Tuesday, 15 November 2016

Enchanteur Paris | Rahsia Kulit Cantik & Pesona Diri Yang Memukau

Salam,
Enchanteur Paris sememangnya satu jenama rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis. Sejak kecil tau Nova memang minat sangat dengan Enchanteur Paris. Iklannya di kaca TV dan media sosial memang ada kelas tau. Enchanteur Paris adalah jenama wangian yang selalu berada di hati Nova, dan produk-produknya tidak asing bagi Nova. Kalau mandi dengan cecair mandian Enchanteur Paris tu, boleh terbayang rasa berada di Perancis tau. haha over kan.

So, hari ini Nova nak berkongsi dengan anda beberapa rangkaian wangian penjagaan badan dari ENCHANTEUR PARIS iaitu : ENCHANTEUR PARIS Mon Amie, ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan ENCHANTEUR PARIS Adore. Wangian penjagaan badan dari Enchanteur Paris ni memang sangat-sangat memukau tau. Ia terdiri daripada Serum Wangian Lembapan, Losyen, Deodaran dan Semburan Pewangi Deodoran.

ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
  1. Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) - Penghidratan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun - Untuk kulit sihat dan lembap sehingga 10 hari  
  2. Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) -  Menyegar dan menghidratkan kulit 
  3. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) 
  4. Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) 

ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR
  1. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) - Dengan manfaat pencerahan tiga kali ganda - Kombinasi 3 ejen pencerahan untuk 5x ganda manfaat pencerahan segera
  2. Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodorant) 
  3. Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) 

ENCHANTEUR PARIS ADORE
  1. Losyen Wangian Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) - Memberikan kulit perlindungan berpanjangan dari 99% kuman merbahaya
  2. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) 
  3. Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) 

Rangkaian baru dari Enchanteur Paris memang sangat memukau dan sangat sangat best!
  1. Serum Wangian terbaharu (Botol Biru) di bawah, mengandungi Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun memberi manfaat penghidratan dengan meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 2x lantas membuatkan kulit berseri dan lembap sehingga 10 hari. 
  2. Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Botol Kuning) pula mengandungi agen pelindung matahari untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. 
  3. Losyen Wangian Pencerah (Botol Pink Merah) mempunyai 3 kali ganda manfaat pencerahan dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. 
  4. Losyen Wangian Anti Bakteria (Botol Purple) melindungi anda daripada 99.9% bakteria merbahaya di samping memastikan kulit mereka sentiasa lembap.

Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS 275ml & 300ml

Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS juga didalam bentuk tiub 85ml & 100ml yang mudah dibawa

Inilah Enchanteur Paris pilihan Nova  :)

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar Mon Amie
Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) Adore
Losyen Wangian Pencerah Belle Amour


Deodaran yang Nova pakai ni memang best, tak rasa sticky walaupun ia dalam bentuk cecair. Bawah lengan memang sentiasa rasa fresh dan seriusly tak berbau walaupun dah 8 jam kerja. Segar terasa. Kemudiaan, semburan pewangi deodoran dia, memang ada je dalam beg, lepas solat zohor mesti nak sembur-sembur pada badan supaya rasa fresh semula. Bau dia juga bunga-bunga dan buah-buah, lembut sahaja. Paling suka yang semburan ni. Dan losyen juga best sebab dia ada agen pencerah dan pelindung matahari. Kesimpulannya Nova bagi 5 bintang pada rangkaian baru Enchanteur Paris ni. Semestinya adalah Rahsia Kulit Cantik & Pesona Diri Yang Memukau.


Harga adalah seperti berikut ye ....

Losyen/Serum jenis tiub = RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) 

Losyen/Serum jenis botol = RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml)

Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS = RM8.70 (50ml) 

Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS = RM10.10 (100ml) 

Untuk maklumat lanjut
Laman Web :  www.ENCHANTEUR.com.my 
Facebook Rasmi : www.facebook.com/EnchanteurMY

Ehhh... ada yang suka dengan bau dia la.. dan nak juga enter frame la. hihi..

Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi tau. Cecepat gi beli sebelum Sold Out k!

Sekian. Terima kasih dan semoga menjadi perkongsian yang berguna untuk anda semua.