Wednesday, 8 February 2017

Eau Thermale Avène | More Than Just Water

Salam,
Holla everyone. Harini Nova nak share dengan korang pengalaman dan feedback Nova yang jujur, tulus dan ikhlas menggunakan produk Eau Thermale Avène. Pernah dengar tak? Off course la kan.. Yups dah 21 hari Nova mencuba produk penjagaan kulit Eau Thermale Avène. I memang totally pakai Eau Thermale Avène ni dan i simpan tepi dulu set penjagaan kulit i yang lain. Dan.. minggu ini adalah minggu yang sangat menggembirakan buat Nova kerana Nova dapat feedback dari orang sekeliling yang kulit Nova nampak segar dan bersinar. Paling best bila kakak i tanya "U pakai bedak ke?" .... masatu i memang tak pakai apa2 makeup langsung even secalit bedak. Dengan seronoknya i cakap, "Takda pakai apa-apa pun. Kenapa? Nampak glowing ye? hahaha" see! nampak tak? seriously i suka sangat lah. I cuma pakai benda basic je pun, Pencuci Muka, Toner, Krim Pelembap dan Krim Pelindung. Zap zap Gloww terus! haa...kau mampu? 

Ini rangkaian Eau Thermale Avène Hydrance Optimale

Feedback kedua adalah dari husband Nova. Husband i memang orang yang paling jujur dalam dunia, contohnya kalau makeup i buruk, dia akan cakap buruk. So bila i tanya dia macam mana kulit i sekarang dia terus jawab "kulit u tak nampak kusam dah sekarang dan nampak cerah". OMG yeke kulit i kusam dulu.. benci tau. Nampaknya memang aku akan sambung pakaila produk ni dek kerana kehebatannya. hihi tapi ikhlas sangat i kalini memang pakai setiap hari set ni sahaja sebab i rasa sangat selesa dengan produk ini yang tidak berminyak, tidak melekit, tidak memedihkan, tidak panas, natural dan selamat digunakan. Nanti i cerita lebih lanjut berkenaan produk ni.

Ni rangkaian Avène Sun Care. Produk Avène memberikan perlindungan UVA-UVB yang terbaik untuk kulit sensitif!

Ini siapa tak kenal kan.. Avène Thermal Spring Water

Avène Thermal Spring Water ni ada 3 saiz- 50ml(RM25), 150ml (RM49) and 300ml(RM69).


Tahun 1996 : Avène adalah produk kosmetik yang pertama yang berjaya di steril dan dirumuskan menggunakan bahan-bahan tulen, dibungkus dalam Kelas A Terbaik  (tahap tertinggi dalam keperluan teknologi). Impress kan?



Penyelidikan selama 30 tahun lalu yang dijalankan oleh Avène Dermatologi Laboratories juga mendapati Avène Thermal Spring Water secara semula jadinya menenangkan, anti-radang, kaya dengan kandungan yang sangat diperlukan untuk kulit sensitif. Ini adalah kerana: 

  1. Rendah komposisi mineral 266 mg / l - gentle on the skin
  2. Kalsium / Magnesium ratio of 2 to 1
  3. Kaya dengan silika: 10.6 mg / l - provides protective film
  4. Sangat kaya dengan unsur-unsur surih (trace elements)
  5. Neutral pH of 7.5
  6. Avène Thermal Spring Air

Kalau nak tengok pasal Avène ni di media sosial, korang boleh check hashtag ni k.

Sun Care adalah formula baru tau.

Gambar di bawah ini adalah semasa Nova menghadiri jemputan ke #MoreThanJustWater Luncheon Party with Eau Thermale Avène di Nara Kitchen & Co. Wakil dari Eau Thermale Avène Malaysia yang memberikan penerangan kepada kami sangat-sangat details berkenaan kebaikan Eau Thermale Avène ni tau. Dan Nova sangat impress dengan usaha dan penyelidikan yang sangat mendalam dalam menghasilkan produk rangkaian penjagaan kulit Eau Thermale Avène ni. Satu lagi informasi berguna adalah Avène Thermal Spring Water ni digunakan untuk mengurangkan kerengsaan penyakit Ekzema. Sangat selamat dan membuatkan keradangan berkurangan sehingga 80%. Ada dia tunjukkan seorang budak lelaki lebih kurang umur 10 tahun yang menghidapi ekzema teruk berjaya mengharungi penderitaan dengan menggunakan produk-produk Eau Thermale Avène dan juga menjalani rawatan kulit di The Hydrotherapy Center Avène, France. Now budak tu dah boleh buat aktiviti harian seperti biasa termasuklah keluar bermain bola. Impress sekali lagi!!!



Si cantik jelita ini adalah Trisha Kuck yang telah merasai sendiri keseronokan di Avène Hydrotherapy Center, France dan beliau telah berkongsi pengalaman dengan kami. Awesome! 


Aku dok cerita Avène Hydrotherapy Center ni mesti korang tertanya-tanya apa benda tu kan? Ni gambar nya...

Avène Hydrotherapy Center

"The legitimacy of Avène Thermal Spring Water starts at the Hydrotherapy Center. Inaugurated in 1990 and expanded in 2004, the Hydrotherapy Center offers an elegant architecture that blends in perfectly with the pristine site of the Sainte-Odile spring. The center is equipped with the latest medical equipment."

"Treatments are conducted under strict medical control and widely contribute in establishing Avène Thermal Spring Water’s reputation. To enjoy this green valley, people come from Europe, of course, but also from the U.S., Japan and China."

Persekitaran Avène

Lokasi Istimewa

Avène, terletak di tengah-tengah «Hills dan Springs», di kaki gunung Cevennes dengan ketinggian 350 meter (1148 kaki). Kampung Avène yang indah ini terletak pada lengkuk Orb Valley, sebahagian daripada Taman Natural Haut-Languedoc dan antara gunung Espinousse dan Escandorgue, di utara Herault. Kawasan yang mempunyai warisan budaya dan alam semula jadi yang indah.


Wah!!! best kan! korang nak tengok rawatan yang diberikan di sini korang boleh check ig @trishkuck @cikmanggis tau!


Nah kakak belanja selfie satu

Ha.. ni gambar kami yang hadir Luncheon Party haritu. Seronok sangat sebab dapat berkenalan dengan blogger-blogger hebat dari Malaysia. Ye.. Illy Ariffin pun ada. Happy to see her.

Next, aku nak share dengan korang 5 barang yang aku guna untuk muka aku selama 21 hari. Pertama adalah Eau Thermale Avène Gentle Cleansing Foam. Picit 2 kali, keluar buih2 sabun yang lembut dan diratakan diseluruh muka.

LANGKAH  1 CLEANSE:  Eau Thermale Avène Gentle Cleansing Foam  150ml
(Retail price: RM95)


LANGKAH 2 SOOTHE: Eau Thermale Avène Thermal Spring Water 50ml,150ml and 200ml 
(Retail price: RM25, RM49 and RM69)

My favourite adalah Thermale Spring Water. Kalau kat ofis tu asyik nak pam pam pam je kat muka.

LANGKAH  3 TONE: Eau Thermale Avène Gentle Toner 200ml 
(Retail price: RM89)

Kemudian, Nova guna Eau Thermale Avène Gentle Toner 200ml untuk membersihkan kulit wajah dari daki-daki degil yang tersumbat di liang-liang pori. Nova suka sangat Gentle Toner ni sebab selepas menggunakannya kulit terasa tegang dan bersih.


LANGKAH 4 MOISTURE: Eau Thermale Avène Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml
(Retail price: RM109)

Seterusnya, Nova akan pakai Krim Pelembap ni, namanya  Hydrance Optimale Light Hydrating Cream 40ml . Memang best sangat yang ni sebab teksturnya tidak melekit dan senang sangat untuk diratakan di muka. Muka akan jadi lembap dan segar selepas memakai krim ini.


LANGKAH  5 PROTECT:  Eau Thermale Avène Day Protector Tinted SPF 30 40ml 
(Retail price: RM99)

Seterusnya, Nova akan pakai Day Protector Tinted SPF 30 PA+++ 40m. Ia dirumus khas untuk melindungi semua jenis kulit sensitif daripada sinaran UV yang berbahaya. Produk ini mengandungi SPF 30 PA +++ dan sistem photoprotection nya bertindak untuk melindungi kulit daripada kesan berbahaya UVA dan UVB.




Inilah set penjagaan kulit muka yang Nova telah cuba selama 21 hari.

Macam mana hasilnya? Cantik tak uolls?

Ok itulah sedikit sebanyak perkongsian Nova hasil dari percubaanku menggunakan Eau Thermale Avène dan sememangnya More than just water.

#AveneMalaysia  #MoreThanJustWater  #UnderstandYourSkin