Thursday, 28 April 2016

Port Dickson: Percutian Day 2 Main Pasir Lagik!

Salam,
Haa...tengoklah, sikecik tu tidur nyenyak habis.. penat main pasir dan mandi laut letteww.. katil ni memang dia je yang konker. Mak pak tidur tersepit je celah-celah mana yang ada. Berpusing 360 darjah toksah cakap. aish.. kaki kat muka aku tu dah biasa sangat. haha. pehtu kain napkin tu 24 jam mesti ada. Orang lain, baby je pakai, anak aku.. sampai 3 tahun setengah duk berkepit dengan kain. Apa nak buat dah itu hobi dia. "Mana Kayin eiman? .. Mana kayin eiman?" tanya si kenit tu kalau kain dia hilang. tak pun.. "Nak kayin bawu! Nak kayin bawu!" kalau kain dia kotor huhu memang restok je manjang kain dia tu.

Ololo.. comel je tido mulut nganga2

Tuesday, 26 April 2016

Hotel Port Dickson : Glory Beach Resort PD

Salam,
Harini nak kongsi percutian kami di Glory Beach Resort Port Dickson. Masa aku pergi ni musim cuti sekolah. So kemeriahannya macam kenduri kawin le kat lobby hotel tu. Check-in pun ambik masa 40 minit kau. haha.. aku ok je meriah-meriah ni, kalau family aku je kat Glory Beach Resort ni pun apa cerita kan! Scary kot.. Aku book resort ni pun last minute, terus call receptionist  hotel ni, nanti nak guna rebate government staff. hik hik... ni website nya -->> http://www.glorybeachresort.com/

Wednesday, 6 April 2016

Makan di Port Dickson : Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place

Salam,
Holla, harini Nova nak berkongsi satu kedai makan yang sempoi di Port Dickson. Nama kedai ni Cowboy Place. Lokasinya di  Jalan Pantai, Batu 6, Port Dickson. Kalau guna waze pun boleh jumpa. Ni pertama kali Nova menjejakkan kaki ke sini, atas recommendation kakak ai. Kedai ini berkonsepkan koboi, menu ayam panggang, sup dan sambal, nasi kukus dan air buah. Dihidangkan di dalam bekas polisterin. Kalau waktu tengah hari memang agak padat terutamanya apabila musim cuti sekolah. Namun disebabkan penyediaan makanannya mudah, jadi pengunjung tak perlu menunggu makanan lama sangat.

Keadaan di dalam Kedai Cowboy Place

Monday, 4 April 2016

Trend Baju Kanak-kanak 2016

Salam,
Holla semua. Pejam celik pejam celik dah masuk 8 bulan dah Nova mengandungkan anak kedua ni. Tak berapa lama lagi dah Nova nak melahirkan baby ni. Tapi bagaimana dengan persediaan menyambut kelahiran baby kedua ni? ahh.. Nova tak perlu risau sebab semuanya ada dihujung jari sahaja sekarang ni. Semestinya, salah satu cara mudah adalah melalui pembelian secara online. Mudah, menjimatkan tenaga, menjimatkan masa dan tak perlu bersusah payah berjalan. hihi.. 

Selain itu, trend baju kanak-kanak yang terkini dan "up to date" lebih cepat diakses dan didapati secara dalam talian. Nova juga memang mengikuti perkembangan trend baju kanak-kanak ni. Suka tengok baju yang comel-comel dan sangat bergaya.