Sunday, 25 September 2016

Sista Malaysia | EASY GO Micro Car Charger Terbaik!

Salam,
Holla semua, semenjak dua ni, dah berapa kali aku dan suami ke kedai elektronik untuk beli Charger. Bukan nak cakap apa, kalau beli charger ni bukan boleh gerenti telefon atau tab tu boleh charge terus. Ada sekali tu, beli charger tab, balik rumah tak boleh charge. 30 minit charge pun, masih tak bergerak percent bateri. Aduh, memang masalah aku dengan charger ni ibarat aur dengan tebing. Ntahla kenapa selalu dapat kedai yang supply barang tak berkualiti. Harga beli tu boleh tahan mahalnya, tapi pakai seminggu dah rosak. huh! Handphone dan tab memang selalu kena charge memandangkan kegunaan yang banyak sebab jadi blogger ni tahulah kan, kita ni memang selalu berinteraksi di Media Sosial dan update Blog jadi penggunaan peralatan elektronik ni memang maksimum.

EASY GO Micro Car Charger Terbaik der!

Produk Keluaran Sista Malaysia iaitu EASY GO Micro Car Charger memang terbaik. 

EASY GO Micro Car Charger terdapat dalam 2 warna iaitu Hitam & Putih


Selain itu, charger kereta juga adalah satu keperluan buat aku. Especially bila menggunakan aplikasi seperti Waze ataupun Google Map, bateri memang laju je habis kan. So, charger kereta sangat membantu aku untuk mengekalkan bateri handphone. Dengan menggunakan EASY GO Micro Car Charger, aku tak perlu risau lagi dengan masalah seperti "Tak sempat charge bateri", "Terlupa cas bateri", "Bateri habis tiba-tiba", "Tak dapat guna kamera sebab bateri tak cukup" dan sebagainya. Apa yang best tentang Easy Go ni adalah :

~ 2 USB Ports
~ 2.4A Max
~ Dual Smart Chips
~ Intelligent Matching The Devices
~ Fast Charger
  
Best tak? Best kan? Tak cukup lagi? Selain itu Easy Go ini juga :

~ Compatible with most smart phones and tablets
~ Multi-protection OVP/OCP/UVP/SCP/OTP/OPP
~ High efficiency up to 90%
~ Blue LED indicator
~ Fire protection material

Jika charger ini diaktifkan, akan ada lampu biru menandakan sedia untuk dicas.

≧❀‿❀≦

Diantara lain produk yang dikeluarkan oleh Sista Malaysia seperti Power bank, Data cable, Charger, Bluetooth earphone, Smartphone cover, Smartphone screen film dan sebagainya. Secara ringkasnya Sista Malaysia dikenali kerana "A fashionable brand focus on telecom accessories products Re Energize Your Future". Syarikat ini ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang minat dengan produk digital serta mempunyai matlamat untuk masuk ke pasaran antarabangsa sebagai pembekal aksesori digital yang bergaya. Kalau tengok di bawah nanti akan Nova kongsikan produk Sista Malaysia yang lain.

Easy Go Micro Car Charger yang ada pada Nova

Kecil tapi power! Warna hitam pula sangat bergaya!

dan.. Daddy lah yang paling seronok kerana lepas ni Nova boleh charge handphone dalam kereta dengan sepantas kilat. Tak ada masalah phone tak charge dah. hehe

Harga Easy Go Car Charger : RM 59.00 sahaja

Ok, next Nova kongsikan produk dari Sista Malaysia yang lain.

Cable Charger berwarna-warni. Sangat bergaya.





So, kalau korang nak beli barang-barang seperti yang Nova telah sebutkan, korang boleh cari brand Sista Malaysia yang boleh didapati di outlet seperti dinyatakan di bawah. Produk Sista Malaysia sangat berkualiti dan selamat digunakan. Tak perlu rasa was-was dan anda akan rasa berbaloi membelinya. Tak perlu risau lagi bila balik rumah, tak boleh guna atau rosak cepat. Jangan lupa ok. Look for brand Sista Malaysia untuk kualiti yang tip top ok!
Dimanakah untuk mendapatkan produk-produk Sista Malaysia?

Harga Easy Go Car Charger : RM 59.00 sahaja


Laman Web : http://www.sista.hk
Facebook : Sista Malaysia
Instagram : @SistaMalaysia

Phone : 03-89417677
Email : warren.wang@sista.hk

Maklumat tambahan boleh cari di media sosia dengan @SistaMalaysia atau #sistamalaysia

Ok, sekian sahaja perkongsian Nova pada kali ini, diharapkan ia akan memberikan maklumat yang berguna pada korang semua ya.