Thursday, 13 October 2016

REVIEW Safi Shayla | Syampu Wanita Bertudung

Salam,
Holla.. semangat ni nak kongsi dengan kawan-kawan semua Safi Shayla dengan Pek Fleksi. Sangat-sangat baru dan panas di pasaran. Pek Fleksi ini sangat mudah dibawa ke mana sahaja dan tidak memakan ruang yang banyak di dalam beg terutama bagi seorang traveller. Kecantikan yang sempurna perlulah bermula dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Rambut mestilah kena harum sentiasa baru rasa keyakinan diri tu datang secara semulajadi dari dalam diri. Serlahkan keyakinanmu sayang walaupun anda memakai tudung!

Anda mencari-cari produk yang berkualiti namun harga lebih murah dan menjimatkan? Ya, Safi Shayla semestinya menjadi pilihan anda. Safi Shayla adalah rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda dengan ini memperkenalkan inovasi terbarunya iaitu SAFI Shayla Pek Fleksi. Ia boleh terus digunakan, dijadikan sebagai pek isian semula atau boleh dijadikan pek kembara. Pek Fleksi ini adalah inovasi pertama dalam industri syampu Malaysia. Ia  semestinya akan menjadi pelengkap kepada wanita bertudung seperti anda.

SAFI Shayla Pek Fleksi terbari dari SAFI Malaysia

Kualiti produk Safi Shayla sentiasa dijaga serta mampu milik

Kalau nak tahu, warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol, jadi anda akan mudah untuk mengecam keluaran Safi Shayla yang terbaru ini. Pek inovasi ini bersaiz 480g, mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang. Satu langkah ke arah yang baik SAFI Shayla! Sokongan yang padu buat SAFI Shayla. Nova memang suka pakai syampu SAFI Shayla ni sebab ia sangat memahami keperluan wanita bertudung. Kepala seharian terperap di dalam tudung, masalah seperti kelemumur, gatal dan cepat berbau memang menjadi masalah yang biasa di hadapi oleh Nova. Namun, sejak ada SAFI Shayla..... semua itu bukan lagi masalah tambahan pula rambut menjadi sihat dan bermaya dengan adanya kandungan Habbatus Sauda di dalam syampu ini!

Anda juga perlu mencuba SAFI Shayla ni! Sangat mudah di bawa ke mana-mana!



Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM 14.65 sahaja! Murah kan? 480 gram tau, banyak tu... dan hasilnya.. Alhamdulillah Nova sangat puas hati dan dah masuk senarai Syampu kesukaan. hehehe dan terima kasih kepada SAFI Shayla kerana menghadiahkan sehelai tudung merah yang sangat cantik dari SugarScarf!


Mahukan maklumat lanjut?

Layari facebook SAFI :

Instagram SAFI:

YouTube SAFI :

Comel kan? 

Mudah dibawa!

Sekian. Semoga perkongsian ini juga berguna buat kawan-kawan semua!

Terima Kasih SAFI Malaysia!