Monday, 20 February 2017

Chiaus Baby Diaper | Pilih Lampin Pakai Buang Terbaik

Salam,
Holla semua, selama ni aku selalu ada masalah untuk pilih Lampin Bayi terbaik yang berkualiti, selesa, tidak bocor dan harga mampu beli. Banyak brand yang aku dah cuba dan yang kali ni memang terbaik. Ikhlas dari hati nurani dan tulus ikhlas ini. No bodek-bodek No cakap kosong. No no no!  Big NO! Bagi aku, Chiaus adalah Baby Diaper terbaik yang menjadi pilihan hati untuk Fatimah dikala siang hari. Kenapa aku suka sangat berkobar-kobar ni. Yes, meh aku straight to the point. sebab-sebabnya adalah....

Fatimah dan Chiaus Baby Diaper kesukaanya
Haha.. dari pemerhatian dan pengalaman peribadi Nova, Lampin Chiaus ini terbaik kerana :

1. Lembut
2. Tidak menimbulkan ruam pada kulit bayi
3. Tahan, sehingga kembung pun masih tak bocor 
4. Berak pun tak pernah bocor (air kencing diserap baik)
5. Fabrik lembut dan selesa
6. Lampin ringan, boleh bawa banyak untuk travel
7. Warna lampin menarik 

Yang atas itu adalah pendapat peribadi Nova, kalau nak tahu spesifiknya, berikut adalah 
Ciri-ciri Chiaus Baby Diaper :

1. Berkualiti premium Jepun SAP. (Superabsorbent polimer)
2. Kulit senang bernafas dan bertindak balas baik dengan  haba dan kelembapan
3. Kapas lembut pada bahagian atas lampin untuk keselesaan maksima
4. Lulus Ujian Klinikal dan hypoallergenic
5. Perlindungan yang maksimum daripada ruam lampin
6. Bahan-bahan membuat lampin dari Jerman dan Jepun
7. Dijamin terbaik dari segi kualiti dan nilai wang


Fatimah sangat-sangat selesa pakai lampin Chiaus ni. Patutla hebat sangat lampin ni. Kualiti premium dari Jepun tu. Mula-mula Nova buka beg plastik lampin bayi ni, nampak getah tepi lampin tu macam biasa-biasa je, terasa juga dalam hati, "Tak bocor ke nanti ni?" sebab dah ada banyak pengalaman lampin baby bocor. Habis basah baju Fatimah. dah tu dengan poo poo nya pun boleh bocor keluar dengan air kencing sebab poo poo sangat banyak.  

Tetapi semua itu tidak berlaku dengan Chiaus. Sampai ke petang, i mean dari pagi. Masih bertahan Yo! Terkezut mak! Serius ni, nampak ringan nampak macam biasa, tapi fulamak kualiti dia tip top. Tak ada ruam tak ada merah-merah celah peha Fatimah pun. Dan kalau Fatimah  poo poo pun, kering babe! Poo poo dia je tinggal. Ni kes lambat tukar lampin. Haa... best! Memang sangat rekomen. Tak sangka tau. Teknologinya memang superb. Isk susahla nak cakap. Korang kena cuba sendiri baru tahu. Husband Nova yang cerewet sangat pasal pemilihan lampin Fatimah pun setuju, Chiaus Baby Diaper sangat berkualiti. Dia puji betul dan dia suruh Nova beli lagi lampin bayi ni.

Yang paling penting anak sayangku selesa dan tidak bocor

Fatimah ni pun satu juga, kalau dia punya lampin basah atau poo poo, dia tak akan tidur selagi tak tukar. Tapi dengan Chiaus Baby Diaper ni, aik bleh pulak lena balik lepas poo poo. Apalah adik ni. Bangun je dah busuk. hehe itu menggambarkan yang Chiaus Baby Diaper ni sangat selesa dan tidak rasa melekit pada kulit bayi. Ha... dahtu Fatimah ni rilek je tidur. haha "Please jangan tiru aksi Fatimah ye"...

"Saya tak ada masalah tidur lagi dengan Chiaus Baby Diaper" .. Fatimah, bayi 9 bulan.


Aku ni tak pandai sangat kalau nak cerita pasal teknologi2 ni. Aku akan tulis berdasarkan kepada pengalaman dan standard diri sendiri. Which is, Nova dan husband memang agak cerewet bagi pemilihan lampin untuk anak-anak. Kami nak yang kualiti hebat dan harga berpatutan. Kalau sedikit mahal pun tak apa asalkan puas hati. Tapi serius ni awak, dahla kualiti baik, harganya pun baik juga. Boleh pengsan masa mula-mula tengok harga. Pengsan sebab harga dia berpatutan sangat! Betullah dia cakap Dijamin terbaik dari segi kualiti dan nilai wang!.


Tataplah Fatimah dan Chiaus Baby Diaper kesukaannya!

Bermain dengan riang tak perlu rasa tidak selesa

Nampak tak?  the bonts yang selesa. haha



Nak tengok maklumat lanjut berkenaan Lampin bayi Chiaus ni tak? Jom Nova kongsikan dengan korang semua.

Chiaus Baby Diaper (Large Pack)

Ni bentuk lampin bayi Chiaus ye. Nampak simple kan. I loike!


Next,

Chiaus Baby Diaper (Regular Pack)


dan ada satu lagi ni, lampin seluar: Chiaus Baby Training Diaper Pant

 Aku nak cuba yang ni pulak untuk eiman saiz XL. Macam best je features dia!

dan Chiaus Gentle baby hand & mouth wipes

No petrochemicals, chlorine or harsh chemicals ya! sangat selamat untuk bayi anda!


ok now bersedialah dengan maklumat yang akan meruntun jiwa minda dan korang pun akan berebut-rebut nak beli!


I paling suka beli JUMBO! sangat berbaloi!

nak nak yang ni, JUMBO dan beli sekali 4 beg. 
Untuk Fatimah saiz S : 72 x 4 = 288 keping hanya RM 130.00. 
So sekeping hanya 0.45 sen! Affordable!

Trial Combo ada 30 keping hingga 16 keping (ikut saiz) dalam satu beg

Promosi 8 beg lebih jimat!

Banyak lagi la.. korang boleh usha dekat Shopee.com.my
https://shopee.com.my/chiausmalaysia

Maklumat lanjut boleh tengok di pautan di bawah ye:

Website: www.chiaus.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/chiausbabydiapermalaysia/
Instagram : Chiaus Baby Diaper Malaysia

Nah apa tunggu lagi? Jadilah pengguna yang bijak seperti saya!! Yey!

#bendabaikdikongsibersama!

Sekian. Emuaaah! dari Fatimah!