Thursday, 28 July 2016

HFMD atau Penyakit Jangkitan Kaki Tangan dan Mulut Menyeksakan Anakku

Salam,
Harini masuk hari ke 5 lah eiman kena penyakit jangkitan kaki tangan dan mulut. Dan 5 hari jugaklah eiman hilang selera makan. Manakan tidaknya, ulser besar ada dekat bahagian depan bibir. Masuk sikit makanan, mulalah menangis sakit.. sakit. Maka, terus hilang selera makanlah. Sedih betul hati ni kesiankan tengok eiman macamtu. Selalunya dia melompat-lompat keriangan, tapi dah berapa hari ni dia memerap je.  

Mummy rindu telatah anak mummy yang tak reti dok diam ni!

Monday, 25 July 2016

Apple Toner : Produk Percetakan dan Pencetak Laser Pilihan Anda

Salam, 
Holla, Ni nak cerita ni. haritu, ada satu syarikat e-commerce ni tanya Nova jika Nova berminat nak dapatkan sample servis diorang. Oh, boleh juga, kalau bagus untuk dikongsikan dengan pembaca Blog Nova Leeza, apa salahnya kan? So, syarikat ini mempunyai satu website yang memfokuskan kepada / mainstream utama produk-produk percetakan, iaitu toner dan pencetak laser bagi banyak jenama popular yang komersial. So, kalau korang nak cari Canon printer ink, atau drum cartridge brand HP, diorang ni ada semua benda tu. InsyaAllah depa boleh bantu.

Tujuan utama website ini, adalah memfokus kepada memenuhi keperluan pengguna. Masa ai check out Website mereka, memang boleh nampak yang website ini streamlined dan dibuat untuk mempercepatkan proses pencarian pengguna. Produk mereka juga dibahagikan kepada beberapa kategori utama dan fungsi butang Search pun sangat membantu untuk mendapatkan keperluan pengguna dengan beberapa pilihan.

Jadi, katakanlah korang nak cari Canon printer ink, ada 2 pilihan iaitu terus pergi pada dropdown menu ink Catridge, pilih dan klik Canon ink. Kemudian, pilihlah mana satu pilihan korang. Mudah kan? atau, alternatively korang boleh jer taip jenama dan serial number pada ruang carian /search box dia. Carian akan menyenaraikan segala keperluan korang. 

Diorang siap letak langkah-langkah untuk membuat carian jugak tau. Contohnya pada print screen kat bawah nie.

Saturday, 23 July 2016

Lampin Pakai Buang, Pampers Terbaik Untuk Anak Nova

Salam,
Holla, pengalaman menjadi mak kepada dua anak yang comel, mengajar Nova bermacam-macam perkara baru. Pengalaman ini eloklah dikongsi bersama, kerana pengalaman masing-masing membesarkan anak kan berbeza. Jadi bila kita berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan, kita boleh buat perbandingan dan ambik mana yang baik dan elakkan mana yang tak elok. So, hari ini Nova nak berkongsi Lampin Pakai Buang yang Nova rasa terbaik buat anak-anak Nova. 

Friday, 22 July 2016

Smurf Inn Homestay Cameron Highlands Unik Dan Menarik

Salam,
Bersambung dengan entry Cameron Highland haritu, Nova dan family menginap di Smurf Inn Homestay di Tanah Rata. Homestay ni baru sangat buka, so bilik pun berbau fresh lagi la. hihi pagi-pagi Isnin, kakak aku call Homestay ni untuk book 2 buah bilik. Boleh kira last minute booking juga sebab malam tadi baru decide nak naik Cameron Highland. Gila? Memang biasa buat kerja gila. Ada keinginan jalan je, jangan pikir susah-susah sangat. Hahaha..itulah tips untuk merancang percutian, iaitu Jangan Rancang!.. rasa nak pergi terus proceed je.haha

Wednesday, 20 July 2016

Althea Turns 1 : Hari Jadi Pertama Disambut Dengan Kontes Menarik!

Salam,
Holla semua. Suka K-Pop? Suka barangan korea? haa.. pernah dengar Althea Korea? Ya, kalau pernah dengar sep skit kita geng. Kalau tak pernah dengar, ni nak bagitahu kat korang ni. Althea adalah sebuah laman web yang menawarkan pelbagai produk Korean-Beauty dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Produk adalah 100% dijamin tulen dan dihantar terus dari Korea ke rumah anda. ha... masa yang diambil pun tak lama, dalam 10-15 hari bekerja. haa.. best kan, best kan?

Yey! Parcel istimewa ini bersempena Sambutan Hari Jadi Althea yang pertama. Kotak pink yang sangat comel untuk Nova dari Korea dah sampai!.. nak tengok apa isi kat dalam? Jommmmm!

Tuesday, 19 July 2016

Cameron Highlands : Day 1 Cameron Valley, Bharat Tea Plantation

Salam,
Holla, harini Nova kembali dengan entry terbaru iaitu percutian Nova sekeluarga di Cameron Highlands. Macam biasa, ini adalah percutian yang tidak dirancang. hehe Kalau yang rancang tu ntah kenapa sentiasa ada je jalangannya ehh halangannya. haha serius typo! So, kami pergi 5 dewasa 2 kanak-kanak, 1 bayi dengan satu kereta je, senang nak gerak ke mana-mana walaupun sedikit tersepit.. hihihi..  Naik ikut Simpang Pulai, tak sanggup ikut Tapah. Itu pun pening jugak sikit, kanak-kanak kalau boleh suruh diorang tido. Plastik beg memang kena standby, takut ada yang muntah.

Destinasi pertama adalah Cameron Valley, Bharat Tea Plantation. Kami bertolak pun dah agak lewat, sampai sini dalam pukul 4.30 petang. Tak sempat pun nak pergi mana-mana sebab kebanyakan kawasan di sini tutup pukul 6 petang.   

Friday, 15 July 2016

Raya 2016 : Ramai Yang Memilih Warna Baju Raya Biru Termasukla Kami

Salam,
Selamat Hari Raya ≧❀‿❀≦
Ya, nampaknya secara kebetulan atau suratan, ramai yang memilih warna biru untuk baju raya hari yang pertama. Tak kiralah biru muda, biru cair. biru pekat...memang bila scroll FB & Instagram, ternyata warna biru menjadi trend tahun ini termasuklah family Nova. huhuhu Mulanya, family abang ai yang siap-siap dah tempah baju raya warna biru ni, dua ke tiga bulan sebelum raya dah siap. Then, kami yang tak ready apa-apa ni malas nak pikir susah-susah, dan ikut sahaja warna family abang. hehehe.. biarlah sedondon semua, takda kompromi. Baju kami pun, beli siap je, senang. Semudah A B C.. haha 

Eiman, dah 3 tahun 5 bulan dah. 
Masa ni, mood dia tengah baik sangat-sangat, tu yang boleh pakai baju melayu, samping, songkok bagai. 

Monday, 4 July 2016

Vitamin C Pahang Pharmacy : Berkesan Hilangkan Jerawat

Salam,
Holla.. mengira hari je kome kan. Dah nak raya sangat dah ni. Sanak sedara pun dah ramai yang balik ke kampung kan, termasukla mengkome kan. Seronok jumpa sepupu sepapat makcik pakcik. Maklumlah masing-masing duduk jauh, setahun sekali baru berjumpa. So, hari ini topik kita berkenaan kecantikan ye. Ada yang tanya pada Nova, bagaimana caranya untuk menjaga kecantikan? Bagimana nak maintain muka bersih dari jerawat? haa...

Salah satu jawapannya adalah dengan amalan pemakanan yang baik seperti pengambilan Vitamin C secara konsisten

Sunday, 3 July 2016

Wahab's Cendol : The Best Cendol In Town Katanya

Salam,
Holla. Bertemu lagi kita hari ini ye. hehe Dah tinggal 2 hari sahaja untuk kita menyambut Hari Lebaran. Harap persiapan telah dibuat, tak kiralah sama ada secara besederhana mahupun gilang gemilang. Ikut kemampuan memasing la kan. Ok.. skip to cerita raya, harini Nova nak kongsi pengalaman Nova bersantap di Restoran Wahab's.. ewah, bersantap kan. Tak nak kalah. haha Masa ni, Nova dah sarat sangat nak beranak lagi beberapa hari je lagi.. tapi teringin lah sangat nak makan cendol! Yerla masa tu tengok ramai kawan-kawan post gambar cendol durian di Facebook & Instagram. Masa tu mak buyong ni memang tak tahan tengok.. meleleh je air liur kan...

Opss terlebih sudah!

Saturday, 2 July 2016

Menghilangkan Selulit Menggunakan Skrub Organik Dari Princess Malaysia

Salam,
Holla.. masa mengandung, Nova memang makan apa sahaja, macam tong sampah. Menyesal tak sudah sebab banyak keburukan hasil dari perbuatan yang terlalu mengikut hawa nafsu itu. haha salah satu masalahnya adalah badan naik mendadak. Dalam tempoh mengandung tu, sebulan boleh cecah 2 hingga 3 kg. Sepatutnya tak lebih 1 kg sebulan sahaja. huh! memang kena bebel dengan nurse di klinik kesihatan. Hasilnya, selulit pun muncul di sana-sini dan Nova pula masa mengandung jadi pemalas nak pakai cream atau minyak di perut. huh! <-terasa teruk!

Skrub Organik dari Princess Malaysia
Berlatar belakangkan alam semulajadi sesuai dengan konsep organik yang menjadi asas kepada produk ini