Thursday, 2 February 2017

Kehidupan Blogger Ni Sebenarnya Bukan Senang-senang Buat Duit

Salam,
Selamat bercuti panjang buat kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Hari ini Nova duduk di rumah je, ada plan nak balik kampung tapi tengokla keadaan macam mana. (Masa tulis ni hari Isnin, cuti, publish lambat..hehe) Nova nak sembang-sembang sikit la dengan korang semua, memandangkan jarang sangat dah Nova cerita from heart to heart dengan korang sekarang ni. Ada beberapa soalan yang selalu ditanya oleh kawan-kawan Nova berkenaan kehidupan seorang blogger. Cewah.. Aku part time je

Soalan pertama : Berapa bayaran you dapat sebulan? 
LOL erm.. soalan paling favourite sebab terlalu banyak rumors yang mengatakan jadi blogger ni boleh kaya! Boleh dapat sampai juta-juta. Weh!! serius.. kalau yang juta-juta tu boleh bilang dengan jari babe. Kalau aku... cam kerik kerik la.. untung sabut timbul untung batu tenggelam. hahaha ada job mari.. adalah takda job marilah bergumbira.. erm. cenggitu. 

Soalan kedua : Macam mana you boleh start menulis blog?
Aku menulis diari dulu, pastu baru menulis blog. Mula-mula dulu aku tulis benda merapu tah apa-apa. Sampai satu masa aku rasa cam bodoh je apa aku tulis. Aku mula belajar jadi blogger yang baik dengan baca tips2 menulis blog yang bagus dan SEO tu semuala yang ada kat internet dan ditambah dengan ilmu menulis karangan dari cikgu Bahasa Melayu masa sekolah menengah. Terus menulis sampai sekarang sebab minat dan boleh dapat income tambahan.

Soalan ketiga : Macam mana you boleh dapat job?
Hahaha.. selalunya orang tanya sebab nak juga dapat duit poket kan.. so pertama sekali u kena buat satu blog dulu. Kemudian, duduk dalam bilik selama satu purnama dan mula tulis entry. Original bukan copy paste ye. Kasi entry tu banyak sikit at least ratus la. Visit pun ok, ada mantap statistik setiap bulan..Lepastu ko join la aktiviti blogger, akifkan diri, kenalkan diri pada umum, promote diri sebagai blogger, join group FB Blogger dan paling penting ada identiti tersendiri. Cam aku.. identiti aku adalah Lifestyle Blogger Mom aka penulis handalan kalau masuk kontes menulis selalu menang so jangan jeles. kah kah kah kah!

Soalan keempat : Betulke blog boleh buat duit?
Mula-mula aku tak tahu pun blog boleh buat duit ke apa. Yang aku tahu boleh dapat duit kalau letak iklan Nuffnang kat blog. Yerla zaman aku Nuffnang tu cam famous giler. Alhamdulillah, lepas aku menang contest menulis anjuran Nuffnang terus aku dapat job dari diorang. Ni bukan yang aku klik kau kau klik aku tu tau. Setahun lebih jugakla aku dapat merasa join event Nuffnang... erm.. lepastu aku campur dengan blogger lain. Aku mendalami lagi ilmu pasal buat duit dengan blog. Dari situ baru aku tahu banyak cara lagi nak buat duit dengan blog ni seperti join Affiliate, erm.. Adsense, Innity ebook ahh banyak lagi cara. Google je sesepah tips. Dan aku tengok trend blogger harini, bila famous, dapat pengaruh pembaca yang setia.. blogger akan mula buat business. Contohnya vivy sofinas, elly in wonderland, dr. harlina.. siap keluarkan produk sendiri, . Dah tu laku keras kan.. pandai depa ni.

Ok Dahla.. tu je nak cakap bai.