Thursday, 17 November 2016

The Best Of You Julies | Kongsikan Pengalaman Hidup Anda

Salam,
Alhamdulillah, Program The Best of You berjaya membuka mata dan hati Nova ke satu tahap di mana pandangan Nova terhadap individu itu lebih dari pandangan luaran semata-mata. Sememangnya, setiap manusia mempunyai kisah suka, duka, pahit dan manis. Kita tidak akan tahu apakah kisah seseorang itu sehinggalah kita mendengar pengalaman mereka sendiri. Namun, berkongsi pengalaman secara terbuka bukanlah sesuatu perkara yang mudah terutama bagi masyarakat kita yang lebih bersikap menyimpan dan malu. Ya, aku juga ada kisah sedih, suka dan duka.. anda juga pasti ada kisah tersendiri bukan?

The Best Of You yang berlangsung di Aeon Mall Melaka baru-baru ini.

Beranikah anda untuk berkongsi kisah anda? Kisah atau pengalaman hidup adalah satu perkara yang mungkin boleh menjadi pendorong, inspirasi mahupun semangat kepada seseorang indvidu yang lain. Contohnya. dari pembacaan Nova di sini, Nova dapat kaitkan beberapa kisah individu lain yang lebih kurang sama dengan Nova. Dari situ Nova dapat rasakan, aku tak bersendirian dan aku juga perlu bangkit seperti mereka dari kepayahan yang aku pernah alami. Kepayahan aku menghadapi hidup kehilangan adikku tersayang.. ada insan lain juga turut sama mengalami pengalaman yang sama. Aku tak sendirian dan hidup ini juga perlu diteruskan untuk mereka yang masih memerlukan kita di dunia ini. Demi anak-anak aku, demi suami dan keluarga tersayang. 

Sebgai seorang blogger jemputan pada hari itu, aku diminta untuk menyampaikan perasaan dan pemahaman aku mengenai program ini.

Suami dan anak-anak sentiasa menemaniku. terima kasih. Andalah penguatku. ehh.. terfeeling pulak. 

Ramai yan hadir pada hari terakhir program The Best Of You Julies di Aeon Mall haritu.

Poskad yang terkandung tulisan-tulisan pengalaman peribadi individu di pamerkan di lobi Aeon Mall ini.

Adik cilik ini juga berkongsi cerita tau.


Diantara selebriti yang turut sama menyokong program ini adalah seperti Adibah Noor dan Fahrin Ahmad.

Salah satu kad yang terpilih untuk diframe. Cerita seorang adik yang menyentuh hati. Cuba baca cerita adik ni.. teringat aku dekat anak buah aku yang comel.

Ini dia poskad asalnya.

How to be the best of you. 

Crochet - teringat pula pada kak byha. 

Ini diantara pengalaman peribadi yang dikongsi. Banyak juga Nova baca pengalaman orang ni.. macam-macam ada.


dengan Fatimah .. hehe nasibla haritu dia tak meragam. Ok je.

Ada juga persembahan nyanyian akustik pada hari itu.

dan pada malam tu, ada acara buat blogger-blogger Malaysia yang hadir dan turut sama menyokong program ini. :)

Yang hensem tu MC juga The Best of You consultant, Mr Sai Tzy Horng

Kelakar dan sporting sangat Mr Sai Tzy Horng ni. Terima kasih dia ats cenderahati. Oh ya, Nova juga menang hadiah best couple untuk kontest yang disediakan pada hari itu.

Sebelum Nova tamatkan perkongsian Nova ni, adik manis bawah ini adalah salah seorang staff Program ini yang sempat Nova berkenalan, dan beliau bergambar bersama cerita beliau yang tidak kurang hebat ceritanya.

Nova juga berkenalan dengan Samy, seorang yang peramah dan mesra. Pastu Sanmy baik hati offer untuk tolong tangkap gambar i. hehehehe tq Samy.

Last but not least, adik zayani blogger yang comel.

Best tau kat sini. Banyak kenal orang baru harini. Seronok sebab Nova dapat absorb banyak pengalaman orang dengan membaca macam-macam cerita. Yey!!! Terima kasih Julies dan Program The Best Of You Julies kerana sudi menjemput Nova dan family. Anda nak baca kisah-kisah yang boleh memberi inspirasi, pengalaman dan semangat? Anda boleh baca di pautan ini ya :




Korang juga boleh berkongsi pengalaman anda di sini.. jom kita bangkitkan semangat, kuatkan azam dan percayalah setiap dari kita adalah unik, anda adalah diri anda dan anda adalah ciptaanNya yang terbaik! Amin.

Ok. Sehingga berjumpa lagi. Semoga perkongsian ini menjadi perkongsian yanh baik untuk anda anda dan anda....... salam..