Sunday, 29 May 2016

Me'nate Steak Hub : Makan Buffet Sempena Perpisahan Syuhadah & Kak Laili

Salam,
Holla, hehehe kepada rakan-rakan ofisku yang sedang bekerja keras tu, meh nak kasi korang relaks sikit dan cuci-cuci mata dengan gambar-gambar semasa majlis perpisahan Syu dan Kak Laili. Sorry ler lambat nau nak update cerita. Sekarang ni ai kan jadi burung hantu berjaga malam.. so bolehla curi-curi masa menaip sebarang dua entry sementara menunggu si kecik May ni bangun menyusu. Jom layan..

Ceritanya begini, bulan April 2016 yang lalu, dua pegawai dari Unit kami di tukarkan / reshuffle ke Unit lain. Oleh yang demikian, demi untuk menghargai jasa baik dan persahabatan selama mengenali mereka, satu jamuan ringkas diadakan. Beberapa hari tu memang agak pening nak pilih lokasi dengan budget yang agak tight kan. Cari punya cari, last last kak byha tanya Me'nate Steak Hub dan terus tempahkan makanan secara buffet. Yang angkat call adalah Pak Mus, owner Me'nate. Kelakar dan humble orangnya.

Yey!! Sampai sudah kami di Me'nate Steak Hub Ampang. Yang senyum depan tu kak byha dan Hennes. Meh promote blog kak byha : Goreng Berlada (aku dengan kak byha memang geng suka makan!)

Friday, 27 May 2016

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur : BabyMoon Sebelum Bersalin

Salam,
Holla, meh sini nak balas dendam tulis artikel banyak-banyak di blog. Banyak yang nak aku share sebenarnya, rasa meronta-ronta je dalam hatini tau sebenarnya!! Tapi apakan daya, masa sarat haritu tak larat nak duduk lama-lama depan laptop menaip. hihihi Jadi, harini aku mulakan dengan Babymoon kami di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur iaitu 2 hari sebelum aku menyerah diri di Putra Medical Centre.


Thursday, 26 May 2016

Pengalaman Bersalin di Putra Medical Centre,PMC Sungai Buloh Selangor

Assalamualakum,
Alhamdulillah, masuk hari ke 14 baby May dilahirkan. Baby semakin membesar dengan sihat dan semalam doktor dah discharge May dari ujian Jaundice. Bacaan terakhir TSB adalah 113 dan doktor kata jaundice May akan sembuh beransur-ansur. Syukur! Terima kasih pada semua yang mendoakan dan memberikan nasihat dan kata-kata semangat.

Tuesday, 24 May 2016

Makan di Port Dickson: Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang

Salam,
Haa.. meh nak sambung entry last semasa kami bercuti di Port Dikson. Rasa tak sempurna kalau tak makan seafood di PD kan? Tapi nak makan kat mana ye? ahhh.. tulah masalahnya. Aku pun bukan tahu sangat tempat makan yang best. Jadi berpandukan google, ada satu cadangan ni, makan di Medan Ikan Bakar, Kg. Telok. So off we go, dengan waze lah. 

Dalam 30 minit dari hotel, kami pun sampailah di lokasi yang ditujui. Adalah sesat sikit sebab lokasinya agak terpencil dan sunyi. Dari jauh nampak seperti banyak kedai makan. So dengan konfiden parking kereta dan kami pilih kedai makanan No. 2. Sebenarnya, Medan Ikan Bakar, Kg. Telok ni depan lagi sikit. Yang kami singgah ni adalah Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang. hehehe.. masa buat entry ni baru aku perasan. hihi itu pun sebab aku guna google map untuk capture gambar lokasi. 

Kakak Pika dan Yong. Kita belasah nasi lemak dulu.
Tak kesahlah kan kedai makan mana, janji dapat makan seafood! hihi ≧❀‿❀≦