Posts

Showing posts from February, 2017

Promosi W-Day | Penyediaan Makanan Fatimah Oleh Mak Mertuaku

Image
Salam dan Holla semua, Harini Nova nak cerita-cerita dengan korang semua, berkenaan betapa baiknya lahai mak mertua Nova. Setiap kali Nova pulang dari kerja untuk ambik anak, mesti makanan baby Fatimah dah siap -siap dimasak oleh mak. Selalunya mak akan masak bubur nasi dengan ayam, salmon, lobak merah, brokoli atau kentang. Mak akan tukar-tukar menu supaya Fatimah tak bosan. Fatimah ni pula, kalau makan masakan mak memang laju sangat dia makan. Punyalah suka makan bubur nasi sehinggakan tak boleh suap lambat-lambat, karang menjerit lah dia. Bubur nasi yang mak masak tadi aku kisar dulu dalam food blender jenama Philips. 

Sassy Nursing Bra by Shapee | Cara Pilih Nursing Bra Yang Bagus

Image
Salam, Holla semua. Alamdulillah Fatimah dah nak masuk 10 bulan pada bulan ini. Cepat sungguh masa berlalu. Mengandungkan Fatimah kali ini sedikit berbeza dengan masa mengandungkan Eiman dulu. Memandangkan ini kandungan yang kedua, Nova lebih bersedia dan teratur dalam merancang keperluan mengandung dan bersalin. Nova juga nak kongsikan beberapa tips dan pengalaman dalam memilih Nursing Bra yang selesa dan sesuai bagi ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak. Penting ke? Ya uolls! Penting sangat! Selama ni, Nova pun macam korang juga, ibu muda yang tak tahu memilih Nursing Bra yang terbaik, terbagus dan paling selesa. Ada beza ke bra biasa dan Nursing Bra? Yes dik.. sangat berbeza!.. jom akak story...

Chiaus Baby Diaper | Pilih Lampin Pakai Buang Terbaik

Image
Salam, Holla semua, selama ni aku selalu ada masalah untuk pilih Lampin Bayi terbaik yang berkualiti, selesa, tidak bocor dan harga mampu beli. Banyak brand yang aku dah cuba dan yang kali ni memang terbaik. Ikhlas dari hati nurani dan tulus ikhlas ini. No bodek-bodek No cakap kosong. No no no!  Big NO! Bagi aku, Chiaus adalah Baby Diaper terbaik yang menjadi pilihan hati untuk Fatimah dikala siang hari. Kenapa aku suka sangat berkobar-kobar ni. Yes, meh aku straight to the point. sebab-sebabnya adalah....

Fatimah dan Chiaus Baby Diaper kesukaanya

Eau Thermale Avène | More Than Just Water

Image
Salam, Holla everyone. Harini Nova nak share dengan korang pengalaman dan feedback Nova yang jujur, tulus dan ikhlas menggunakan produk Eau Thermale Avène. Pernah dengar tak? Off course la kan.. Yups dah 21 hari Nova mencuba produk penjagaan kulit Eau Thermale Avène. I memang totally pakai Eau Thermale Avène ni dan i simpan tepi dulu set penjagaan kulit i yang lain. Dan.. minggu ini adalah minggu yang sangat menggembirakan buat Nova kerana Nova dapat feedback dari orang sekeliling yang kulit Nova nampak segar dan bersinar. Paling best bila kakak i tanya "U pakai bedak ke?" .... masatu i memang tak pakai apa2 makeup langsung even secalit bedak. Dengan seronoknya i cakap, "Takda pakai apa-apa pun. Kenapa? Nampak glowing ye? hahaha" see! nampak tak? seriously i suka sangat lah. I cuma pakai benda basic je pun, Pencuci Muka, Toner, Krim Pelembap dan Krim Pelindung. Zap zap Gloww terus! haa...kau mampu? 
Ini rangkaian Eau Thermale Avène Hydrance Optimale

Street Churros - Kesedapan Mengasyikkan dan Membahagiakan

Image
"Abang teringinlah nak makan Churros!!"
Tersentak aku. Aku pergi dekat laki aku, pelan-pelan.. rapat-rapat. Lepastu aku tampar pipi dia! "Pap! Berangan!" hahahaha tengah-tengah malam mengidam nak makan Churros.. kot iye pun tunggu lah esok pagi bang! Rupanya, dia tengah tengok Facebook, nampak orang upload gambar makan Churros. isk isk.. aku ambik phone dia.. "WoW!! Ini sedap ni bang!". "PaP!" diatampar muka aku balik. kurang asam! Tapi memang betul, Churros ni nampak sedap weh. aku ni dahlah peminat dessert. Churros ni ada semacam daya tarikan la aku rasa... memanggil-manggil nama ai mek. "Kita kena cuba ni sayang!" kata husband aku. Off course darling! Off course!

Sambutan Hari Jadi Nova Leeza di Mani-Thai Cuisine Tanjong Malim

Image
Salam, Sejak TV3 keluarkan episod Majalah 3 Tanjong Malim sebagai syurga makanan, aku rasa macam.. biar betul dik. Aku ke yang tak habis pusing lagi semua gerai dan kedai di Tanjong Malim ni. Jangan kasi malu akak dik. Akak ni anak jati Tanjong Malim ni rasa tertekan tau. So.. bila my sister bawak aku ke Mani Thai, tersentap aku. Tak pernah tahu babe pasal kedai ni. This is insane! Kedai lawa camni ada kat Tg. Malim.. ok now i get it.. aku la yang tertinggal keretapi. LOL

Kolam Air Panas Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai Perak Yang Awesome!

Image
Salam, Holla dah lama tak cerita pasal percutian, asik cerita pasal makeup je kan.. hehe sorry la ye. Moh le saya kongsi dengan anda semua cerita Percutian saya di Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai Perak. Ni first time tau Nova pergi hot spring ni. Pernah dan selalu dengar tapi ntahla tak pernah sampai pun. Tak dapat nak bayang macam mana tempat ni. Percayalah, tempat orang kita sibuk-sibuk nak pergi sedangkan tempat sendiri ada Hot Spring yang best pun boleh tatau. Aku cam takda idea apa tempat ni sebenarnya... so untuk berkongsi maklumat dengan korang semua jugaklah.. so aku tepekkan gambar2 semasa bersukaria di sini.

Tempat ni bapak besar.. dan paling bagusnya adalah air ni adalah Kolam besar ini mendapat sumber air sejuk dari mata air gunung.

Kehidupan Blogger Ni Sebenarnya Bukan Senang-senang Buat Duit

Salam, Selamat bercuti panjang buat kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Hari ini Nova duduk di rumah je, ada plan nak balik kampung tapi tengokla keadaan macam mana. (Masa tulis ni hari Isnin, cuti, publish lambat..hehe) Nova nak sembang-sembang sikit la dengan korang semua, memandangkan jarang sangat dah Nova cerita from heart to heart dengan korang sekarang ni. Ada beberapa soalan yang selalu ditanya oleh kawan-kawan Nova berkenaan kehidupan seorang blogger. Cewah.. Aku part time je
Soalan pertama : Berapa bayaran you dapat sebulan?  LOL erm.. soalan paling favourite sebab terlalu banyak rumors yang mengatakan jadi blogger ni boleh kaya! Boleh dapat sampai juta-juta. Weh!! serius.. kalau yang juta-juta tu boleh bilang dengan jari babe. Kalau aku... cam kerik kerik la.. untung sabut timbul untung batu tenggelam. hahaha ada job mari.. adalah takda job marilah bergumbira.. erm. cenggitu. 
Soalan kedua : Macam mana you boleh start menulis blog? Aku menulis diari dulu, pastu baru menulis …

ELMA Inspire BB Cushion | Make-up Sambil Merawat Kulit

Image
Salam, Holla semua, kelihatan cantik dan kemas adalah sangat penting bagi Nova kerana ia memberikan Nova keyakinan dan keberanian untuk melakukan apa sahaja. Oleh itu, Nova akan cari juga masa untuk melengkapkan diri dengan secalit bedak, selukis kening, sebulat pemerah pipi, sebaris eyeliner, seketul eyeshadow dan sebaris senyuman dari bibir yang dilipstikkan. haa... cewah. Kelihatan cantik untuk kepuasan diri malah husband ai is suka ai makeup. Kalau ai nampak kusam je, dia akan bagi ai 10 minit untuk bersiap. "Pergila makeup sikit.. pucat la!".... yes itu husband ai.