Nova juga nak bagi korang kod baucher RM 5 off bagi pembelian RM 60 ke atas.

HMOLPAYCASH05

- Voucher discount valid from 01/09/16 - 31/12/2016.
- A RM5 off minimum purchase of RM60 (excluding shipping fee) in single order.
- Not applicable to items as featured in OMO deals.
- Offer is only valid for one-time usage only per customer during the offer period.
- This offer is not valid with the usage of other promotion codes.
- This voucher is not applicable during any promotional events.
- Hermo.my reserves the right to change the Terms and Conditions without further notice

 Pautan Laman Hermo : http://bit.ly/MOLPAYXHERMO_2016
Pautan Laman MOLPay : http://www.molpay.com/v3/cash

Memang bestlah buat pembayaran guna MOLPay ni. 
Sebabnya - "Convenient, easy, quick & hassle free payment method"

Ok. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda. Sekian. Selamat Bershopping.