Sunday, 27 November 2016

PSK Panoramic Mascara | Jatuh Cinta Cubaan Yang Pertama

Salam,
Holla. Baru-baru ini Nova diperkenalkan dengan PSK Panoramic Mascara dan dengan hanya cubaan yang perama, Nova telah jatuh cinta. Ha... jatuh cinta sangat sebab Mascara ni buat bulu mata Nova nampak tebal, cantik dan segar. Tidak bergumpal dan huh!!.. mudah sangat nak apply. PSK Panoramic Mascara ni memang menjadi pilihan Nova sekarang ni. 


Sebab Nova suka sangat kerana hujung berus yang sangat unik dan gemuk di depan sangat-sangat memudahkan Nova untuk mengenakan mascara ini pada bulu mata. Terutama pada hujung bulu mata yang nipis dan pendek, rekaan berus mascara ini menggelongsor dengan mudah dan senang. Ia tidak bergumpal pada aplikasi pertama dan kedua. Teksturnya sangat ringan dan tiada perasaan tidak senang apabila Nova memakai mascara ini. Warnanya pula dark brown dan membuatkan bulu mata Nova nampak tebal dan jelas. 

Mascara ini juga tahan lama dan kalis air. Walapun begitu, ia juga tidak susah untuk ditanggalkan. Cuma guna Wipe Tissue atau Make-up Remover. Kemudian, Nova apply sebanyak 2 lapisan pada bulu mata, mata Nova nampak Wow! seperti memakai bulu mata pelesu! Nova sangat sukakan mascara ini dan for sure Nova akan beli lagi kalau habis dan akan bawa ke mana sahaja Nova pergi.


Hujung berus ini yang lebar dan gemuk, memudahkan saya untuk mencapai bulu mata paling hujung dan paling pendek. Dengan mascara ini, bulu mata Nova nampak sekata dari hujung ke hujung. Lebih hitam, tebal dan menarik.


Aplikasi yang pertama. Seperti gambar di bawah.

Aplikasi yang kedua. Nampak lebih tebal dan berat.

Jika anda sukakan bulu mata yang nampak lebat seperti bulu mata Nova, Nova cadangkan untuk anda memiliki mascara PSK ini.

Cara untuk mendapatkannya adalah dengan klik pautan di bawah ini. 


Harga RM 68.00

Best tau! This One is my favourite mascara now.

Ok, itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga anda juga gembira selalu.