Thursday, 1 December 2016

Enchanteur | Cipta Detik-Detik Istimewa

Salam,
Holla semua... wanita pada hari ini lebih yakin, berketerampilan, berkarier, lebih hebat berbanding wanita di zaman dahulu. Apa yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan cabaran?... And mahu tahu rahsianya? 

Semestinya..ENCHANTEUR; pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis.


Penjagaan lengkap untuk kesegaran badan semestinya dengan Enchanteur. Nova memang sangat sukakan Enchanteur sebab kesemua rangkaian produknya berbau segar dengan bau bunga-bunga. Oh ya, i memang minat sangat dengan bau-bau bunga ni.. kalau mandi dengan shower cream Enchanteur ni terasa macam mandi bunga. Wangi... fresh! Bukan Nova je suka tau.. husband i pun suka Enchanteur ni..

Jom cipta detik-detik istimewa anda dengan Enchanteur

Rangkaian produk Enchanteur menjadi pilihan hati

Nova akan mulakan hari yang bahagia dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian Nova penuh kemewahan serta menjadikan Nova berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu Nova untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.

ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65

Anda suka yang mana? Pilihlah yang sesuai dengan jiwa anda...

Selepas mandi, Nova akan sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit disaat mereka berjabat tangan dengan anda.

ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00

Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, Nova akan menggunakan deodoran. Oleh kerana Nova bekerja dan sentiasa bergerak, Nova akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin. Oleh itu, Nova gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant yang diaplikasi di bawah lengan untuk membantu Nova kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.

ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90


Kemudian, rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik pada denyut nadi bagi membebaskan haruman yang mempesona. Nova akan pastikan husband Nova sentiasa merasa kesegaran dan keindahan sepanjang hari. Inilah detik romantik bagi Nova. Wangian ENCHANTEUR adalah instrumen harian Nova untuk cinta hati Nova yang disayangi.

ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50


Kalau nak tahu, setiap seleksi minyak wangi dicipta adalah istimewa oleh pembuat minyak wangi Perancis. Ia bukan sahaja memanjakan kulit malah memberikan pengalaman menakjubkan. Ia juga turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari.


Ikuti langkah-langkah mudah seperti yang Nova cerita tadi agar anda juga mampu mempesona si dia yang disayangi dan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik.  Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR.

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari :

Lawan Web : www.enchanteur.com.my 

Sekian.