Thursday, 26 January 2017

Botol Susu Twistshake Senang Dicuci dan Cantik

Salam,
Holla, Korang!!! nak share benda best ni. Korang ada masalah nak cuci botol susu tak? Nova pun tak suka sangat basuh botol susu budak ni. Kalau Nova basuh botol susu, Nova akan pastikan ianya betul-betul bersih dan tak berminyak dan untuk mencapai tahap kepuasan, Nova akan ambil masa yang lama. Sampai puting susu Nova akan bukak dan sental-sental gonyoh-gonyoh dengan berus botol susu. Dahla tu permukaan kepala botol susu tu kecik, susah kan nak basuh? Tapi sekarang ni uolllss.. tak payah nak bersusah-payah dah tau. Kau beli je Twistshake.. Tak sampai seminit uols dah siap mencuci semua. Bersih boom boom boom!! Percayalah!

Comel kan?

Besarkan mulut botol ni.. senang nak cuci

Ini satu set Twistshake ye

Kalau nak tahu, Twistshake ni dah glamour sangat kat Europe.. pasaran Malaysia baru nak masuk. Dan Nova sebagai blogger kesayangan anda semua (haha) telah diberikan peluang untuk mencuba pakai botol susu yang super awesome ni haa. I suka sangat sebab design botol susu ni sangat cantik dan warnanya lawa-lawa. Ko sebut je nak warna apa..kuning diraja, peach, biru, pink, oren, hijau, ungu, putih (kalau ko minat sangat putih kan).. dan hitam pun ada jugak. Dah tu, botol susu cantik kan.. berebutlah laki bini nak menyusukan anak. Selama ni masing-masing tolak taknak menyusukan anak kan..Sekarang! Berebutlah ye. hahahaha Botol cecantik ni juga bebas BPA tau!

Kalau beli 2 warna ko boleh mix and match kan macam bawah ni.. best kan!

Dan kalau minat pink.. ko belila ni.. memang lawo!

Ini diantara warna yang ada..

Harga not bad! kan kan..

Jangan meroyan sangat, kakak tak habis cerita lagi ni. Kedua, ko tengok bawah ni, ada siap dia bagi bekas kecik untuk simpan susu powder. Kalau ko tak nak simpan susu, ko letakla biskut, kismis ke, bubur ke kan. Ha.. senang dah tak payah nak cari bekas lain. Kalau ko ada 2 ketul anak macam aku, ko asingkan susu ikut warna bekas, memang idea yang hebat kan!

Comel kan bekas ni..boleh cantum tau jadi panjang

atau ko nak pakai satu-satu pun boleh

Ketiga, is juga didatangkan sekali dengan mixer (panpis), ekslusif sangat! Mixer tu berfungsi sebagai penapis untuk elakkan susu berketul atu bendasing dari masuk terus ke puting susu. Kot-kot ada lipas sesat ke kan, tersangkutlah dia di tapis tu. haha choi! Ataupun ko nak bagi anak ko minum air perasa strawberi, ko letak je potongan buah dalam botol, nanti mixer tu halang buah tu terus ke puting. Maka anak korang pun boleh minum air strawberi weh...vass vass kan! Awesome!

Nah dia punya demo.. khas aku rakam buat korang yang tersayang.

Keempat, Puting dia anti-colic babe. Bukan sebarangan tau. So anak-anak korang takdalah masalah kembung perut. Bagus tak? Katanya promoter tu lagi, puting susu itu dibuat khas macam puting susu uolls.. mak mak sekalian.. aku paham, benda yang paling susah adalah bila tiba masanya kita kena ajar anak kecik kita minum susu botol. So apa kata korang cuba Twistshake ni, mana tahu anak korang suka kan.. ehh jap ada lagi, puting susu tu juga dibuat khas menggunakan premium super soft silicon.. 


Twistshake booth di ekspo Motherhood.com
Last but not least, botol susu Twistshake ni, selamat di masukkan dalam dishwasher dan microwave oven. ha.. botol susu lain mampu? hahahahaha Ada tiga saiz botol ni 330ml, 260ml dengan 180ml. Saiz puting pula ada XS, S, M, L, Plus dan Spout.

Comel giler gambar budak-budak ni dengan botol susu Twistshake.


Meh nak belanja gambar Fatimah pulak bersama Twistshake

Camana Fatimah, best tak botol susu baru?


Selain dari cerita botol susu Twistshake yang awesome ni, Nova juga nak kongsi cerita dengan korang berkenaan event Motherhood.com haritu. Ada beberapa pertandingan yang diadakan untuk kanak-kanak yang comel-comel sangat ni tau. Ada pertandingan pakaian beragam, pertunjukan fesyen, tarian dan pertunjukan bakat si cilik. Seronok dan terhibur Nova dengan mereka ni. Jom tengok beberapa keping gambar yang Nova sempat rakam.   

 Ramai sungguh penonton dan ibu bapa yang hadir pada hari itu.

Juri khas adalah pelakon terkenal Dynas Mokhtar

Pertandingan bayi merangkak terpantas paling seronok. Ada yang laju je merangkak, ada yang menangis dan tak bergerak .. haha

Pertnadingan menari pun ada

Pertandingan pertunjukan fesyen baju tidur oleh si kecil pun menarik juga

Ini diantara hadiah yang akan diberikan kepada pemenang


Comelkan si cilik ni



Comel-comel kanak-kanak ni semua kan?

dan last sekali, off course mesti ada gambar Nova dengan Dynas Mokhtar 😃

So untuk maklumat lanjut berkenaan botol Twistshake ni, korang boleh klik ke pautan seperti di bawah. Selamat membeli-belah! Semestinya yang terbaik untuk anak tersayang kan!