Sunday, 22 January 2017

Friso Gold - Mudah Hadam dan Nutrisi Mencukupi

Salam,
Holla everyone. Pernah tak korang terfikir macam mana penyediaan susu anak anda di kilang? Adakah susu yang di pek di dalam tin itu memenuhi keperluan nutrisi anak anda? Anda tahu tak, susu yang terlebih panas semasa pemprosesan di kilang boleh merosakkan struktur semula jadi susu yang mudah hadam? Ha.. memang penting ye kawan-kawan semua, cara pemprosesan susu yang betul memelihara struktur semulajadi susu dan mengekalkan nutrisi yang diperlukan oleh anak anda. Kalau nak tahu kan, Friso Gold telah menemui satu teknologi yang dipanggil teknologi LocNutri™ yang mampu memelihara susu anak anda supaya tidak dipanaskan secara melampau.

Sorry.. mummy yang excited dengan susu baru eiman

Nutrien dalam susu adalah sangat penting ya kawan-kawan untuk pertumbuhan si kecil ini. Bukan sahaja mereka membantu untuk membina otot, kulit, tulang dan tisu, ia juga berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Oleh itu penting tau memilih susu yang tepat kerana nutrien susu yang rosak tidak mudah diserap oleh usus kanak-kanak. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan anak anda rasa perut tidak selesa, sakit perut dan sembelit. Alhamdulillah eiman nampaknya suka susu Friso Gold ni. Eiman suka, mummy pun suka. 

Eiman dan Friso Gold - ko tengok di menyengeh macam mana... penat aku shoot gambar dia banyak kali. aih!

Selama eiman minum susu Friso Gold, eiman tidak menghadapi sembelit atau sakit perut. Nampak poo poo dia elok je dan mudah je melaksanakan tugas di dalam bilik air. haha yer eiman dah pandai buang air besar dalam tandas. Pandai eiman.. dengar cakap! hehehe Lagi satu eiman ni makan memilih, dahla tak nak sayur.. bila aku suap.. bila pengasuh suap elok je makan sayur. Mengada ko ni kan eiman. Ha, elokla sangatlah minum Friso Gold ni.. 


 Malam semalam, mummy tangkap gambar eiman minum susu. Pandai2 pulak dia buat good tu. hehe

Bagi Nova, "Pemilihan susu secara berhati-hati adalah sangat penting kerana nutrisi dari susu adalah sangat diperlukan oleh eiman untuk membesar menjadi anak yang sihat, kuat, aktif dan pandai. Kesemua elemen yang diperlukan ada di dalam susu Friso Gold dan Nova yakin, anda juga mummy di luar sana juga mengharapkan yang terbaik untuk anak anda!"

Adakah anda juga mahu memberikan yang terbaik untuk anak anda? 

Anda perlu selidik, baca dan buat pilihan yang tepat.

Anda juga boleh layari pautan berikut untuk mendapatkan informasi yang lebih banyak mengenai susu Friso Gold.


Untuk pembelian, anda boleh ke 


Sekian perkongsian Nova. Sehingga berjumpa lagi.