Saturday, 22 October 2016

Pengguna Susu Karihome Tegar Sampai Step 4

Salam,
Hola. Eiman masuk je 3 tahun lebih, aku terus tukar susu dia ke Step 4. Huh! Memang tegar sangat ni pakai susu kambing. Dari Step 1 sampai Step 4, eiman tak minum susu selain Karihome. Patut dah dapat award atau jadi Duta Karihome ni. haha Dia pun suke je susu ni walaupun rasanya tawar dan tak manis. Compare dengan adik, wayyy... different. Ok tu nanti cerita lain. So, now eiman sahajalah yang tegar dengan susu kambing.

gambar bawah ni Step 3 tau.. step 4 botol biru.. 

Kalau nak minta aku tuliskan kebaikan susu kambing tu, rasanya ada dah cerita beberapa kali dah dalam entry sebelum ni. Boleh search karihome di blog ini ya. Topik ini juga diantara topik yang hot dibincangkan di blog Nova. Ramai yang tanya i di blog, fb dan ig, berkenaan karihome ni. Some of them i boleh jawab dan ada juga yang i tak dapat nak bg jawapan. Sebabnya, lain budak lain penerimaannya. Jika eiman sangat-sangat sesuai dengan karihome, adik pula berbeza. Jadi nasihat i, kena cuba dulu baru tahu. Kalau nak cuba tu janganlah beli tin yang besar terus tau.. cuba minta sample dari pasaraya ataupun facebook karihome. Bila dah test pada anak beberapa kali dan rasa-rasa anak kita ok dan suka, barulah beli tim besar ye.

Berdasarkan pengalaman aku dan beberapa ibu lain, anak-anak yang menggunakan susu ini memang senang poo poo. Eiman tak pernah berak keras lagi selama dia minum susu ni. Jadi aku pun tak ada pengalaman macam mana baby berak keras ni. Alhamdulillah.

Gambar-gambar kat bawah ni aku ambik sebab eiman sibuk nak juga bergambar masa aku tengah photoshooting bahan untuk blog. Dia nak mummy ambik gambar dia.. layan jela ... hehe

Ini susu kegemaran saya :)

Saya minum susu ini sejak saya masih bayi 

Ni step-step untuk Susu Karihome :
Step 1 : Newborn hingga 6 bulan,
Step 2 : 6 bulan hingga 12 bulan/1 tahun.
Step 3 : 12 bulan/1 tahun hingga 3 tahun
Step 4 : 4 tahun  - 11 tahun

Harga susu Karihome ni pada tahun 2016 sekitar RM 107.00 hingga 115.00 setin. Eiman selalunya minum 2 hingga 3 tin sebulan. Banyak ke? Biasa kan? Budak lelaki memang minum banyak. Tak sama macam May, alahai sikit je minumnya. Erm...

Berposing gini pulak. "Eiman nak toys!" katanya


Ok.. itu sahajalah setakat ini,

Kalau nak lawat entry lama silakan lah ye :) Search karihome pada blog ini ye.

Kedai Susu Karihome Online : Babydash.com

Sekian. Thank you for reading ye! Muah!