Tuesday, 1 November 2016

Grand Imperial Bird's Nest Shallow Nest Silk Mask | Mask Tegang, Lembab, Segar dan Memutihkan Kulit

Salam, Holla.
Harini Nova nak kongsi dengan korang semua, pengalaman pakai masker yang best iaitu Grand Imperial Bird's Nest Shallow Nest Silk Mask. Ia bertindak menegangkan kulit, melembabkan menyegarkan dan memutihkan. haa... sekali pakej. Memang Nova suka pakai masker. Masker sangat membantu untuk memulihkan kulit dan memberi tindak balas yang cepat pada kulit. Nak tengok review Nova?..jom..


"Mask yang menegangkan kulit dan menyegarkan"

"Ramai tahu bahawa pemakaian mask secara konsisten sangat membantu kulit untuk kelihatan sihat, bermaya dan cantik. Pengalaman Nova memakai Grand Imperial Bird's Nest Shallow Nest Silk Mask yang membawa kepada hasil yang sangat memuaskan. Kulit terasa tegang, kedutan ataupun garis-garis halus semakin berkurangan. Dengan harga yang ditawarkan, masker yang terdiri daripada 5 keping ini sangat berbaloi dimiliki. Selepas mencuba kesemua 5 masker ini secara konsisten, terdapat pengurangan warna pada tompok-tompok hitam jeragat yang ada dimuka. Walaupun ianya sangat sedikit dan kecil, ia sangat mengganggu Nova. Memang nampak sangat pengurangan warna jeragat ini dan Nova sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kulit memang terasa sangat segar selepas pemakaian mask ini. Baunya sangat wangi dan harum. Masker ini sangat nipis dan seakan tidak memakai masker. Warna dan tekstur masker ini adalah putih dan lembab, sedikit melekit kerana ia mengandungi bahan-bahan yang bertindak untuk melembabkan kulit. Hasilnya kuli terasa lembut dan lembab. Tidak mengeringkan juga serta ia bertindak mencerahkan kulit. Nova sangat suka dan semestinya semua tahu bahawa sarang burung layang-layang mempunyai khasiat yang sangat baik pada badan dan kulit."



Penjagaan wajah adalah sangat penting bagi sesiapa sahaja tetapi ia lebih penting kepada mereka yang telah mencapai usia matang. Kedutan akan mula kelihatan dan masalah kulit seharusnya dititik beratkan agar kita tidak nampak lebih tua dari usia. Penggunaan masker yang berkualiti seperti Grand Imperial Bird's Nest Shallow Nest Silk Mask ini sangat-sangat membantu untuk memberikan zat dan keperluan tambahan kepada kulit. Pakai masker ini setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Pengalaman semasa memakai pula adalah, kulit terasa sejuk dan dingin. Selesa kerana masker ini nipis dan berbau harum. Saya sangat sukakannya.

Sangat nipis, selesa dipakai. Terasa sejuk dan dingin.


Harga 5 keping : RM 69.90 sahaja

Jo check out review dari Nova di BFF ! korang juga boleh mendapatkan point/mata ganjaran dengan menulis review di BFF. Dengan point itu korang boleh redeem produk kecantikan secara percuma! Jom join sekarang di sini >> [https://goo.gl/RhMtyC]

Check out my review in BFF ! You can earn points by writing review in BFF and redeem beauty product for free! Join now >> [https://goo.gl/RhMtyC]
Sekian, Sehingga berjumpa lagi!