Thursday, 30 June 2016

Breena Makeup Brush | Berus Mekap Yang Wajib Kena Ada!

Salam,
Holla, acaner puasa? Ok ke? hehe so harini Nova nak kongsi satu produk buatan Malaysia, secara spesifiknya, produk oleh seorang gadis cantik molek juga seorang beauty blogger iaitu Sabrina. Nama produknya adalah Breena Makeup Brush. Ada tiga jenis berus yang telah berjaya beliau hasilkan iaitu: 

Monday, 20 June 2016

Makan di Restoran Hadramawt Yemeni Kitchen, Cyberjaya

Salam,
Holla, harini nak kongsi pengalaman makan lagi. Sebuah restoran yang terletak di Cyberjaya namanya Hadramawt Yemeni Kitchen. Masa ni Nova mengandungkan May 4 bulan. dan kali ini, abang sulong ai nak belanja kami sekeluarga makan. hehe.. rezeki jangan ditolak kan.. lagipun masa ni nak ambik mak, yong dan pika dari rumah abang. Diorang datang KL bercuti. Lepas bercuti di rumah abang, diorang lepak semalam dua rumah ai pulak. Tu perut baru acah-acah buncit je.. baru lepas habis morning sickness.. memang sukala sangat kalau diajak makan kan.. hehe

Dalam kereta pun si eiman nak kepit kat celah ketiak ai 24 jam. Suruh duduk kat belakang tak nak.. aih.. anak, anak! Selfie anak beranak dalam kereta. Jauh perjalanan tu dari KL ke Cyberjaya.

Thursday, 16 June 2016

Terpaksa Batalkan Penerbangan ke Perth, Australia Dapat Credit Shell dari Air Asia

Salam,
Holla, mengikut perancangan tahun lalu 2015, pada 10 May 2016 haritu aku, husband dan eiman sepatutnya dah selamat berangkat ke Perth, Australia untuk makan angin. 15 May 2016 tarikh kami pulang.. kira-kira masa tu duit untuk bercuti dah cukup, rumah nak sewa, kereta nak sewa pun dah usha-usha.. namun Allah lebih berkuasa. Dia tarik satu nikmat, dia bagi kami nikmat yang lebih besar iaitu seorang cahaya mata perempuan yang sempurna cukup comel di mata aku. 

Wednesday, 15 June 2016

Petrosains KLCC :Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Salam,
Holla, dalam tempoh 2 minggu nak bersalin hari tu, sempat lagi ai bawak kak pika dan eiman berseronok di Petrosains KLCC. Last time aku pergi tak silap tahun 2009 camtu. So dah lebih kurang 7 tahun la tak masuk, wondering juga mesti ada yang baru dan lebih menarik jika dibandingkan dengan tahun sebelum ni. Tapi apa-apa pun yang menarik sekali adalah masa nak masuk petrosains, kita naik gondola dan lalu dalam terowong masa. Ai suka sangat.. kak pika lagi suka, bila dah sampai tak nak turun, nak naik lagi gondola tu. hehe..

Infiniti Mirror katanya.. dah tu napa mak buat mata conjuring tu.. haha

Monday, 13 June 2016

I Juta Pageview Visit Blog Nova Leeza

Salam,
Syukur ke hadrat Illahi di atas segala nikmat kurniaanNya. Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-8 dah umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah, bulan rahmat, bulan keampunan serta mempunyai banyak kelebihan. Bulan ini juga amat istimewa buat Nova, Isnin 13 Jun 2016, genap sebulan kelahiran anakanda tercinta Fatimah Azzahra May. Alhamdulillah, kesihatan May atau Zara semakin beransur baik. Cuma tinggal kahak sikit je lagi di kerongkong yang selalu buat dia rimas. Takperla anakanda ku, mummy doakan sayang cepat sembuh. Amin.

Terharu...

Sunday, 12 June 2016

Restoran Cosy Place : Makanan Sedap & Sambutan Hari Jadi Yong

Salam,
Holla, mih mih.. pernah pergi tak kat sini? Tak pernah? Rugila kalau tak pernah sebab tempat ni best tau. I pun baru je tahu pasal restoran ni, masa kawan-kawan ofis book tempat ni untuk Majlis Perpisahan. Officemate kitorang, Hasni tahun lepas. Lepas dari itu adalah 2 kali lagi kot pergi semula. Pernah sekali tu ai nak bawak family ai ke sini tapi masa tu cuti sekolah, sekali full house daa. Sob sob.. terpaksa cari restoran lain. Tapi kali ini, rezeki family ai untuk dinner di sini dan kami juga sambut hari jadi yong secara kecil-kecilan.  

Masa ni ai mak buyong level ke 14 dah... lagi 2 minggu sebelum bersalin ≧❀‿❀≦ 

Friday, 10 June 2016

Restoran Al Rawsha : Makanan Arab Lebanon di Ampang

Salam,
Holla, hehehe harini ai nak kongsi pengalaman pertama kali ni makan di Al-Rawsha di Ampang. Selalu sangat lalu ikut jalan Ampang tu, tapi tak pernah singgah pun. Kalini kami decide nak singgah Al-Rawsha di atas permintaan our BFF yang nak cuba makanan Arab. Ha.. kalau orang nak cuba makanan Arab, mestilah kita suggest restoran yang nampak best dan dengan harapan makanannya sedap *walaupun tak pernah makan di sini. hehehe

Kami singgah makan tengah hari, selepas pulang berbabymoon di Fahrenheit Suites di Kuala Lumpur. Dengan siapa lagi kan kalau tak Nuren, Mino and baby Nathania. hihi jom tengok makanan dia best tak?

Sampai je kita selfus dulu #kembartakseiras

Friday, 3 June 2016

Selamat Hari Jadi Dear Husband

Salam,
[Sila baca dengan mengggunakan intonasi DJ Lin Suria Cinta] hihihi
1 Jun 2016, tarikh hari lahir husband yang aku sayangi. cewah.. Bagi husband, hari ini hanya sekadar tarikh yang membuatkan usianya bertambah satu lagi angka. Tak pernah aku tengok dia teruja untuk menyambut hari kelahirannya. Dan, tak pernah dia minta aku sambut hari jadinya.. bukan itu sahaja, siap minta tolong jangan buat surprised party ke, kejutan atau apa-apa yang sewaktu dengannya lagi adalah. Selama ini, aku yang teruja sangat nak sambut tarikh 1 Jun itu. Sungguh berbeza sekali perangai kami... dot dot dot DJ Lin Suria Cinta.. ceewah!

Thursday, 2 June 2016

Airbnb.com: Penginapan BabyMoon Percuma Dengan Tebus Travel Credit wehoo!

Salam, 
Holla, hehe harini ai nak kongsi satu kaedah untuk mendapatkan penginapan secara percuma di mana-mana lokasi seluruh dunia. wow wowwwww! Gempaq bunyinya kan kan.. memang pun tak salah lagi. Ada ilmu ada rezeki kita kongsi bersama, apa salahnya. So, pernah dengar Airbnb? Kalau tak tahu lagi, Airbnb.com adalah;

"Airbnb adalah sebuah laman web untuk orang ramai untuk menyenaraikan, mencari, dan menyewa penginapan. Ia mempunyai lebih daripada 1,500,000 penyenaraian di 34.000 bandar dan 190 negara."