Sunday, 18 December 2016

I Need a Holiday Lah! Traveloka To Melbourne Australia

Salam,
Holla. Dimanakah Destinasi Impian, Jika Percutian Anda Ditaja oleh Traveloka.com.my? Dari dalam lubuk hati ni, kalau korang tanya aku nak pergi mana? Aku akan jawab "Melbourne, Australia". Kenapa Australia? "Sebab tahun 2015, aku mengidam nak pergi Australia masa aku mengandungkan Fatimah"... ceritanya begini... cewah. Tahun lepas, masa aku mengandung lebih kurang 2 bulan,(masa tu aku tak tahu aku mengandung) aku rasa teringin sangat-sangat nak pergi Australia. Hari-hari aku tengok blog yang tulis berkenaan Australia. Lepastu, hari-hari aku belek tiket kapal terbang. Belek punya belek, aku pun dengan lajunya beli tiket kapal terbang untuk 3 orang ke Australia. Tu pun tak tanya husband aku, dah nak confirm bayar baru aku tanya kot kot kalau dia ada apa-apa hal pejabat atau exam week ke kan. Maklumlah, husband aku tu sambung belajar lagi. So, dengan paksa rela husband aku pun setuju lah dengan percutian yang aku mengidamkan itu.

Kalau angan-angan ke Melbounre ini tercapai, bolehla kami realisasikannya dengan bergambar di Sea Life Melbourne Aquarium seperti di bawah. hehe

Maka sepanjang seminggu itu bergembiralah aku dengan tiket kapal terbang yang telah dibeli tadi...hari-hari cerita pasal misi lawatan tu, excited kan! Minggu depannya, husband bawa aku pergi klinik swasta untuk buat ujian air kencing sebab aku dah 2 bulan tak period. Dan dengan gembiranya doktor sahkan aku mengandung. Yey!! Dapat anak sorang lagi!!! seronok wehh masa tu.. sampai keluar air mata aku...

Keluar klinik, masuk kereta, aku baru tersedar aku dah booking tiket ke Australia. "Abang, doktor cakap bulan berapa i bersalin?" tanya aku pada husband. "Tak silap awal bulan 6", katanya. Cantekkk!!! memang dah memboyot la masa tu babe. Tiket flight 10 May. LOL.. "So ni nak nangis ke camana ni?" kataku pada suami.. 

13 May 2016, selamat aku melahirkan anak kedua aku, seorang perempuan yang diberi nama Fatimah dan selamatlah juga tiket ku hangus begitu sahaja.. 😭 babai Australia, ada jodoh aku ke sana. Maka dengan rasminya mengidam aku tu sehingga ke hari ini masih tak kesampaian. 

Kenapa aku nak sangat ke Australia ⁇⁇

Pertama, sebab aku nak bawak eiman (anak sulung aku umur 3 tahun) pergi tengok Animals di sana. Aku ni pencinta binatang, dan nampaknya anak aku eiman pun sama juga. Haiwan, bagi aku sangat comel dan cute! Kalau aku tengok haiwan, aku boleh rasa bahagia dan tenang. Di Melbourne Australia, aku boleh bawa eiman lihat haiwan dari seluruh dunia! haiwan darat atau haiwan laut, haiwan liar ataupun di ladang ternakan. Diantara lokasi menarik yang aku mahu kunjungi adalah :

Werribee Open Range Zoo
Di Warebee Zoo, diantara binatang yang ada di sini adalah Singa, Koalas, Badak Air, Zebra dan banyak lagi. Setiap binatang ini ada nama mereka sendiri tau. Contohnya, Singa yang besar tu, namanya Johari dan ia lahir pada tahun 2004. (kredit gambar website Waribee Zoo)

Koala Bear di Waribee Zoo ini pula namanya Colassus lahir tahun 2010. (kredit gambar website Waribee Zoo)

Seterusnya kami akan ke Melbourne Zoo
Seronoknya dapat tengok banyak haiwan!!!bahagia tau! Ah, yang di bawah ini adalah Goodfellow’s Tree Kangaroos. (kredit gambar website Melbourne Zoo). Pelik kan? Ada pulak Kangaroo pokok.

dan ini adalah Australian Fur Seal. Comel kan? (kredit gambar website Melbourne Zoo)

Tak sah kalau ke Melbourne jika tidak melihat Kangaroo secara dekat. Aku nak tengok Kangaroo di Healesville Sanctuary. Wah.. seronoknya dia lepak-lepak.. hehe

Kemudian aku akan bawa eiman melawat  Phillip Island. Di pulau ini ada banyak Penguin, Koala, Seal and banyak haiwan laut yang lain. Salah satu tarikan yang hebat kepada pengunjung. Pada setiap malam masa matahari hendak terbenam, Little Penguin akan mendarat di pantai dan pulang selepas berenang dan menangkap ikan seharian. Sesiapa yang meilhatnya pasti akan teruja! (kredit gambat visitphilipisland.com)


Begitu comel bukan? (kredit gambat visitphilipisland.com)

Nova juga ingin merasai pengalaman menaiki cruise untuk melihat ribuan Seal/Anjing laut di Seal Rock, Pulau Phillip. (kredit gambat visitphilipisland.com)

Nova juga akan ke Warrook Farm untuk merasa pengalaman menjadi "genuine Aussie farmer" juga melihat demonstrasi kepada pengunjung di Warrook. Yey! Boleh perah susu lembu tau.ermm best ni..(kredit gambat visitphilipisland.com)

demonstrasi mencukur bulu kambing biri-biri. (kredit gambat visitphilipisland.com)

Seterusnya, Nova akan bawa eiman ke Sea Life Melbourne Aquarium untuk melihat beribu-ribu haiwan akuatik dari seluruh dunia. Sea Life Melbourne Aquarium ini juga memenangi anugerah akuarium terbaik tau!

dari kiri Cepattt Jalan!

dan beberapa lokasi lain untuk melihat haiwan adalah seperti berikut :
⤑ Moonlit Sanctuary
⤑ Maru Koala and Animal Park and Pirate Minigolf
⤑ The Collingwood Children's Animal Farm
⤑ Bundoora Park Children's Farm
⤑ Animal Land Children's Farm in Diggers Rest

Wah!!! Banyaknya haiwan yang boleh kita tengok! ha, percaya tak sekarang? Kebanyakan haiwan dalam dunia ni, semua boleh tengok di Melbourne tau! Kalau pergi Children's Farm, siap boleh bagi makan lagi pulak. Mesti terkinja-kinja eiman tu tau! Suka sangat aih! Kedua, selain melihat haiwan, menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah di Melbourne juga adalah satu aktiviti yang menarik! Ada banyak pantai di Melbourne yang boleh dikunjungi tau. Kalau anda bercuti panjang di Melbourne, sempatlah nak explore semua tempat. Selain itu, kehidupan di Melbourne tidak sesibuk di Sydney. Melbourne ni banyak alam semulajadi dan kawasan tarikan pelancong juga banyak. Diantara pantai yang Nova nak pergi adalah....

Brighton Beach dikatakan antara pantai yang terkenal dan terbaik di Melbourne. (kredit gambar timeout.com)

St. Kilda juga diantara yang terkenal kerana lokasinya yang hampir dengan pusat bandar.

Nova juga teringin nak naik City Circle Tram. Macam dalam TV tu, mesti best naik tram ni pusing-pusing bandar Melbourne. (kredit gambar lonelyplanet.com)

Di bandar Melboune ada banyak bangunan bersejarah dan unik untuk dilawati. Juga banyak hasil-hasil seni yang boleh dihayati. Kalau nak senarai semua, kena pergi bercuti kurang-kurang 10 hari. hehehehe... 

Last but not least, aku nak bawak eiman naik Thomas dan Percy or Diesel di Puffing Billy Railway. Eiman peminat tegar Thomas and Friends dan dah banyak kali sangat-sangat dia cakap, nak naik Thomas macam yang ada dalam youtube tu. Ok Eiman! InsyaAllah, ada rezeki kita, mummy daddy akan bawa eiman naik Thomas ok!


Thomas dan Percy, aku pun dah pandai dah semua nama-nama keretapi Thomas & friends ni. hehe

Eiman dan koleksi Thomas & friends

Huh! Memang teringin sangatlah nak pergi Melbourne! 

dan pasti kami tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan Thomas!!!

Semoga Traveloka.com.my merealisasikan impian kami! #MyTravelokaEscapade