Friday, 6 January 2017

Majlis Aqiqah dan Berendoi Fatimah

Salam,
Holla semua. Selamat tahun baru 2017 dan semoga sihat-sihat selalu. Bagaimana tahun baru anda? Best tidok? kalau best bagusla, kalau tidok.. nak buat macam mana mek.. sabar jela kan. Ok skip skip i nak kongsi gambar Majlis Aqiqah anak i sebenarnya. I tahu i pending dah lama.. jurufoto i kalini.. sap sap sap.. tak sampai seminggu dah siap tau gambar ni. I je yang kedek-kedek nak masukkan dalam blog. Yerla gambar ada 500 keping.. mana satu i nak pilih kan.. i pilih2.. i pening.. i rehat jap.. i tertidur.. anak nak susu.. ehh.. terlupa dah nak pilih gambar kan. hahaha So malam ni gigih juga i pilih gambar sampai terbuntang mata i ni tau. dan.. off coursela gambar i paling banyak.. hahaha i kan mak pengantin.



Majlis i kalini banyak sangat yang baik hati sesangat sponsernya. I suka i suka dan i nak  ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada family i yang bertungkus lumus untuk semua persiapan Majlis Aqiqah Fatimah. dan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis... sanggup datang jauh-jauh ada yang rela dan ada yang kena paksa datang. Dan i juga nak minta maaf pada kawan-kawan dan saudara mara yang i tak jemput.. i ingat uolls semua tau.. tapi majlis buat kat rumah mak i, so kawan-kawan di KL macam susah je nak datang kan.. ok next time untuk anak No.3 i jemput semua-semua semua uolls ... ehh anak 3 ke?? haha

Adoii tak cukup rasanya ucapan i ni.. rasa nak panjang berjela tapi okla tak nak panjang-panjang nanti uolss pening.. terima kasih pada family i, mak i dan mak mertua yang tersayang, kakak-kakak i..adik2 ipar tersayangs dan semualah! Nah tengokla.. kot kot jadi sumber inspirasi kan. Mak i cakap "dah lama tak kenduri.. seronok mak dapat kenduri"... hehehe..




















Budak-budak perempuan ni dayang i aka flower girl hehe





















































Ok Sekian.

Photographer : @idrissaad_photography