Thursday, 22 December 2016

Traveloka Contest Week 3 | Pemenang I Need A Holiday Lah!

Salam,
Bahagia nya pagi ni. Alhamdulillah, diangkat menjadi salah seorang Pemenang Minggu Ketiga bagi Contest I Need A Holiday Lah! by Traveloka. Terima kasih Traveloka! I memang suka sangat nak pergi bercuti dengan Family! Yey! Kalau dapat jadi Grand Prize Winner pun best jugak! hahaha... amin..

Ni entry menang tu :

Terima kasih Dahlia, kerana bagi peluang pada Nova untuk join contest ni. Alhamdulillah. im happy that they like my writing dan Nova gembira kerana sedikit masa dan keringat yang Nova luangkan untuk menulis entry ini dibalas dengan hadiah! hahahahahaha. Walauwehapakepunpun, terima kasih pada semua yang sentiasa sokong dan melawat Blog Nova yang tak seberapa ni. Im sorry tak dapat tulis hari-hari sebab sibuk kerja di pejabat dan balik rumah dengan 2 orang anak lagi, husband yang kerja shift dan sambung belajar. Tapi, i tak pernah rasa susah dan terbeban untuk menulis.. menulis blog is my passion and im happy to do it. I'll try my best to update selalu ye.. (janji palsu jangan percaya)! ahhaha

Ok, membebel pulak.. tu je nak share hari ni.. ok dah buat kerja! ok bai.

Sunday, 18 December 2016

I Need a Holiday Lah! Traveloka To Melbourne Australia

Salam,
Holla. Dimanakah Destinasi Impian, Jika Percutian Anda Ditaja oleh Traveloka.com.my? Dari dalam lubuk hati ni, kalau korang tanya aku nak pergi mana? Aku akan jawab "Melbourne, Australia". Kenapa Australia? "Sebab tahun 2015, aku mengidam nak pergi Australia masa aku mengandungkan Fatimah"... ceritanya begini... cewah. Tahun lepas, masa aku mengandung lebih kurang 2 bulan,(masa tu aku tak tahu aku mengandung) aku rasa teringin sangat-sangat nak pergi Australia. Hari-hari aku tengok blog yang tulis berkenaan Australia. Lepastu, hari-hari aku belek tiket kapal terbang. Belek punya belek, aku pun dengan lajunya beli tiket kapal terbang untuk 3 orang ke Australia. Tu pun tak tanya husband aku, dah nak confirm bayar baru aku tanya kot kot kalau dia ada apa-apa hal pejabat atau exam week ke kan. Maklumlah, husband aku tu sambung belajar lagi. So, dengan paksa rela husband aku pun setuju lah dengan percutian yang aku mengidamkan itu.

Kalau angan-angan ke Melbounre ini tercapai, bolehla kami realisasikannya dengan bergambar di Sea Life Melbourne Aquarium seperti di bawah. hehe

Thursday, 1 December 2016

Enchanteur | Cipta Detik-Detik Istimewa

Salam,
Holla semua... wanita pada hari ini lebih yakin, berketerampilan, berkarier, lebih hebat berbanding wanita di zaman dahulu. Apa yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan cabaran?... And mahu tahu rahsianya? 

Semestinya..ENCHANTEUR; pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis.